Pages

Thursday, 29 December 2011

Saya nak main snow tapi saya tak tahan sejuk..

Salam wbt..suka tak tengok gambar saya nih?...mama kata saya nampak comelkan? hihihi..ini gelak manja saya*..

Kami kat Appi Kogen..babah saja nak bawak kami cuti-cuti main snow walaupun kat umah di kelilingi dengan snow yang tebal.. Tapi, sekejap je saya boleh duduk luar. Mama risau saya kesejukkan..hidung saya merah-merah dan kelopak mata saya pun dah tebal dengan snow. Mama kata snow turun lebat sangat jadi saya dan mama duduk je kat nursing room ni.. Mama kata lagi besok mama update blog..daaa.

Wednesday, 28 December 2011

Kuih Bom


Salam wbt..Bom yang bila dimakan takkan meletup tapi mengenyangkan..haha *kenapa saya sorang je yang gelak ni*  1st time buat ni 2 minggu lepas jugak..Tersangat suka dengan kuih ini..Tersangat suka jugak dengan resipi ni sebab kuih ni sangat lembut dan tak liat langsung macam yang saya selalu beli dulu..percayalahhhh *sila nyanyi macam tok ti*..Saya suka dengan kuih-kuih tradisional..yela, orang kampungkan.;p  tapi, kadang-kadang kuih tradisional ni ada yang agak leceh nak buat dia. nak buat tu kenala ada roh rajin baru jadi..:D

Resipi dari Along Roz..sesapa yang suka kuih ni, bolehla cuba kot..bila goreng memang takde meletup-letup pun *ni apa yang saya baca, orang kata buat kuih ni boleh meletup-letup sebab bijan tu rasanya*..


Kuih Bom

Bilangan: 12 biji
Bahan2:
80g Keledek - kukus & lecek
120g Tepung Pulut
20g Tepung Gandum
35g Gula Kastor
Secubit Garam
100ml Air
Biji Bijan - utk salut 
Inti Kelapa / Kacang Merah/Hijau

Cara2:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan & inti) sehingga sebati menjadi doh lembut.
Bahagikan kpd 12 ketul.
Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut & bulatkan.
Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
Ulang sehingga habis.

2. Goreng dgn minyak yg dalam sehingga garing.



Tuesday, 27 December 2011

Laksa Kelantan


Salam wbt..Laksa Kelantan memang sedap. 1st time makan. Mula- mula macam takut gak, ntah ape kan,nak makan laksa je pun, itu pun nak takut..hahaha..yela takut la tak kena dengan selera saya ni ha kang membazir je kan..

 
sorila ye, ni je gambar yang ado..
adela kan rupe laksa kelantan die..

Cuba tengok kuah dia? sangat pekatkan. Saya suka kuah yang pekat macam tu pastu letak cili tu banyak-banyak..Memang sedap sangat sampai nak jilat pinggan okey..kahkah..Alhamdulillah, rasa  nak makan lagi je. Tapi ni bukan saya yang buat pun, jangan tertipu. saya tak terel nak buat laksa, makan saya terel..kawan kami bagi, laki bini orang kelantan. memang jadila laksa kelantan dia..takde la jadi laksa johor..ekeke..*ok, tak kelakar* tetiba rasa nak suruh Kak Lisa buat lagi je, tak malu sungguhkan..;p
Terima kasih daun keladi, lain kali boleh bagi lagi..cewahh.:p

Monday, 26 December 2011

Bibik pun lari kalau jaga diorang ni..

Salam wbt..koleksi gambar dari aipong jugak. Kejadian 2 bulan lepas kot..haha..lama dah..

Inila aktiviti twins ni kalau tak dipantau selalu..rasanya waktu ni saya tengah bf Afiya kat bilik belakang.


