Pages

Thursday, 22 December 2011

3D 2N..

Salam wbt..duk kelebek telepon baru perasan gambar-gambar ni. Bolehla letak kat sini nanti kot besok diorang dah besar boleh la tengokkan. Kenangan sewaktu di jepun.



2 gambar di atas, doktor bagi ice packs..Afiya letak gel ice pack kat belakang badan dia dan Faeiz dijadikan sebagai bantal. Saya macam malas nak buat sebab Faeiz nangis-nangis tak nak baring atas tu..so, biarkan je tapi dah lama2 bila pack tu dah tak sejuk sangat baru dia nak baring..Alhamdulillah malam tu temperature turun dan pagi esoknya dah tak demam. Itu yang warded 3 days 2 nights je, kot tak kena gakla sampai 4 days..

yang ni tengah guna nebulizer..satu hari 4 kali x 2 orang = 8kali.. subuh sepi-e saya dah kena buat neb ni kat diorang..gigihmaknak buat bagi anak sihat..hehe
saya kan takleh nihonggo, bila diorang cakap tu bolehla paham tapi bila nak cakap saya guna ego.. diorang pun kalau guna medical term tu bolehla guna ego..yang kelakarnya pagi tu ,saya duk sibuk memujuk budak dorang ni yang nangis serentak, tetiba nurse masuk terus tanya dah sudah guna ke nebulizer ni..terus saya jawab dalam bahasa melayu.."dah..dah..dah guna dah"..tetiba dia minta maaf suh saya ulang..haha, baru perasan yang saya jawab dalam bahasa melayu..*ok. tak kelakar..takpe..*

 bersama dengan biskut panda..
kesian, malam-malam nangis nak babah..nak faeiq..nak balik rumah..

 yang ni tak kisah..asalkan mama ada, dia pun happy.
.
boring sebab mama nak guna telepon. asyik berebut telepon je dengan dia sampai gaduh2..haha.
yela, nak telepon babah dia pun tak boleh manjang nak tengok youtube je..

tido..ngantuk sangat..anak korang ado tangan macam nih?ekeke..
tapikan, dia memang tak puas hati dengan tangan dia nih..asyik duk cuba tarik-tarik..tak selesa kekdahnya kan..
gambar di dalam bilik kami..ni je yang sempat di ambil....
itu TV, nak guna kena beli card..tak kose mak nak tengok tv bagai..tak sempat dengan budak berdua nih..
itu drip Afiya..Faeiz punya pun macam ni..memang tak boleh bergerak langsung dari katil sebab machine tu plug in kan..Faeiz kalau poo poo pun basuh guna wet tissue je..so, paham-pahamla semerbak bau dia dalam bilik tu..huhu
katil tersangat tinggi..gigihla mama ni duk turun naikkan palang bila nak turun dari katil..palang kena naikkan 24 hours ok..kang kot anak jatuh, diorang tak bertanggungjawab..


ok..ni je kot cerita hari ni..sekejap lagi nak pi hospital..check up budak tecik ni, tapi kena keluar awal..
Mr K kena hantar adik Fido ni ke hospital sekali.. nak kena buat surgery lutut katanya.
.petang sikit ai BW la ye..daa

10 comments:

nur easy said...

semoga cepat sembuh... ujian kesabaran utk anak2 n parentnya sekali ;)

♥cmª shIemª♥ said...

huhu..kene warded..

comenye mase tecik2.. :p

Juwita Jamaludin said...

Tabah lia ni.. Harap anak2 kita sihat te

Hanis MY said...

huhu sedih tgk budak sakit... tapi ttp nampak comel...

Amie said...

comelnya! memang akan jadi satu kenangan di kemudian hari....

Daddylicious said...

insyaallah cepat sembuhnya tu...

umialya said...

moga anak2 ini cepat baik

Asmara said...

Haziq ni demam petang dah 3 hari, huhu.. hari ni baru bawak pegi klinik. risau gak. tp td doktor ckp skrg ramai bdk demam, kat klinik td berderet org jumpa doktor. bg ubat nmpk ok sikit. risau kan!

Kamalia said...

easy:Alhamdulillah..semoga ank2 kita diberi kesihatan yg terbaik dariNya.

cma:faeiz da 2kali..

juwita:terima kasih kak..amin

hanis my:tq aunty..

Kamalia said...

amie:banyak sgt kenangan masuk hospital ni kak..hehe

daddylicious:Amin..alhamdulilah,dah sihat.tq

umialya:tq..

asmara:kan..mmg musim demam ..odaijini haziq kun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...