Pages

Monday 30 July 2012

Trip To Hokkaido: Furano (Lavender Farm) Part 1

Sambung lagi trip to hokkaido..orang lain sibuk update gambar iftar masing-masing, yang saya sibuk duk update cerita jalan-jalan ni..Kena update cepat-cepat, takut lepas ni terlupa apa-apa yang patut ke kan..
Actually perjalanan kami ke sini dalam tengah hari jugak. Sebelah pagi tu kami pergi ke Asahikawa untuk lawatan sambil belajar ke Asahiyama Zoo, semata-mata nak tengok polar bear. Kami ni memang kalau berjalan mana-mana mesti kena pergi tempat untuk anak-anak jugak. kesian kot tengok diorang ikut kita ke tempat yang mungkin bagi kita menyeronokkan tapi bagi diorang mungkin sebaliknya ye dak? Pagi-pagi dah bertolak ke zoo, spent time dalam 3 jam lepas tu baru kami gerak pergi ke Furano.

Furano memang syurga lavender dan bunga-bungaan yang lain. Sesapa yang pergi ke Hokkaido waktu summer, harus terjah ke Furano. Kalau tak pergi memang bagi saya agak tak berbaloi sebenarnya pergi ke Hokkaido tu. Itu bagi saya tau, lain orang lain pulak pendapat masing-masingkan. Kalau nak diceritakan once kita dah masuk ke daerah Furano ni, di tepi-tepi jalan tu memang banyak sungguh lavender. Jap, perjalanan dari Ashikawa ke Furano mengambil masa lebih kurang 1 jam sepatutnya. Tapi memandangkan kami datang memang peak season lavenderkan, rasain..dekat 20km kereta beratur panjang sungguh. Tapi bila kita dah masuk ke Biei, traffic dah ok. So,dapatla teruskan perjalanan ke Furano dengan senyuman lebar..eceh.;p haha

Farm Tomita
masuk percuma sepanjang tahun
antara salah satu ladang bunga yang terbesar di Hokkaido
ni gambar dari dalam kereta, baru sampai tengah cari parking..
tak sangka la pulak bila kat sini ada jugak yang berperangai suka pentingkan diri sendiri..
maybe sebab parking penuh, so diorang dukla parking kat tepi jalan kiri kanan..

Rainbow fields
ni adalah pokok gandum yang masih muda hijau lagi..
rainbow fileds memang ditanam dengan tujuh bunga yang berlainan
antara main attraction di Farm Tomita ni..
saya rasa kalau tunggu lagi 2 minggu mesti bunga ni lagi cantik 
rainbow fields tu memang akan nampak lebih cantik dari yang ni..hehe
breathtaking!
Masya Allah..purple mata hitam ku jadinya..;))
abaikan pelakon tambahan di bawah itu.
gambar ni diambil dari atas
di situ ada tower untuk menikmati permandangan ladang ni dari atas pelantar 
subhanallah! memang sangat cantik
lavender akan mula berkembang pada penghujung june dan reaches its peak around mid July to
early August 
priceless.:))
sibuk masing-masing nak makan aiskrim lavender..
tak tahula sedap tak sebab saya bukan suka sangat makan aiskrim.hehe
absolutely gorgeous!
the thinker;p

..
lovely!
skuter warna purple..huhu

Ok itu je update buat waktu ini. nanti kita sambung ke part 2 pulak ye. For those yang nak ke Furano dan nak menikmati keindahan bunga lavender dan bunga-bunga yang lain boleh tengok di link ini. Website ni memang khas untuk lavender farm dan kita boleh pilih kita pergi ke farm mana. Macam saya hari tu kononnya lepas pergi  Farm Tomita ni ingatkan nak pergi ke Saika Farm for lavender picking experience. Harga yang ditawarkan sangat murah(700 yen) dan kita boleh petik seberapa banyak yang kita nak. Tapi, memang takde rezeki sebab kat sini je dah spent dalam 3 jam jugak..

20 comments:

Madam iEeDaZ said...