Bila Afiya dah tido pergi check diorang mak ai..macam kapal Jack Sparrow kena letup dengan meriam buluh*kak wos pinjam ek*..mama dia bangun pitam bangun pitam 17 kali..tensenmaknak..haisshh nak buat camnekan, kalau boleh nak je bawak bibik tapi tula tak berkemampuan dan tak boleh..kot boleh pun, konpem bibik tu lari..haha..satu, sebab tak tahan nak jaga twins ni lagi satu kena marah dengan mama kenapa biarkan diorang buat macam ni..Ini baru sikit ye. Sebelum ni macam-macam lagi..grrr

Itula anak kan..dah kena marah teruk-teruk tetap sayang kita, tetap nak manja-manja raba perut bagai. Kita pulak dah marah campur bebel sampai berbuih mulut macam kena sawan tetap peluk cium diorang..Kasih sayang anak dan parents memang tak boleh dipisahkan.:))  tak tahulah macam mana budak-budak yang duk buang anak tu. Takde rasa keibuan langsung ke?*tetiba lari tajuk*..

Jangan ditanya kenapa hari ni rajin update blog.;p

Sent from my iPhone

Chicken Tempura Breadcrumbs


Salam wbt..tersangat malas nak buat keje rumah.haha..malas nak masuk dapur sebenarnya sebab sejuk..dah bukak heater pun masih sejuk, heater kat daput tu 3 hari je toyu pun habis..bab nak mengisi toyu tu yang malas sebab tong toyu kat balkoni dapur, malas nak kena angin sejuk kekdahnya..pastu bila nak angkat bekas toyu tu pulak, mak ai sejuknya bekas tu..sakit-sakit tangan boleh frostbite uols..kahkah *serius, pagi tadi sampai sakit tangan saya*  tong tu takleh letak kat dalam, kang twins tu banyak je idea diorang dengan tong tu nanti..grrrr (eh, beria la pulak saya explain kan..macam ade orang kisah..lantak:p)


Ayam ni buat 2 minggu lepas..dah lama bercita-cita*ceh, cita-cita bagai macam nak jadi chef je* nak buat ayam goreng macam ni, cuma waktu tu roh rajin tak datang lagi. Memang sedap ayam ni sebab kita perap dulukan, pastu bila dah goreng tu memang bunyi krup krap la bila kita makan..tepung tempurakan rangup-rangup macam tu pastu letak pulak breadcrumbs, memang sodap..highly recommended ayam goreng ni..

boleh abaikan keserabutan susun atur ayam ni..:p
Resipi dari Kak Ida. terima kasih kak..dah 2kali buat ayam goreng ni selalunya kami yang makan lebih dari anak-anak..haha..terukkan makpak diorang nih..

Chicken Tempura breadcrumbs

Bahan-bahan perap ayam:
  • 5 keping boneless chicken
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 1 1/2  sdb mayonis
  • garam seukup rasa
Bahan salut:
  • 2 cawan tepung tempura@secukupnya
  • Air secukupnya utk bancuh tepung tempura atau lebih kurang 1 1/2 cwn
  • Sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam.#
  • 2 cawan serbuk roti/breadcrumbs @ secukupnya
Cara membuatnya:
  • Ayam dibersihkan, dipotong 2 @ saiz yang sesuai
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Gaul ayam bersama bahan * dan bahan lain...perap seketika
  • Bancuh tepung tempura dgn air serta #
  • Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung, kemudian lumurkan dengan serbuk roti/breadcrumb
  • Goreng hingga masak dan garing di dalam minyak yang banyak.



Saturday, 24 December 2011

Sosis buk..

Salam wbt..korang penah makan sosis nih? hekhekhek(gelak kambing)..semalam dapat makan sosis ni..sosis tu is sosej la. Bahasa orang seberang, semalam kawan baru kami bagi..ade cop halal lagi tuh. At first rasa takut nak cuba tapi setelah adik hanim letak pisau kat urat mereh terpaksa gak makan uols..rasa tak sedap bebeh (no offense ye)..rasa ade herba2 gitu (actually rasa takut nak telan cmtu je sebab sosis ni tak yah masak bagaikan)..siap makan tak perlu dimasak bak kata ibu itu..


Nasib baik tak sakit perut bagai walaupun hanya makan segigit saja..takde efek langsungkan..

Sangat boring..afiya and twins tido.babah ni baru balik terus duk main game..nyampahss mak..ok la..babai..

