Pages

Monday, 28 November 2011

Cream Puff @ Shu cream

Salam wbt..Arini sejuk yang teramat. Membuatkan perut mengeluarkan bermacam-macam bunyi lagu gitu. Cerita pasal masak-masak pulak. 1st time buat shu cream sebab sebelum ni selalunya beli je kat eki tuh. Kedai tu saya berani nak beli shu cream dia sebab bahan-bahan yang digunakan kita boleh makan. Yakin pun sebab adik-adik kumpulan dakwah ni yang sarankan pergi ke kedai tu je. Kalau tak yakin, memang saya tak berani beli. Yela, kalau kat Beard Papa's tu bole pandang ajela, sebab bahan yang digunakan tak boleh dimakankan..
Senang je rupanya nak buat ni ye, cuma takla segebu macam yang beli kat kedai tu kan. Anak-anak memang suka shu cream ni cuma next time kena buat dua adunan la kot. Tak cukup berebut-rebut makan 3 beradik..hehe
Ni yang sebelum dibakar..comelkan saya (^~^)

 
Ingat nak pipekan kat dalam terus tanpa dipotong, tapi cari benda alah yang panjang lurus tu bolela pulak hilang..*eh,paham ke benda ape? buat2 paham jela ye (ala,nozel yg lurus tu je)*


buat comel-comel, senang anak-anak nak ngap terus..

Cream Puff

source:my resipi; yani

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

1.Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 
3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.  
5.Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.  
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. 
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.  
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.  
*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. 

Custard cream- my resipi; honey

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
  psst: arini agak sibuk, petang baru saya jalan-jalan naa..daa :p

Sunday, 27 November 2011

Self Check Out Counter

picture; google
Salam wbt..Selamat menyambut tahun baru 1433 H..Semoga tahun yang mendatang lebih membawa nilai yang lebih bererti dan baik bagi kita semua. Semoga ia tahun yang membawa berkat dan rahmat yang berterusan. InsyaAllah.

Hari ni nak cerita kisah tajuk di atas tu..Mungkin sesetengah daripada kita dah biasa guna sistem ni. Sepanjang dua tahun duduk sini, baru 2 kali kami guna cara ni..Sebelum ni memang tak berpeluang, sebab kalau shopping groceries tu memang kena bawak semua anak-anak kan..Jadi, memang rasa tak berbaloi kalau nak guna lane/counter ni. Sekarang ni pulak, kalau anak-anak dah pergi sekolah, baru macam petang sikit kami akan keluar pergi beli barang (tengok orang tu free ke tidak). Kalau weekend boleh je pergi dengan anak-anak, tapi tak boleh nak belek lama-lama sebab nak kena jaga diorang lagikan.:p

Self check out counter ni ada di Max Value ataupun Aeon (kwsn kami;max value)..At first, memang jakun bila guna self check out counter ni..haha..siap gelak-gelak lagi kami laki bini kat sini. Tapikan, kalau kita nak guna waktu peak hours dia, barang yang boleh digunakan kat sini mestilah less than 10 items. Kalau lebih dari tu, memang kita dah takleh nak scan bar code tu semua. Time kami pergi ni dalam pukul 3.30 pm camtukan, so,memang boleh la bayar untuk banyak barang.:)

gambar kurang kualiti..Mr K tak nak berlakon.;p

Untuk kami yang buta huruf ni..haha..ada dwi bahasa kat situ, jadi, pilihla bahasa Inggeris. Pastu scan la bar code barang yang nak dibeli tu dan letak dalam plastik..Sebelum tu, machine akan tanya kita guna beg sendiri atau beg plastik yang disediakan..Pilihla, macam kami bawa beg sendiri. Eco friendly la katanya. hehe

Untuk fruits, vegetables atau jenis-jenis barang kat skrin tu, yang ni dikategorikan manually identify items. Katakan kita beli bawang, kita pilihla vegetables in non green (eh,yeke,saya tak ingat la..sori kalau salah)..