Ya Allah cantik nyer pemandangan kat situ..sungguh indah alam ciptaan tuhan..
terima kasih kak sebab sudi berkongsi cerita, walaupun tak sampai ke sana sekurang nye dpt gak tahu dari akak...tq!

Mixed-family in da house.... said...

errkkk...mahu pengsan!!!!

sangat cantik....

kalaulah saya ke sana, sudah terbayang-bayang mahu menari ala-ala bollywood....kihkihkih

FnF Simple Life said...

Ya Allah subhanallah...cantinya rainbow field tu Lia... terpegun memang cantik sungguh...

Sy pun jemu asyik update cerita pasal food je... tapi nak wat camne...tu je yang ada untuk di story mori kan buat masa ni... dapat jamu mata dengan pemandangan cantik gini mmg best sgt.. sepanjang masa ke ada rainbow field tu... ke musim lavender je Lia

Qasey Honey said...

bestnye jalan2...tempat pon mnarik dan cantik2 pulak tu pemandangannye..

ijayuji said...

Salam lia!! bestnyer bestnyer bestnyerrrr!!!!! kita sukeeeeeeeeee sgt2 kalau jalan2 kat taman2 bunga mcm ni, sgt2 romantik kan kan kan :D cantek betulll kaler bunga2 tu sume!!! jelesss kita tauuuu! laki jer jepun tp tak nak pun bwk kita kat tempat2 mcm nii :D best lah lia, kita tersgt jeles nii huhu..

yatie chomeyl said...

masya Allah cantik gila...x puas tgk gmbr2 tu

Faris Hilmi said...

cantiknya bunga tu mesti wangi

Asmara said...

SubhanaAllah.. speechless.. bertuah dpt tengok sendiri depan mata kan. ;D
*uols pking tepi jln jugak ke? hikhik..

Hanis MY said...

lawanyaaa pengsan tgk! mmg sgt2 cantik, dpt tumpang tgk kat sini pun dah best!

Aziela said...

Ya Allah...rainbow fields tu sangat seksi... Kalau ada sayap, sekaranggg jugak akak terbang.

☾SHiemaCMa786☾ said...

erkk..erkk..erkk... cantiknye... cantik banget.. mesti bau lavender tu menusuk hidung..

cedap ke eskem tu?? xpernah lagi rase eskem perisa lavender.. mcm mna agaknye rase die ye...?

Cik TeN10 said...

Subhanallah.. Macam gini baru puas hati tgk lavender.. Dgn rainbow field tu.. Next year kena terja jugak ni.. :)

hana said...

pengalaman yg best sgt2 g hokkaido.. ms kitaorg sampai Asahikawa masa tuh hujan.. tak dpt la nak pusing puas2.. tp seronok juga... g banda himawari tak?

Nur-nba said...

Subhanallah.. Sungguh cantik pemandangan ni.. Terima kasih kak kerana berkongsi gambar2 indah dengan kami. Sejuk mata memandang..

eija_sweetmama said...

Subhanallah mmg sgt2 cantik..terpegun tgk rainbow field tu, 1st time tgk ni tau ...

ohh ada aiskrim lavender ye, igtkan lavender ni utk aromatherahpi jerk..

Hanis Azla said...

Subhanallha.. cantiknya pemandangan tu lia.. kagum akak.. bertuah lia dan family dapat melihat dengan mata sendiri.. Alhamdulillah.. selamat berpuasa lia..

ucubakery said...

salam lia...harap sihat ye hari ni...

kalau ucu dapat pi sana..rasa macam nak menari lari2 sambil bwk selendang dgn angin tiup2 salendang tu mcm cerita hindustan tu...eeiiiihhh bestnye..

Ira said...

Will refer your entry ni kalau rezeki kami plak nak jalan2 hokkaido nanti.. bila ntahh huhu

Juwita Jamaludin said...

lia.. sgt cantik.. sukanya tgk harap dapat lah akak tgk juga.. hihihi kadang selalu je tgk update kat webite farm tomita tu

diha said...

subhanaAllah..cantiknye~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...