Sent from my iPhone

Thursday, 22 December 2011

3D 2N..

Salam wbt..duk kelebek telepon baru perasan gambar-gambar ni. Bolehla letak kat sini nanti kot besok diorang dah besar boleh la tengokkan. Kenangan sewaktu di jepun.



2 gambar di atas, doktor bagi ice packs..Afiya letak gel ice pack kat belakang badan dia dan Faeiz dijadikan sebagai bantal. Saya macam malas nak buat sebab Faeiz nangis-nangis tak nak baring atas tu..so, biarkan je tapi dah lama2 bila pack tu dah tak sejuk sangat baru dia nak baring..Alhamdulillah malam tu temperature turun dan pagi esoknya dah tak demam. Itu yang warded 3 days 2 nights je, kot tak kena gakla sampai 4 days..

yang ni tengah guna nebulizer..satu hari 4 kali x 2 orang = 8kali.. subuh sepi-e saya dah kena buat neb ni kat diorang..gigihmaknak buat bagi anak sihat..hehe
saya kan takleh nihonggo, bila diorang cakap tu bolehla paham tapi bila nak cakap saya guna ego.. diorang pun kalau guna medical term tu bolehla guna ego..yang kelakarnya pagi tu ,saya duk sibuk memujuk budak dorang ni yang nangis serentak, tetiba nurse masuk terus tanya dah sudah guna ke nebulizer ni..terus saya jawab dalam bahasa melayu.."dah..dah..dah guna dah"..tetiba dia minta maaf suh saya ulang..haha, baru perasan yang saya jawab dalam bahasa melayu..*ok. tak kelakar..takpe..*

 bersama dengan biskut panda..
kesian, malam-malam nangis nak babah..nak faeiq..nak balik rumah..

 yang ni tak kisah..asalkan mama ada, dia pun happy.
.
boring sebab mama nak guna telepon. asyik berebut telepon je dengan dia sampai gaduh2..haha.
yela, nak telepon babah dia pun tak boleh manjang nak tengok youtube je..

tido..ngantuk sangat..anak korang ado tangan macam nih?ekeke..
tapikan, dia memang tak puas hati dengan tangan dia nih..asyik duk cuba tarik-tarik..tak selesa kekdahnya kan..
gambar di dalam bilik kami..ni je yang sempat di ambil....
itu TV, nak guna kena beli card..tak kose mak nak tengok tv bagai..tak sempat dengan budak berdua nih..
itu drip Afiya..Faeiz punya pun macam ni..memang tak boleh bergerak langsung dari katil sebab machine tu plug in kan..Faeiz kalau poo poo pun basuh guna wet tissue je..so, paham-pahamla semerbak bau dia dalam bilik tu..huhu
katil tersangat tinggi..gigihla mama ni duk turun naikkan palang bila nak turun dari katil..palang kena naikkan 24 hours ok..kang kot anak jatuh, diorang tak bertanggungjawab..


ok..ni je kot cerita hari ni..sekejap lagi nak pi hospital..check up budak tecik ni, tapi kena keluar awal..
Mr K kena hantar adik Fido ni ke hospital sekali.. nak kena buat surgery lutut katanya.
.petang sikit ai BW la ye..daa

Tuesday, 20 December 2011

Puding Roti Nutella


Salam wbt..Puding roti nutella. Sangat senang nak buat dan sangat sedap. Mak bapak pun berebut-rebut dengan anak-anak makan puding ni. Bila gigit je terus rasa coklat*nutella* pastu tergigit pulak chocolate chip lagi sodap. Ditambah pulak dengan kekenyalan raisin. Haissh, ni yang nak buat lagi nih..ekeke Selalu buat puding roti sos kastad tu kan, tapi sejak nampak resipi ni terus guna ni je. Sonang tak yah nak buat sos bagai..kahkah..dasar P kan..

 jemput makan..

Resipi ambik kat rumah TTM. Terima kasih kak Chloe, ekeke. 