Selepas tu dia akan tanya berapa kuantiti yang kita beli..(ye,dengar suara dia bertanya..haha)

 
Untuk bayar pulak, boleh pilih jenis bayaran yang kita nak guna. Kalau cash, masukkanlah duit kita kat tempat khas tu..Tak sempat nak ambik gambar waktu ni, tapi adela kat tepi tu je..Sekiranya ada masalah, jangan risau, ade je staff yang jaga kat bahagian hujung lane tu yang boleh tolong kita. Selepas dah bayar, satff ni akan ucapkan terima kasih sambil tundukkan kepala. Nice huh..:))

Ok, itu je cerita cara-cara nak bershopping tanpa anak-anak dan juga cara-cara nak membuang masa. Actually kalau dah selalu guna, lagi cepatla proses tu, kalau 1st timer memang jakun je lebih..Lagi cepat guna cashier yang sedia ada kot..hehe

Thursday, 24 November 2011

Okonomiyaki

Salam wbt..Baru dapat update belog kusam. Agak sibuk dua tiga hari ni..Jom kita tengok gambar pergi makan lempeng seafood di Dohton Bori. Selalu makan lempeng kat rumah je kan, tapi sekali sekala makan la pulak kat luar..;)  ..::gambar kurang berkualiti, hanya menggunakan telefon cap buah je.:: ;p

Ini bekas minyak masak dia..sangat shomellkan..rasa nak bawak balik..haha.

Dah lepas letak minyak tu, kita ratakan dengan itu sudip..sudip tengah bergerak..:D
Dapur ni memang panas, bila kita nak masak, waiter tu akan naikkan suhu sehingga ke 100 ++ degree..
Tak ingat sangatla berapa. 
Tapi kalau ada anak kecik memang kena jaga budak tu, takut kang elok je dia letak tangan comel tu kat atas dapur tu nanti..

Selepas tu bolehla kita gaul bahan-bahan lempeng kita itu..
Bahan-bahannya yang ada adalah telur, hotate (scallops), ebi (udang), tako(sotong), telur ikan, sayur kobis yang dicincang halus dan tepung tempura..
memang kalau buat lempeng kat kedai tak guna langsung tepung. Gaul hingga sebati ye puan-puan..:p

Tuang semua sampai habis, jangan tinggalkan walau secebis pun.. 
Jangan buat lebar sangat nanti susah nak diterbalikkan..:p

Tunggu hingga 5 minit..

Dah cukup 5 minit, terbalikkan..tunggu 5 minit lagi..
uwaa..perut dah lapaq nih.

Dah siap..boleh dihias ikut kreativiti masing-masing..

jemput makan..bismillah..

 

the kiddos:))



Monday, 21 November 2011

Chocolate Cheese Cake..


Salam wbt..buat cheese cake ni hari selasa yang lepas. Sebelum babah diorang OS aritu memang dah siap beli cream cheese 1kg tuk mama buatkan anak-anak yang suka makan cheese cake ni. Buat petang, esok pagi nya dah habis..Memang peminat cheese cake. Selalunya memang macam tu, kalau buat tu, sekejap je dah habis. Kalau nak bagi orang lain, kena buat yang lain khas tuk anak-anak je.

Resipi ni ambik kat rumah Kak As. Aritu ternampak cheese cake kat sana, yang terus buat..Kali ni memang rajin nak ambik gambar. Selalunya memang malas sebab takdan nak ambik anak-anak dah sibuk nak makan semuakan..Jadi,kenala pentingkan anak-anak tu dulukan..:)

tak letak chocolate syrup banyak sangat, sebab diorang tak berapa suka rasa chocolate cake sekarang ni..mungkin dah muak..jadi, letak sikit je bagi ada warna dan rasa..

oreo pun tak letak sebab aritu ada buat oreo cheese cake, diorang makan 1 slice sorang je.
Jadi, mama ni jugakla yang kena habiskan..so, lepas tu memang tak buat langsung..

