Pages

Tuesday 20 December 2011

Puding Roti Nutella


Salam wbt..Puding roti nutella. Sangat senang nak buat dan sangat sedap. Mak bapak pun berebut-rebut dengan anak-anak makan puding ni. Bila gigit je terus rasa coklat*nutella* pastu tergigit pulak chocolate chip lagi sodap. Ditambah pulak dengan kekenyalan raisin. Haissh, ni yang nak buat lagi nih..ekeke Selalu buat puding roti sos kastad tu kan, tapi sejak nampak resipi ni terus guna ni je. Sonang tak yah nak buat sos bagai..kahkah..dasar P kan..

 jemput makan..

Resipi ambik kat rumah TTM. Terima kasih kak Chloe, ekeke. 

Bahan-bahan:
5 keping roti yang disapu dengan marjerin dan nutella (nak ganti peanut butter pun ok gak kot..ataupun chocolate filling)
1 1/2 cawan susu segar - saya letak 2 cawan..ikut jenis roti jugak.
2 biji telur
1/4 cwn gula kastor
2-3 sb susu pekat manis
kismis secukupnya
chocolate chips secukupnya

Cara:

1.Satukan susu segar, telur, gula dan susu pekat manis. Whisk hingga sebati.
2.Carik-carikan roti dan masuk dalam ramekins. Gaul dengan kismis dan chocolate chips.
3.Tuang campuran susu dan bakar dalam preheated oven 180C dalam 20-30 minit.

ni 1st time buat aritu.
buat malam, bila dah masak cepat-cepat bawak masuk bilik..
tu nampak, letak atas tilam je..kahkah

makan kat dalam bilik sangat best
sebab tak sejuk..hehe
memang malam-malam tak berani nak makan kat dapur
gila sejuk walaupun bukak heater
silap-silap boleh frostbite *sila jangan percaya*

13 comments:

Cik TeN10 said...

Oishisou dan sgt sng !!! Nk try jgak la.. I ni dh mmg hantu coklat !! Ngee

Ehh mna akak dpt susu pekat manis kt nihon ??

Hanis Azla said...

wah.. mmg nampak mengancam.. nnt akak nak cuba buat.. boleh makan rebut2 dgn anak2..

nur easy said...

hujan kat sini berterusan.. tgk kuih ni jadi lapar lak ;)

Umie said...

kam, aku nak mintak resepi nie la kononnya lps ko ngan kamil cerita ari tu... lepas tu aku terus lupa.. nnt nak buat la..semua bbhn ada tu except nutella tu aku nak ganti ngan choc. bar lah kot...;-)

Amie said...

oooh! sedapnya....ada lagi ke...tapau 3 ketul ye Kamalia.

ucubakery said...

erghhhh..alhamdulilah dah kenyang pun..eh..eh..mana tisu nak lap bibir ucu yg cun melecun ni...

☾SHiemaCMa786☾ said...

adessss.....
nk try nk try!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

auwww dah lama ai x bikin puding roti ni....mmg sedap khen....

Hanis MY said...

ramekins tu apa wuwuwu, nak cubalah.. nampak sgt yummy!

Nadiah Sidek said...

macam best je!

Kamalia said...

cik ten10..adalh susu pekat yg boleh di mkn..yg ade gambo kepala lembu tuh..

hanis azla:hekhekhek..pastikan berebut2 tau dgn ank2..

easy:kan..sejuk2 mmg lapar

Kamalia said...

umie:boleh je ganti dgn coco bar..aslkn coklat.

amie:nnt buat lg sy pos okeh..kihkih

ucu:alhamdulillah..dah kenyang ye.nah,sy bagi napkin je, sng boleh basuh balik..

Kamalia said...

cma:try la buat..try la buat..ekeke

lady ayu:plg sennag nak buatkan..ai suka kuih yg sng2 camni

hanis my..cubelah..remekins bekas yg warna putih tu la.

nadiah:best je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...