Bahan-bahan:
5 keping roti yang disapu dengan marjerin dan nutella (nak ganti peanut butter pun ok gak kot..ataupun chocolate filling)
1 1/2 cawan susu segar - saya letak 2 cawan..ikut jenis roti jugak.
2 biji telur
1/4 cwn gula kastor
2-3 sb susu pekat manis
kismis secukupnya
chocolate chips secukupnya

Cara:

1.Satukan susu segar, telur, gula dan susu pekat manis. Whisk hingga sebati.
2.Carik-carikan roti dan masuk dalam ramekins. Gaul dengan kismis dan chocolate chips.
3.Tuang campuran susu dan bakar dalam preheated oven 180C dalam 20-30 minit.

ni 1st time buat aritu.
buat malam, bila dah masak cepat-cepat bawak masuk bilik..
tu nampak, letak atas tilam je..kahkah

makan kat dalam bilik sangat best
sebab tak sejuk..hehe
memang malam-malam tak berani nak makan kat dapur
gila sejuk walaupun bukak heater
silap-silap boleh frostbite *sila jangan percaya*

Monday, 19 December 2011

Death by chocolate cake

Salam wbt. Mula-mula nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan kami anak beranak. Jazakallahu Khairan.. Alhamdulillah hari rabu tu dah discharged. Hanya 3 hari je warded dan selepas satu malam kat sana demam pun dah takde cuma waktu tu kena continued dengan ubat *drip* dan nebulizer je.

Panjang sangat mukadimah arini, buat kek coklat ni semalam. Saja nak bagi anak-anak potong kek. Semua suka dapat birthday cake, tak tahula birthday sapa.. sajala layan diorang ni..hehe. Sepatutnya saya kena buat ganache tu tebal sikit, tapi last minit tetiba derhaka dengan resipi. Jadi, takdela tebal sangat ganache tu kan. Itupun twins ni aktif bagaikan apa dah malam tadi lepas makan kek ni. Panjat sana sini, isshhh..penat marah diorang tau sebab kang kot jatuh, diorang gak yang sakit. Dah la babah diorang takdo..

see..ganache yang tak tebal sangat
whipped cream kat dalam tu pun nipis je..
next time taknak derhaka lagi dah..

 
hehe..nampakkan kecomotan deco kek ni..
tu tangan sapalah yang duk mengorek kek ni.

Resipi macam biasa dari my resipi. Ramaikan yang dah cuba kek ni. Saya peram resipi ni pun dah lama, barula buat. Overall, kek ni memang sedap. kek yang penuh dengan rasa kecoklatannya..itupun kalau ganache tu lagi tebal mesti lagi sodapkan..tapi, nanti twins tu pun aktif saya tak tahula macam aman nanti. Mahu sampai pagi tak tidur kot..kahkah.

Death by chocolate cake

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit


Monday, 12 December 2011

Siaran langsung dari hospital..sobs!

Salam wbt..yeahh, i'm a supermom.uhuk uhuk..Actually, badan sangat penat dan mata sangat pedih dan mengantuk.takleh tido tapi..

Anak-anak demam dari hari rabu, hari khamis Faeiq dan Amni yang agak teruk.Faeiz cuma batuk dan demam2 macam tu je..bila yang 2 orang tadi tu dah sihat,Afiya dan Faeiz pulak yang demam. Afiya ni kali pertama dia demam. Batuk pun agak teruk tapi still takleh lawan Faeiz..Faeiz, malam ahad tu demam yang panas sangat sampaikn temp 40 C..terpaksa called babah dia( babah ade kat lab, kununya nak tido kat lab)..takut jadi apa2, saya pun cepat2 la letak ubat vontot. Sekejap je turun temp pastu naik balik. Babah dia pun pi mandikan dia. Alhamdulillah,panas pun turun tapi masih kena jaga2 jugak malam tu.

Isnin pagi, angkut sume anak bawak pi hospital. Amni dan Faeiq ok tapi yang lagi 2 not ok. Doktor suruh x ray lepas tu Afiya dan Faeiq kena drip liquid..Selepas 2 jam masih panas lagi dan result x ray pulak tunjukkan Faeiz ade mycoplasma pneumonia..Afiya lung dia clear, tapi blood result ada infection..eh,macam tu ke? Hehe.dari yang doktor explain macam tu tapi bila nak sign admission plan tadi both ade mycoplasma pneumonia..never mind. yang penting both of them sihatkan.