Chocolate Cheese cake
source: Asmaradayana

Bahan-bahan:
  • 250g cream cheese
  • 200ml yogurt
  • 2 sudu lemon juice
  • 3 sudu tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 90g gula
  • 5 keping biskut oreo - tak letak..
  • Coklat Hershey's syrup secukupnya
Base
  • 200g biskut merrie (blend halus) -saya guna biskut Ritz; 110g
  • 70g butter (dicairkan).- 40g
Cara2, 
  • Untuk base, biskut dan butter disatukan
  • Tekan dan mampatkan biskut dalam loyang springform
  • Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam (saya masuk dalam peti ais beku 15 minit)
  • Putar creamcheese dan gula hingga sebati, masukkan telor dan putar lagi. 
  • Masukkan yogurt, lemon juice dan tepung, putar sebati
  • Hancurkan biskut oreo dan masukkan dalam adunan cheese bersama sedikit coklat hershey syrup
  • Sebatikan dalam adunan. 
  • Tuang adunan atas base biskut yang disejukkan tadi, picitkan coklat hershey disekelililing dan lorekkan.
  • Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak. 
  • Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang dan sedia dihidang.







Friday, 18 November 2011

Suka makan KAKI..

Salam wbt..Semoga semuanya sihat dan sentiasa di bawah lindunganNya..

Sebelum tu banyak-banyak pisang, pisang ape yang bulat? cepat-cepat jawab..
yeayyy..betul..pisang kaki. Nanti ambik hadiah kat bawah ni ye..:))  Aritu dah buat pasal entry ni,pastu tak tahu tetiba tangan tertekan delete..uwaa..tension mak tau nak mengarang balik semua..nasib baik gambar masih ade kat dalam memory card..:(

Kalau kat Malaysia buah ni dipanggil buah pisang kaki di mana pisang kaki ni takdela langsung ikut paras rupa pisangkan.. Apetah lagi nak jadi pisang yang ada kaki..haha..ok, tak kelakarkan.. Kenapa nama tu dipilih pun saya tak tahu, so kalau sesapa ade yang tahu jawapan kenapa nama tu dipilih, bagitau ye..Nama ni pulak kalau kita nak cakap dalam bahasa omputehnya, which literally means Banana Foot Fruit..haha, panjang sungguh nama dan tak glemer sungguh..Ok, nama sebenar dia Persimmon kan..kan..Orang Jepun panggil KAKI (柿) ..tapi, anak-anak (twin) saya panggil "oyen" -orange..penatla cakap ni bukan orange, ni buah KAKI..terus diorang argued cakap ni buah orange, sebab kalau cakap KAKI terus diorang pandang kaki diorang yang shomell tu..yela nak. oyen pun oyen la..:p

MIL saya suka makan buah ni. Saya tak berapa sangat. Mungkin waktu tu susah nak jumpa dan agak mahal sikit harganya..hehe, sayakan cheapskate..betul, dulu agak susah nak jumpa buah ni..Tapikan sejak datang sini, terus suka sangat-sangat. Mungkin sebab buah ni bila tiba musim dia, memang berlambak-lambak..macam buah rambutan kat kampung tuh. Kalau depan rumah diorang tuh, tergolek-golek je la buah ni kat tanah..

Pokok kaki ni lebih kurang macam pokok mangga epal tu ataupun macam pokok gajus ataupun macam pokok buah jambu batu..Takde langsung ciri-ciri macam pokok pisang yang jenis bukan pokok tanaman kekal..Bentuk macam buah tomato, rasa manis dan langsung takde rasa buah pisang pun. Dari pembacaan saya..ecece..buah ni elok untuk turunkan tekanan darah tinggi, mengatasi sembelit dan amat baik untuk paru-paru dan jantung. Untuk maklumat lanjut boleh google sendirikan.. :)
Untuk makan buah ni bolehla dibuang kulit dia dulu..
selepas tu bolehla dipotong ikut kreativiti masing-masing.
rasa manis dan rangup, memang tak pernah rasa masam. hehe..
cuma kadang-kadang akan dapat yang jenis tawar sikit, tapi selalunya jarangla dapat rasa macam tu.
sapa yang jawab betul tadi, bolela ambik sekotak buah ni..hehe..peace:)

