Pages

Monday 19 December 2011

Death by chocolate cake

Salam wbt. Mula-mula nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan kami anak beranak. Jazakallahu Khairan.. Alhamdulillah hari rabu tu dah discharged. Hanya 3 hari je warded dan selepas satu malam kat sana demam pun dah takde cuma waktu tu kena continued dengan ubat *drip* dan nebulizer je.

Panjang sangat mukadimah arini, buat kek coklat ni semalam. Saja nak bagi anak-anak potong kek. Semua suka dapat birthday cake, tak tahula birthday sapa.. sajala layan diorang ni..hehe. Sepatutnya saya kena buat ganache tu tebal sikit, tapi last minit tetiba derhaka dengan resipi. Jadi, takdela tebal sangat ganache tu kan. Itupun twins ni aktif bagaikan apa dah malam tadi lepas makan kek ni. Panjat sana sini, isshhh..penat marah diorang tau sebab kang kot jatuh, diorang gak yang sakit. Dah la babah diorang takdo..

see..ganache yang tak tebal sangat
whipped cream kat dalam tu pun nipis je..
next time taknak derhaka lagi dah..

 
hehe..nampakkan kecomotan deco kek ni..
tu tangan sapalah yang duk mengorek kek ni.

Resipi macam biasa dari my resipi. Ramaikan yang dah cuba kek ni. Saya peram resipi ni pun dah lama, barula buat. Overall, kek ni memang sedap. kek yang penuh dengan rasa kecoklatannya..itupun kalau ganache tu lagi tebal mesti lagi sodapkan..tapi, nanti twins tu pun aktif saya tak tahula macam aman nanti. Mahu sampai pagi tak tidur kot..kahkah.

Death by chocolate cake

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...