Agak susah sebenarnya nak jaga 2 orang anak yang sakit kat hospital. Nasib bilik saya ni hanya kami je yang lagi satu katil tu memang kosong..agak selesa di situ..tapikan Afiya bila tak sihat ni barula dia cranky. Kalau tidak memang duk ontok je kat situ.yang ni memang nak berdukung selalu. Nak dijadikan cerita babah diorang pulak memang sibuk dari minggu lepas. Ni memang 1st time jugakla kot saya jaga anak demam sorang2, 4 orang tu dari hari khamis sampai ahad..pitam mak nak..haha tu yang tetiba rasa supermom.. Eh,doktor kata kena warded dalam 4 hari jugakla..sobs! mama tabah dan kuat demi anak2..

Terima kasih pada yang sudi datang dan baca. Saya sayang awak2 semua..muaahhss*ceh,bajet glemer la tu*..abaikan emosi tak stabil ini..

Sent from my iphone

Friday, 9 December 2011

Faeiz hilang dari rumah..

Salam wbt..entry tanpa gambar..entry yang panjang

::Sesudah menggulung carpet di ruang tamu, Mr K bagitahu saya yang dia nak pergi ke Coop. Lepas tu dengar la dia bertanya anak-anak sapa yang nak ikut dia..Saya kat dalam bilik tengah menyusukan Afiya..Dengarla kecoh-kecoh kat luar suara anak-anak nak ikut babah diorang keluar. Sebelum tu dengar jugak babah dia tanya Faeiz tak nak ikut ke? Tapi jawapan dari Faeiz saya tak dengar pulak waktu tu..Tak lama lepas tu tinggal la saya berdua dengan Afiya kat rumah.

Selang 40 minit lepas tu, saya tengah solat zohor, Mr K dan anak-anak pun dah balik. Saya boleh dengar Mr K tanya Amni, eh mana Faeiz ? Waktu tu dengar la jugak Mr K duk panggil-panggil Faeiz..
Usai je saya solat, terus Mr K tanya saya..Mana Faeiz? Saya yang tengah blur, jawab, eh, bukan dia ikut awak ke tadi? Dia jawab balik, mana ada..Tadi, dia cakap dia taknak ikut..Amni dengan Faeiq je ikut tadi. ni selipar dia pun takde nih..Saya pun cakapla, tadi semua budak-budak ni keluar. Jadi, ingatkan semuanya ikut awakla..Dia pulak jawab..Takde..yang turun tadi Amni dengan Faeiq je pun..Tadi, waktu budak-budak ni turun, awak kat mana, saya tanya dia..Kita turun dulu, keluarkan kereta pastu yang turun waktu tu budak berdua ni je..

Ah sudah..Berderau darah saya waktu tu. Nak kata panik tak jugakla. Tapi yang pasti waktu tu dah lebih 40 minit Faeiz hilang kami tak sedar. Kami pun soal siasat anak kami yang berdua ni..Faeiq kata Faeiz ada kat sana*dia tunjuk kat luar*..Mr K dengan Faeiq pun turun bawah duk cari dia. Saya pulak tanya Amni, mana Faeiz..Amni pun mula cerita, waktu keluar dari rumah tu, Faeiz tak turun bawah terus, dia naik rumah abang*rumah kohai kat atas* Saya pun naik atas, tengok pintu rumah tu dah terbukak, rupanya Mr K dah pegi tengok kat situ dulu..Saya turun bawah balik, pergi kat kawasan belakang apartmen kami pulak..Saya tengok kat dalam longkang*longkang besar yang kering* takdela pulak..Tetiba dengar Afiya nangis pulak. Baru teringat Afiya tinggal dengan Amni je kat atas. Naik atas, saya susukan Afiya dulu. Amni waktu tu dah nangis-nangis takut adik Faeiz hilang..Afiya dah tido, saya pesan dengan Amni, tolong jaga baby..tapi, jangan angkat baby tau. Mama nak cari Faeiz..