Kalau tengah musim, buah ni selalunya dijual murah.
macam kat atas ni, sekotak besar (size XL, 29 biji) dapatla dengan harga 888 yen..
selalunya memang takkan lebih dari 1000 yen.
kalau kami sekotak macam ni dapatla dalam 5 hari kot..
Tengok kerajinan mak bapak diorang duk mengupas buah-buah ni..haha..
dasar pemalaskan..:p



psstt..Mr K dah balik semalam..yeayy, dapat tido nyenyak, kalau tak malam-malam asyik terjaga *penakut*..Baru berselera makan..haha..



Thursday, 17 November 2011

Urusan di Tokyo dan Yokohama..


Salam wbt..Pagi tadi yuki turun lagi. Turun bersama hujan, bila dah siang memang takde langsungla. Sejuk sangat malam-malam, kesian Afiya. Hot blanket pulak dalam stor kat bawah, takleh nak pegi ambik. Arini babah diorang dah balik ,bolehla guna malam ni..

Pergi Tokyo atas urusan membuat sijil kelahiran dan pasport budak shomell ni..hehe. Ni gambar ketika nak ambik gambar pasport die. Gambar pasport yang sebenar ade kat babah die. Nanti saya letak kat sini..


Sewaktu di embassy, bawak buku siap-siap..Nak bagi diorang tak berlari sana sini buat macam rumah sendiri..;)
Rezeki kami. Pihak embassy bagi kami lebihan makanan dari Pemuda Umno yang datang waktu bantuan kemanusian earthquake aritu..Dah lamakan, tapi orang dah bagi, ambil jela.Terima kasih dari kami.:)) Lagipun makanan tu dapat jugak kami bagi kat orang lain. Sharing is caring. Sekarang ni setiap hari saya akan minum milo 3 in 1..haha.gila kemaruk dengan milo malaysia walaupun ada je 2 kilo lagi milo yang belum dibuka kiriman MIL..pastu banyakla makanan. Kak As, rasanya isi kotak tu sama macam ape yang akak dapat dulu..:p
Ini pulak gambar jalan (fly over) sekitar Shibuya. Cool huh..:)

Selepas isi perut pergi ke Kasai RinKai Park. Naik ferris wheel sekejap, pastu baru gerak ke Yokohama. Suka tengok gambar anak dara tersentil lidah ni..:p

Mama yang cuak sebenarnya. Saya tak suka naik benda tinggi ni, gayat. Tapi masih boleh control lagi rasa gayat tu walaupun dalam hati tu rasa nak nangis je..haha.

Malam tu makan di sini..Di tepi laut, dah la malam tu hujan, memang sangat sejuk. Parking pun agak jauh, tapi nak makan punya pasal redah je hujan tu. Gambar makanan tu ada kat dalam digital camera yang Mr K bawak pegi Osaka. So, tak dapekla letak kat sinikan. Malam tu jugak memang plan nak jumpa Kak Juwita, tapi takde rezeki nak jumpa kan. Harap-harap lepas ni boleh la kita jumpakan kak..

Sarapan pagi di dalam bilik hotel..Mamee cup (hasil selongkar dari kotak pemberian putera umno tuh)..hehe

Wednesday, 16 November 2011

Ok, Salji Dah turun!!..Jom makan Chocolate chip Scones

Salam wbt..first of all, tajuk memang tah ape2 kan..macam poyo sungguh..haha..ok,abaikan..

