Pages

Friday 2 December 2011

Kuih Ketayap Polkadot

Salam wbt..dah lama tak buat kuih ketayap sebab inti dah habis. Jadi, bila nak kena buat inti yang baru, tersangatla malasnya. Padahal, bukannya kena parut kelapa bagaikan, campak je kelapa kering tu dalam piyuk, letak gula merah, letak santan sikit pastu letak air..masak sampai jadi sedap..hehe..tapi tula kalau dah malas saya memang taknak paksa diri buat. Nanti mesti tak sedap..haha.


Resipi ambik dari rumah ummizahidi, homesweethome. Saya punya polkadot takdela secantik mana tapi kira sedap mata memandangla..ecece, nak sedapkan hati sendiri ye tak..terima kasih kak ummi.

KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
 source: ummizahidi; HSH

Bahan A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (*akak letak 1 biji je) -saya pun sama
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan) -santan
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak) -xletak jugak
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti 
  • 1/2 biji kelapa parut putih 
  • 3/4 cawan gula merah *campur gula merah dan gula biasa
  • sedikit air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung *xletak pun 
 Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.
 *auto schedule post- pagi ni nak ke kindy anak2*

21 comments:

Cik TeN10 said...

1st time tgk ketayap secomel ni.. :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

comey nyer uols
ai jer x try2 lagik
sebab suka yg biasa rona ijau tue kot ngeeee...
ni kids tgk mesti berebut khen

Unknown said...

pertama kali tengok ni..huhu.

ada juga ya kuih ketayap polkadot...hehe

Hanis Azla said...

hari tu akak tgk kuih ketayap berwarna warni, merah, biru, hijau, kuning di rumah kenduri.. ini polka dot pula.. mmg memikat selera..

Amie said...

memang tomei betul kuih ketayap dia ni... rajinnya buat! tentu anak-anak pun suka nak makan...

nur easy said...

alolo comel lote nya.. retro plak tu.. hehe

Asmara said...

pergh! mcm letak coklat smarties pulak atas tu. hehe.. cantik u!

☾SHiemaCMa786☾ said...

ketayap polkadot??
kelihatan menarik dan tertarik..
mesti anak2 suka mkn..

nyum2..nak cuba la nnti~

Nadiah Sidek said...

kuih ketayap tu kena chiken pox ek? hihi

ucubakery said...

cantinya ketayap polkadot ni..geram tengok..sayang nak makan..

Ida,Japan said...

cantik sgt lia kuih ketayap ni...budak2 mesti suka sgt ni kan...mekasih di atas komen pada n3 k'ida yg lepas ye

eija_sweetmama said...

alahinya sweetnya ketayap polkadot ni..kalernya pun sweet sgt..rasanya msti sedap kan..
rajin sungguh la lia ni mencuba wat pelbagai kuih muih ni..

Acik Erna said...

kamalia..acik memang tak pernah tengok lagi..first time tengok blog kamalia ni..boleh buat polka dot tu..cantik.

ADEEYA said...

Cantik la. First time tengok. :) Sayang je nak makan.

lady lavender said...

kreatif! first time tengok ketayap ada polkadot. Selama ni ingat apam aje yg berpolkadot :-)

Ida,Japan said...

slm lia....pasal telur puyuh tu, k'ida beli yg dlm tin kt kedai halal kt sini, yg dh siap rebus la kiranya...kt keai jepun pun ada la lia telur puyuh, cuba tgk kt bahagian telur ayam..pernah nmpk

razmanta said...

menarikla..idea yang baguss ni..budak2 mesti sukakan sbb warna nya yg menarik...

Unknown said...

wah...nih nak mkn pun syg..hehe

Hanis MY said...

comelnya! bila nak turun sendai lg?

wahida said...

festaim tau ada kuih ketayap dot dot...hehe...comel la..

Ain Salleh said...

What camera did u use to capture those photos above?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...