Pages

Thursday 9 June 2011

Root Canal Treatment/ Rawatan Akar Gigi

Salam semua..Ok, hari ni cerita pasal root canal treatment pulak..kot dalam bahasa kita rawatan akar (kanal) gigi. Dulu2kan waktu kecikkan setiap kali ade kereta klinik kesihatan datang bawak misi2 ke sekolah, mesti saya dah takut.(seram sejuk, rasa nak balik rumah la waktu tu.Pastu, minggu tu konpem ramai tak datang sekolahkan :p).Ni mesti diorang datang nak buat rawatan gigi tuk murid2kan. Fobia sungguh bila nampak. Hahaha..Actually, sampai besar saya takut jumpa dentist. Mungkin pengalaman kecik2 dulu kot, yela dulu sume misi2 tu garang tau. Pastu, buat kerja kasar sungguh. Sebelum datang Nihon, ni ada gak la jumpa dentist, tampal gigi geraham. Dentist perempuan Melayu, itupun kasar jugak.. ke orang Malaysia ni semua kasar2?hehehe..termasukla saya jugak kot..:p

Dua minggu lepas saya sakit gigi. Kat gigi geraham yang saya tampal sebelum datang sini tu. Sakit dari hari rabu, tapi still boleh tahanla. Bila sampai Jumaat malam tu, sakit dia macam dah melampau sangatla pulak. Actually, takdela sakit sangat, cuma sakit gigi tu menyebabkan kepala saya pun jadi sakit. Tak boleh tido dibuatnya. Pagi2 Sabtu tu, dah zasss ke klinik. Klinik yang selalu pergi tu doktor takde pulak, dia suh datang hari isnin..Tak maula saya, takkan nak menahan lagi 2malam kot. So, pergi cari klinik lain. Sib baik ada. Doktor lelaki dan macam biasa dah tuo..hehehe

Masuk dalam bilik rawatan dia, misi check memula dulu. Pastu dia x-ray. Doktor pun datang. Dia tengok x-ray tu, tanya mana yang sakit, ketuk2 sikit gigi yang sakit tu, terus dia kata ok, kita buat Root Canal Treatment..uwaaa, saya waktu tu rasa macam nak turun je dari kerusi tu dan balik rumah. Yela, ingatkan tampal biasakan..Muka dah cuak gila, Mr K dah mula takut2kan saya dah. pffftt..nak tak nak, menyerahla diri, nganga mulut lebar2.:(

Kenapa doktor ni nak buat Root Canal Treatment? Ini disebabkan tampalan yang saya buat dulu tu dah tercabut dan lubang (karies gigi) tu dah menjadi terlalu dalam. Bila lubang tu dah jauh ke dalam, ia menyebabkan lapisan pulpa (pulp) saya terdedah (expose). Apa yang saya bacala, selalunya doktor2 akan suruh cabut terus je atau buat rawatan macam ni. Nasib baik doktor ni nak buat rawatan ni, kot tak, mana saya nak cari ganti gigi ni? bukan boleh dijual belikan..

Apa yang doktor ni buat mula2? Ok, dia bagi saya local anesthetic. Saya tengok ada 3 jarum. Mula2 kat bahagian luar gigi tu tak terasa sangat tau, bila buat kat bahagian sebelah dalam gigi, agak terasala. Tujuan bagi local anesthetic tu supaya kita tak rasa sakit semasa rawatan tu dijalankan. Pastu, mulala doktor mengorek gigi saya supaya boleh akses terus ke bahagian akar gigi. Bila dah ada akses tu, barula doktor bersihkan bahagian akar dan kawasan sekitarnya. Doktor siap pesan, kalau sakit angkat tangan. Sebab selalunya bila dah sampai ke bahagian akar ni, memang sakit tu akan ada bila waktu dibersihkan. Saya dah berdebar2 ni tunggu rasa sakit tu datang. Takdola pulak:)) Tapi, mulut penat menganga toksah cakapla. Selang 5 minit dia akan suruh saya tutup mulut.
gambar yang menunjukkan keadaan gigi yang rosak

ini pulak menunjukkan bahagian pulpa dan akar yang telah dibersihkan.