Tahun lepas dan tahun sebelumnya, rasanya yuki *salji* turun waktu hujung2 bulan Disember. Tahun ni awal sebulan..Memang betul la ape yang Kak As kata semalam. Turun malam tadi tapi takdela selebat mana pun. Saya tak sedar pun dah lambat dalam kul 11-11.30 malam yuki turun, dah tidor..Orang yang kat Osaka tu sms kata yuki dah turun..Pagi ni ada lagi la sisa2 yuki tu kat bumbung rumah masing-masing..selalunya akan turun sekejap2 camni, pasni yang lebat lambat lagi kot..Kot2 tak turun dah pasni..hehe.. Tapi yang pasti heater 24/7 digunakan..Sekarang ni je dah 2 tong toyu *minyak tanah* yang dah habis..huhu. Tak sanggup nak menempuh winter awal sebulan dari tahun sebelum ni..Nampaknya akan mesra dengan yuki selama 5 bulan la tahun ni kan. Kat kawasan saya ni yuki selalunya akan turun hingga hujung mac atau awal april.Lama kan tapi takdela selama orang duk utara Jepun nun..

Sekarang jom makan chocolate chip scones.. Memang easy peasy. Mula2 takut gak jadi keras sampai kot baling dinding ,dinding tu boleh berlekuk ke..Alhamdulillah, lembut je..means menjadi la tuh kan..hehe

Memang sedap kat tekak anak2 saya dan kami laki bini..
tak tahula kot tak sedap kat korang ke kan..

buat bentuk2 tiga segi ni senang sikit..
besar dan bole bakar sekali harung je..
resipi ambik dari joy of baking..ambik yang paling simple n easy..
kat situ ade jugak video tuk cara2 nak buat..

Chocolate Chip Scones

source:Stephanie Jaworski -Joy of Baking.com 

Ingredients:
2 cups (260 grams) all purpose flour
1/4 cup (50 grams) granulated white sugar
1 1/4 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup (113 grams) (1 stick) unsalted butter, cold and cut into pieces
1/2 cup (90 grams) milk or semi sweet chocolate chips or chunks
1/2 cup (75 grams) dried cherries or cranberries (raisins)
1 teaspoon pure vanilla extract
2/3 - 3/4 cup (160 - 180 ml) buttermilk (saya kurangkan kepada 140-160ml, bergantung jenis tepung)
Methods: 
1. Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C) and place rack in middle of oven. Line a baking sheet with parchment paper.
2. In a large bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt.  
3. Cut the butter into small pieces and blend into the flour mixture with a pastry blender or two knives. (The mixture should look like coarse crumbs.)  
4. Stir in the chocolate chunks (or chips) and dried cherries. 
5. In a small measuring cup whisk together the buttermilk and vanilla extract and then add to the flour mixture. Stir just until the dough comes together (add more buttermilk or flour as necessary). Do not over mix the dough.
6. Transfer to a lightly floured surface and knead dough gently four or five times and then pat the dough into a circle that is about 7 inches (18 cm) round and about 11/2 inches (3.75 cm) thick. 
7. Cut this circle in half, then cut each half into 4 pie-shaped wedges (triangles). Place the scones on the baking sheet. Brush the tops of the scones with a little milk.
8. Bake for about 15 to 20 minutes or until golden brown and a toothpick inserted in the middle comes out clean. 
9. Remove from oven and place on a wire rack to cool.

Makes 8 scones.


Monday, 14 November 2011

Hotate yang sangat murah..satu kotak hanya 1 yen sahaja..

Salam wbt..update laju- laju..Mari- mari makan hotate (scallops) yang sangat murah..Satu kotak hanya 1 yen sahaja. Dalam sekotak tu adela dalam 40 ekor kot..Beli online *auction* dan dapatla 1 kotak dengan harga 1 yen..Beli 2 kotak hanya 2 yen tapi shipping sekotak jadi 2000 yen..haha.. memang bila fikir shipping tu tak berbaloi tapi disebabkan dalam sekotak tu banyak kira puas hati sangat2 la kan.:)) Selalunya kalau kat supa seekor hotate lebih kurang dalam 80-100 yen..Jadi yang ni memang amat berbaloi-baloi..nyum nyum..