Sambil turun tu cuba telefon Mr K, tak angkat pulak..Saya cari sampai 2 ke 3 blok dari rumah saya tapi tak jumpa jugak. Tangan dengan perut saya dah rasa menggigil sebab rasa takut..entahla, susah nak ungkap rasa tu waktu tu. Naik atas balik, saya angkat kain, sambil tu mulut saya asyik cakap. Faeiz hilang..Faeiz hilang..Faeiz hilang..Honestly, saya memang tak tahu nak buat ape waktu tu. Nak nangis, tapi tak boleh. Serba tak kena. Hanya boleh berdoa yang Faeiz masih lagi boleh kami jumpai..

Turun lagi sekali walaupun tak tahu nak cari kat mana sebab jauh kat sudut hati saya ni dah rasa memang  ade orang dah ambik dia. .

Kisah mencari Faeiz dari Mr K pulak: Mr K bawak Faeiq, tanya dia kat mana dia nampak Faeiz tu. Mr K naik kereta dan lalu balik jalan yang dia guna waktu nak ke Coop tu. Faeiq pun cakapla dia nampak Faeiz *dia duk depan pastu tunjuk belakang kereta..means dia nampak Faeiz kejar kereta babah die*..sampai satu tempat tu Faeiq dah tak boleh tunjuk kat mana Faeiz.Jadi, kisahnya Faeiz tak sempat naik kereta sebab babah dia tak tahu yang dia pun nak ikut. Faeiz pulak turun lambat, tak tahu kenapa dia nak naik ke tingkat atas dulu dan kenapa dia tak turun sekali dengan yang lain..Faeiz kejar kereta babah dia tapi apalah daya budak kecikkan nak mengejar kereta..Actually jauh jugak Faeiz duk kejar tu, tapi babah dia tak perasan dan tak tahu.

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Baru je beberapa langkah saya jalan, adalah nihonjin ni tanya saya rumah student Malaysia. Saya tunjukla rumah kohai *atas rumah kami tu * dan kebetulan kohai tu pun turun. Saya pulak boleh je duk situ dengar diorang berdua ni berborak. Rupanya nihonjin tu staff kaikan..dia kata ada orang jumpa budak lelaki..terus la saya menyampuk, eh,rasanya itu Faeiz..Faeiz hilang ni..Diorang berdua pergila dan saya pun ikut jugak nih..Dah jauh sikit dari rumah, baru saya sedar yang Amni berdua je dengan Afiya kat rumah. Patah balik..Cuba telefon Mr K, engaged pulak. Tunggu jela sampai dia balik...

Setengah jam lepas tu Mr K pun balik bersama anak kembar kami. Alhamdulillah bersyukur yang Allah masih lagi bagi peluang dekat kami. Saya peluk dia, saya tengok baju yang dipakai bukan baju dia. Tengok mata takdela pulak kesan air mata. Siap ada bekal roti dan biskut lagi. Baju Faeiz pulak Puan *nihonjin yang jumpa Faeiz* tu letak dalam plastik.

Mr K cerita, bila Faeiz dah tak boleh kejar kereta babah dia tu, die berhenti dan nangis kat tepi jalan. Puan yang baik hati ni nampakla  Faeiz duk nangis-nangis tepi jalan. Dahla hujan gerimis waktu tuh..Dia pun bawakla Faeiz masuk ke dalam rumah. Dia telefon polis sebab tahu ni anak foreigner kan. Polis pulak telefon universiti dan universiti terus telefon kaikan office. Itu yang staff kaikan datang cari terus ke kawasan rumah kami. Rasanya kami je kot yang tinggal dekat dengan universiti..Bila Mr K datang tu, dia terbayang macam Faeiz tengah nangis-nangis la kan. Takde pun..tengah main dengan mainan yang Puan tu bagi. Ucap terima kasih banyak kali, pastu balik..