Bila dah siap bersih semua tu, barula doktor letak ubat kat bahagian akar. Doktor ni sungguhla baik, cakap lembut sungguh. Tak kasar langsung. Rasanya tak pernah jumpa dentist sebaik ni kat Malaysia tau (eh, dentist yang lagi satu tu pun baik gak). Dia siap lukis gambar gigi tu, terang prosedur apa yang dia nak buat. Contohnya dah bersihkan, dia kan letak ubat pulak kat bahagian akar..Terangkan sampai habis. Sayang doktor ni tau. Hahaha..rasa nak bawak balik Malaysia je, tapi miskin la pulak, takde duit nak bayar gaji dia..Ok..ok..sambung cite..Bila dah letak ubat tu, kat bahagian opening gigi kita tu dia buatla temporary filling. Tujuan dia biarla gusi kita tadi mengecut (sebelum next procedure dibuat). Pastu, bole balik. Siap bekal pain killer in case gigi tu jadi sakit lepas 3 jam(local anesthetic tu bertahan selama 3jam). Bila balik rumah, berdebar2 lagi tunggu waktu tamat tempoh ubat bius tu kan. Alhamdulillah, memang takde rasa sakit langsung. Cuma bila makan, jangan kunyah kat bahagian gigi tu dan kunyahla ikut sunnah nabi, 4o kali. Makan pun ala2 pengantin, kunyah makanan lembut gemalai..hehehe...

Selasa pergi balik, doktor removed temporary filling tu, letak ubat baru kat bahagian akar, pastu temporary filling sekali lagi kat opening tu dan boleh balik. Yang ni sekejap je, tak sampai 15minit, dah siap. Kali ni takde ubat bius bagai, saya dah cuak..Takut sakit. Nasib tak rasa apa2. Jumaat pergi balik, letak ubat baru/ temporary filling (tak pasti) kat akar , pastu terus buat permanent filling kat bahagian opening tu. Doktor kata, dia tak buat tampalan khusus (adhesive cement-selalunya dibuat dari getah; gutta-percha) kat bahagian akar sebab saya baru letak ubat tu hari selasa, dan selalunya tuk buat tampalan khusus tu ambik masa selama seminggu. Jadi, dia takut saya terbersalin awal ke, jadi dia buatla yang sepatutnya dulu. Lepas dah bersalin nanti, dah sihat bagai, datang balik. Baru dia buat tampalan khusus kat akar tu dan permanent filling kat bahagian opening sekali lagi. Ada jugak yang dipasangkan dengan korona (crown), ini bergantung kepada kes yang perlu.

gigi yang telah ditampal dengan tampalan khusus

gigi dah jadi cantik dan tidak sakit lagi..:)
gambar sume di copy dari sini.

Untuk kos pulak ye? Saya rasa murah jugakla.hehehe..mungkin sebab ada insurance kan. Tapi, saya rasa masih murah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. ye, kat Malaysia buat tampal gigi je dah kena RM50. Yang saya duk baca kat inernet ni, ramai yang kata kos lebih kurang dari RM 400- RM 1000. Saya punya kalau convert ke RM, lebih kurang RM 200 je (ni termasuk buat x-ray 2kali + ubat bagai tau). Murahkan plus doktor pun baik sungguh. Takyah nak takut bagai bila ada appoinment dengan dia (tapi, mak yung ni tetap rasa seram sejuk..nak buek camnokan, dah memang penakut.:p)

Ini info tentang root canal treatment.
Rawatan akar gigi atau root canal treatment merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.


Indikasi rawatan akar gigi biasanya adalah seperti:-
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan telah menyebabkan jangkitan atau keradangan pulpa yang tidak berbalik.
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami simptom kesakitan yang berterusan
c. Didalam setengah setengah kes kosmetik dimana pulpa gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai lebih mudah dan tidak menimbulkan masalah kemudian.
d. Gigi yang tidak vital (yang telah necrosis) dan berubah warna.

Kat bawah ni adela saya bagi tuk istilah pergigian. Manala tau kot korang nak tahu lebih lanjut tentang gigi nikan. Yela, gigi ni tumbuh 2kali je sepanjang hidup. Kalau dah hilang tu, kenala pulak buat implant.

Pesanan penaja hari ni : Sayangilah Gigi Anda (^_^)

Istilah Pergigian

source:here

Plak (plaque) : selaput lembut pada gigi yang terbentuk pada permukaan gigi pada setiap hari

Karang gigi (calculus/tartar) : plak yang menjadi keras akibat tidak dibersihkan setiap hari

Cuci gigi (scaling) : Pembersihan karang dan plak dari permukaan gigi dengan satu alat yang bergetar dan mengeluarkan banyak air

Karies (caries) : permukaan gigi yang berlubang/ bertukar warna akibat dari rembesan asid daripada kuman yang bertindakbalas dengan makanan

Amalgam : tampalan yang berwarna perak

Komposit (composite): tampalan yang berwarna seperti gigi anda

Dressing : tampalan sementara yang di buat sekiranya karies terlampau dalam dan gigi anda sakit

Rawatan saraf/akar (Root canal treatment) : Pembuangan seluruh saraf yang terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau mati.