Yang ni kisah hari sabtu lepas..Berbbq di tepi dam (empangan) di bawah pokok2 yang sudah togel..Hotate memang banyak kat sini. Nak2 bila sampai musim dia memang kenyang la makan hotate nih..Bukan saya beli pun, ni adik undergrad yang beli..terima kasih adik Bigu..Kami sayang awak..dan dan time ni sayang belako..haha.

 inila hotate sebelum di bakar..besaq kan..memang puas uols makan nih.

ini yang sedang dibakar..besaqkan isi die..sampaikan sendawa pun bau hotate.
sosej buat hanak2..
gambar tak bape lawo sangat..ambik guna henpon cap buah je pun..
haha...dia ni tolak batu dan kayu je..sume benda die makan..
eh eh, dia tak makan rebung..
yang baju biru tula tauke hotate..

see..pokok2 sume dah botakkan..
tepi tula dam..kalau jatuh dari bukit tu memang sangat mengerikan..
*2 gambars di atas credit to fahim kun*

 
afiya pulak time ni die memang meragam
dah empat bulan kan die, tak pernah die nangis seteruk waktu nih..
nangis tu macam sakit sangat..
waktu tu saya dah cuak dah..
tengok gak kat badan2 die kot2 ade ulat gigit ke..tapi takde pulak..
jadi, kami laki bini speku kemungkinan dia ada ternampak sesuatu..
sebab bila balik rumah je, terus dia elok.
tak nangis pun..haisshh.

psstt..alhamdulillah..satu hari satu malam berjaya tanpa babah diorang di rumah..
another 4days and 4 nights to go..
harap2 bila babah diorang balik mama ni tak bertukar jadi zombie atau hantu kak limah la..huhu..

Thursday, 10 November 2011

Mr Kamil dan Red Velvet Cake

Salam wbt..Hari ni kan birthday suami saya..haha.cukup mengada..Ok, hari ni birthday Mr K yang ke .....jeng..jeng..jeng..jeng..jengggggg...30 tahun. Dah tua tau..Selamat Hari lahir buat awak. Semoga segala cita-cita dan impian akan tercapai dan terlaksana. Semoga dipermudahkan segalanya demi mencapai apa yang diimpikan. Semoga sentiasa berada di dalam rahmatNya dan lindunganNya. Semoga awak sentiasa menyayangi kita dan anak2..*tak tahu nak tulis apa, rasanya dia (Mr K) lebih tahu apa yang saya rasa.*

Lebiu..hikhik..Sayang awak..*lari sambil tutup muka...bukkk..terlanggar pintu bilik*

takde gambar terbaru..apatah lagi gambar berdua..
dia bukan seorang yang suka bergambar tak macam bini dia..

Saya bukan seorang yang romantik. Sebenarnya kami berdua bukan couple yang romantik. Sesapa yang kenal kami mungkin tahu perangai gila2 kami berdua ni..haha..So, sesapa lepas ni kalau jumpa kami jangan terperanjat tau kalau tengok perangai kami berdua ni..Memang tak romantik langsung, sila jangan pengsan kalau kami buat lawak atau kena mengenakan antara satu sama lain..

Kelmarin saya kata dengan dia, lusa birthday awak..hehe..awak dah masuk 30..
pastu dia jawab: oh, ye ke.ishh,dah tua dah kita ye.dah masuk 30 tahun dah..tapi, takpe yang penting kita lagi muda dari awak..*cittt, nyampah tau..*
Actually, saya tua 10 bulan dari dia..Saya lahir bulan Jan, 11 Jan..Dia pulak 10 Nov..memang jauh jarak bulan tu tapi masih tahun yang sama.. Tapi, dia sangat berbangga yang dia lebih muda dari saya tau..Nyampah lagi..haha..Takpe2, walaupun umur dia muda tapi muka saya tetap nampak muda..Umur tak penting, yang penting muka kena nampak muda..Ala2 baby face gitu..yeke? perasan tul baby face..kertu face adela..muahaha..


