Bahan-bahan (14 biji):
400gm tepung roti
2 camt yis
1 camt garam
50gm mentega - dicairkan
60gm gula pasir
1 biji telur
100ml susu segar
110ml air sejuk
Bahan2 topping:
100gm mentega
100gm tepung kek - tepung gandum pun boleh
80gm gula aising
2 biji telur
1-2 camt serbuk kopi segera/nescafe - dibancuh dengan 1 camt air panas
cara:
- cara membuat topping: pukul mentega dan gul aising pada kelajuan sederhana selama 5 min sehingga adunan ringan dan gebu
- masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
- setelah itu masukkan serbuk kopi
- kemudian masukkan pula tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati
- masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan
- cara membuat roti: masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan setting untuk doh
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
- setelah siap keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi dan bentukkan menjadi bulat yang besar
- rehatkan doh tadi selama 10-15 min
- setelah itu bahagi2kan doh kepada setiap satu seberat 50gm dan bentukkan menjadi bola
- susunkan doh tadi di dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu dan pastikan jarak di antara doh supaya ianya tidak melekat
- kemudian tutupkan loyang tadi dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min
- pada yang tinggal di negara sejuk bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa on kan dan letakkan dua cawan air panas dikiri kanan loyang tadi
- tutupkan oven dan biarkan doh naik dua kali ganda
- setelah itu bolehlah dipaipkan dengan topping tadi dengan bentuk spiral bermula dari tengah
- lakukan sehingga habis doh tadi dipipekan dengan topping
- bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
- enak dihidangkan ketika masih panas
2 comments:
Salaam Kamalia...
Mexican Bun ni, kalau tengah dibakar dalam oven, bukan main semerbak harum baunya kan... dah lama tak buat... sebab boleh beli je... hehehe..
Lepas ni, bolehlah cuba buat chiffon cake pula ye. Senang je nak buat, insyaAllah...
salam mama...huhuhu..kot sy pun mst beli jugak kot ade jual yg haalal kat sini..mmg suke sgt ngn bun nih..chiffon cake ye??InsyaAlah..sy akan cube..:))
Post a Comment