Rawatan saraf separuh (pulpotomy) : Pembuangan bahagian atas saraf anda yang dijangkiti kuman tanpa membuang semua saraf gigi .

Korona gigi (crown) : Sejenis sarung gigi yang dibuat dari porselin yang di simen pada gigi yang telah dikecilkan .

Jambatan gigi (bridge) : 3 atau lebih korona gigi yang bersambung yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang

Pendakap gigi (braces) : sejenis peralatan besi kecil yang dilekatkan pada gigi untuk membetulkan kedudukan gigi supaya menjadi teratur.

Tanam gigi (implant) : Sejenis skru yang dilekatkan pada tulang rahang untuk menggantikan akar gigi yang hilang supaya korona gigi (crown) boleh diletak untuk menggantikan gigi yang hilang.

Halitosis: Bau dari mulut yang terhasil apabila gigi dan lidah tidak dibersihkan dengan sempurna. Ia juga boleh terjadi sekiranya seseorang mengalami kekurangan air liur


p/s: nak keluar jap, beli barang. malam ni Mr K turun Tokyo, amik adik dia yang samapi pagi esok dari Malaysia. Mak yung ni berdoa agar baby tak keluar malam ni atau esok. Tunggu babah balik (petang sok baru sampai rumah). Aminn.

30 comments:

ijayuji said...

Baik doktor lia! hihihi... yer la kan eak murah gilerr! kita kat sini dah siap semua proses ribu raban huh! doc kat isni pun baik2 lahh! tak mcm kat mesia, mungkin org2 thai ni terlebih peramah jugak kot! ahahaha... kita ni kategori ganas kot liya :D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai dulu masa kecik paling takut nak gi jumpa dentist la sebab gerun...so since tue my umie dah ckp sakit gg pow x bawa gi, sbb geram ngan prgai ai asal smpi clinic mesti nangess...until now gg x brpa lawa...uwaaa nangess hentak kaki...ingat nak pakai braces tapy mahal la sini sebab yg tue x sakit so x der cover ngan insurans ....:((

Asmara said...

aii penah operate gigi bungsu yg gedik nak keluar time dah tua ni. dua2 belah pulak tu(selang setaun operate). berjahit kiri kanan mulut aii.. tp buat kat gomen free kot x ingat la, 9 taun yg dulu. hehe..tp hazab nak menunggu turn tu makan bulan. tak kisah la yg penting skrg dah tak sakit gigi dan jagalah gigi anda dari kecik lagi! hihi...

nur easy said...

bagus info.. ya gg bongsu pun kena operate ni, tp takut. hehehe tp sukalah dentist sini, bsungguh2 dia minta maaf kalau terkasar ;)

Hanis Azla said...

wah.. bagusnya.. byk info ttg gigi.. akak pun fobia sgt klu ke dentist.. tp sbb dah sakit gigi tu, terpaksalah juga memberanikan diri..

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak lia..
wow..secara details ditulis..muehehe..
info yg berguna..tq..
cma pun baru je pas tampal gigi..tp x de la buat rootcannal cam akak buat tu.
tampalan sblm ni dah tercabut ckit,so dtg balik,korek dan tampal baru.
aiyoo...cma pom seramm nk jumpa dentist..

munna said...

munna plg tak suka jumpa dentist lah..tak suka time kena gerudi tu

Juwita Jamaludin said...

lia.. kami sekeluarga memang ada dentist persenderian hihihihi. kakak ipar specialist dentist so memang asyik jumpa dia je... tapi tu la tak rajin2 juga jaga gigi...

Cakap kat baby tau tunggu babah.. seriau akak dengar Mr K gi tokyo.. ingat pesan kat adik2 dekat umah awak tu hp jangan silent nanti awak nak call nanti senang

Acik Erna said...

kamalia..akak pernah buat ni..rm370..katanya kalau geraham lagi mahal..rm560..tak jadi buat yang geraham tu..cabut terus..buat satu je..