Memandangkan hari ni dia super duper busy, semalam saya dah buatkan dia kek. Memang dia tak mintak( dia tak suka makan kek), tapi sajela nak menghargai diakan. Lagipun bagi anak2 suka sikit. Terutama Amni asyik tanya bila mama nak buat birthday cake..Dia asyik ingat birthday tu bole sambut 4 or 5 kali setahun..So, semalam buat la Red Velvet Cake tu..Gigihla dari pagi buat, ingatkan nak buat suprise la tuk Mr K, tak sempat nak sorokkan dia dah balik. Hancur plan nak buat suprise..Paham2 jela, ade anak kecik, memang takleh buat keje sangat.

takdela secantik mana deco2 saya nih..
tangan kejung satu hal..
pastu saya bila cream cheese frosting  ni mesti bermasalah nak sapu kat atas kek tuh..
tak suka tau..
lagi suka buat ganache je..
resipi dari sini, pasni nak cuba resipi lain pulak..
pagi ni dah tinggal sikit je sebab saya dah bagi 1/2 dari kek ni kat orang lain..
malas simpan kat umah nanti saya jugak yang kena makan..
target nak turunkan berat bawah 50kg sebelum hujung tahun..
insya Allah kena kuat sikit tuk lawan nafsu makan kan..kan..kan..


Wednesday, 9 November 2011

Rangkuman cerita masak2..

 Pengat/bubur makaroni
1st time saya makan dan jumpa pengat ni. Makan di rumah Kak Su (ex jiran Umie Saitama). Memang sedap plus jakun..haha. Selalunya makaroni ni kalau berkuah pun sebab buat sup makaroni kan, ni dibuat jadi pengat memang lain dari yang lain..Tak tahulah kalau korang sume pernah makan, mungkin la dah biasa, tapi kami berdua memang agak jakun dan terus suka dengan resipi macam ni. Minggu lepas buat la, sib baik jadi..hehe.
Nak buat die senang sangat.. Ni resipi campak2 je tau, takde nak sukat bagai. Ikut citarasa masing2 dan bilangan yang makan..Rebus makaroni dulu, dah empuk angkat dan toskan..Pastu buatla bubur/pengat die..masukkan santan sesuka rasa, gula dan daun pandan..kalau nak letak sagu pun boleh..Dah mendidih bolela masukkan makaroni tuh..Makan time panas2 memang sedap..
Kak Su kata, waktu dia kekecik dulu, orang kampung die memang selalu buat pengat nih..kira macam makanan tradisi la..Pastu bila dia dah keluar dari kampung dia, bila nampak makaroni goreng, dia agak pelikla jugak..Tak sangka yang makaroni tu bole dibuat makaroni goreng..haha..kelakar la pulak bila dengar cerita tu, yela kalau saya macam pelik dibuat pengat yang dia pelik bila digoreng..Oh, kak Su tu orang Miri Sarawak (kalau tak salah saya la..kot salah ampun kak Su)

 Mee Sup Daging

DSC_1770
Chicken Pie..
ni dah lama buat..
sebelum bersalin..


 Roti Tuna Sandwich
ni pun dah lama buat..lama sungguh sebelum Afiya lahir lagi..
resipi ni dari CMG tapi saya jumpa kat rumah Kak Ummi..
sedap sangat sampai kalau buat tu dah naik hafal bahan2 die..
tapi sekarang dah malas nak buat..haha..

ROTI TUNA SANDWICH
source: Kak Ummi. HomeSweetHome.
BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)

  • 1 camca besar mentega, dicairkan
  • 1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (akak guna Tuna Mild)
  • 2 1/2 camca besar Mayonnaise
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan (*akak x tabur pun lada hitam, just masukkan dlm tuna jek)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2). Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...