Kamalia said...

ika:hahaha, dah mai sini, nganga mulut tu,nak tgok gigi.kan,kan..mmg mhl sbnrnye.

ayu:ekeke,samala kita..dulu kecik2 nak cabut gigi kat klinik pun siap kena pegang bagai.penakut sungguh.oh,kalau braces xinsured ye?mahal camtukan.

Kamalia said...

asmara:Ya Allah, sakitnye tu. tak sangka yu seberani camtu ek.kalu ai, belum tentu nak buat camtu..hahaha,tp,betulla, demi xnak skit gigi,buat jela.

nur easy:merci2..uwaa.takutnye,operate bagai.kan,kan..diorg beriya2 mntk maap kot trkasar ek.

Kamalia said...

hanis azla:tak sangka sume org fobia.sy rasa faktor misi yg duk check gg kita time kecik2 dulu kot.tu yg smpai skang,ramai yg takut tu..

cma:salam.hahaha,detail sungguh ek.ntahla,mcm bestla pulak brcerita nih.xsuka tampal gak,bunyi die menggerudi gigi tu amt menakutkan.

Kamalia said...

munna:samala kita..xsuke jugak, tp kat sini ade beranila sikit..

juwita:wah,bestnye..ade doktor gigi tuh.mesti best ek,xyah rs takut pun.alhamdulillah, baby msh nak tunggu babah die.dah siap pesan bagai dgn sume budak2 ni..tq akak.

acik erna:mahalkan kak..tu yang xsanggupnye tu,tp demi gg,buat jela ek.

Idayu said...

uuisshh..panjangnya entry. sempat lg mak buyung nih,
akk pon penah rs pengalaman yg sma buat treatment gg kat sni. akk kena pgi 8x sampai abis treatment tuh, tp sebenonya blom abis pon. en pyan kata sudah2 lah...buat ler bnda lain plk. hahaha. padahal buleh jek claim ngan uthm.

mmg service diorng first class, w/pun agak lembapss...

Nur-nba said...

Salam. Kak, saya mohon izin untuk linkkan entri akak ni. Terima kasih ye.

UmmiAbi said...

Sekali baca Roti canai treatment. 2kali baca root canal treatment rupenyer..huhu,ngah blur td....;)
Good info kak..tq...

airaniez wirdani said...

Thank you atas info ni.saya nak buat rawatan akar betang ni..dah berapa hari sakit gigi tak tahan..melayangla RM600 ^-^...Terima kasih ye bagitau pengalaman...kim salam kat doktor yang baik hati tu.. ^_^

Irfa said...

hai tuan rumah ;)
penerangan yang sgt jelas sekali,tq
ye,baru balik buat root canal semalam.takde la sakit sgt pun..

pembekal mutiara said...

Saya pun sakit gigi,tapi tiada lubang..tanda2 nak wat rawatan akar gigi ke?

Dr Akbar Abdullah said...


Info yang menarik mengenai rawatan sakit gigi dengan menggunakan kaedah root canal. Sebaik-baiknya, kesihatan gigi kita dijaga dengan baik bagi mengelak berlakunya gejala sakit gigi ini.

Julie Ali said...

Nais info. Seramnya nak jumpa dentist petang ni. Huwaa

Unknown said...

info bguna since tga sakit gg . hmm na share ta bole

Unknown said...

salam kak, saya nak tanya macam mana gigi akak sekarang?? since saya nak buat RCT jugak tapi takut bila terbaca article yg kata RCT tak elok, banyak toksin akan dihasilkan

Unknown said...

sakit tak doctor.sebab sy hajat nak buat mggu depan???sy buat kat klinik swasta habis rm500 tak silap doktor ckap

Unknown said...

sakit tak doctor.sebab sy hajat nak buat mggu depan???sy buat kat klinik swasta habis rm500 tak silap doktor ckap

Unknown said...

sakit tak doctor.sebab sy hajat nak buat mggu depan???sy buat kat klinik swasta habis rm500 tak silap doktor ckap

Unknown said...

Hai saya nak tnye sakit tak time jumpa kali kedua tu ?? Sbb saya nak buat jugak rawatan akar

Ummukhalila said...

Saya pun akan buat root canal. Tq info.sgt mbantu

Azizul Azhar said...

Assalam..nak tanya kenapa lps buat rawatan akar...tak smpi setahun,dalam beberapa bulan gigi tu tercabut n nereput?
Azizul 0123368919

Unknown said...

Hahaha MCM saya dlu takot jmpa doctor Gigi..Gigi sy kena bubuh brces..tapi sya takmau..takot sakit..skrng nyesal🤣

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...