Kalau nak tahu, selepas je Faiez sampai rumahkan, kami berdua langsung tak sentuh kes dia hilang ni. Kami buat macam biasa seolah-olah macam takde benda yang berlaku. Takdela nak salahkan antara satu sama lain. Tapi, bila dah malam baru kami berdua luahkan apa yang kami rasa sewaktu dia hilang tu. Mr K cerita waktu tu dia memnag dah hilang harap jugakla sebab Faeiz hilang dekat 40 mintkan. Bayangkan kalau anak kita yang sebelum ni ade depan mata, bila kita pusing tempat lain, sekejap je dia dah hilang..memang dia rasa yang Faeiz orang dah ambik dia simpan dalam rumah. Saya cakap dengan dia yang saya memang tak rasa apa-apa langsung. Pastu dia cakapla sebenarnya saya tak boleh terima yang Faeiz hilang. Tu yang asyik tak rasa apa-apa je tuh. Barulah saya nangis. Serius tersedu-sedu saya nangis...

Saya dapat bayangkan macam mana dia lari kejar kereta babah dia tu..budak baru 3 tahun kan, selaju mana la dia boleh berlari..sekarang ni pun terbayang-bayang macam mana dia duk kejar kereta tu*walaupun saya tiada di tempat kejadian*

Macam mana dia rasa takut bila babah tak berhentikan kereta, tinggalkan dia seorang je..

Macam mana dia cuba panggil babah tapi babah tak dengar.. 

Macam mana dia cuba beritahu orang tapi orang tak paham..

Saya tak boleh nak bayangkan macam mana rasanya kalau kami tak boleh jumpa dia.

Macam mana hidup dia nanti lepas tu. Macam-macam yang saya fikirkan.. 

Kalaulah Puan yang jumpa dia tu takde anak lelaki pastu nak pulak dia jaga Faeiz memang saya takkan dapat jumpa Faeiz lagi.. 

Kalau la orang yang jumpa dia tu seorang yang takde hati perut  ke..nauzubillah..macam-macam yang saya pikir..

Faeiz  sebenarnya anak yang istimewa*semua anak istimewa ye dak*. Dia sangat berbeza dengan Faeiq walaupun mereka kembar seiras berkongsi uri, berkongsi segala-galanya selama 37 minggu. Kita tak boleh nak tegur atau marah dia cara yang sama kita tegur Faeiq. Cara dia lain sikit. Memang agak susah jugakla tapi kalau kena dengan cara dan mood dia memang senang je nak handle dia..

Apa yang pasti kami mengambil pengajaran dari kejadian yang lepas..Allah ingin kami lebih berhati-hati dan supaya jangan alpa. Allah juga mungkin ingin mengingatkan kami bahawa semua benda di dunia ni hanyalah pinjaman semata..*selang 2 minggu lepas tu dia hilang lagi sewaktu tengok matsuri di Yonezawa..seolah-olah ade magnet yang menarik dia pergi jauh dari kami*

Kisah ni sebenarnya jadi pada 3.9.2011 yang lepas. Dah lama kan. Sebab saya takde kekuatan nak tulis semua ni. Dah banyak kali cuba tulis tapi mesti akan teringat macam mana saya rasa waktu tu. Macam mana perasaan tak boleh terima kenyataan saya waktu itu sampaikan boleh bertahan hingga ke malam baru boleh menangis. Apa pun, bersyukur ke hadrat Ilahi yang masih lagi beri peluang untuk kami bersama dengan Faeiz. .

Saya juga dapat bayangkan macam mana parents yang kehilangan anak tu rasa. Macam mana kita mula-mula terima berita kehilangan tu. Macam mana rasa kelam kabut kita duk mencari anak kita tu. Macam mana kita berharap yang kita dapat berjumpa balik dengan anak kita..Cuma yang bezanya Allah bagi balik Faeiz ke pangkuan kami semula dengan selamatnya. Berdoa semoga semua anak-anak kita sentiasa dilindungi dari segala kekejaman di dunia ini..::



Faeiz..
mama, babah, kakak dan Faeiq sentiasa sayang Faeiz..




*chopp..saya dan gambar tak boleh dipisahkan..mesti nak letak gambar jugak..*

Dari lensa kamera henpon..kahkah

Salam wbt..gambar banyak sangat kat dalam draft, tapi nak mengarang cerita tu yang malas..rasanya ade dekat 15 draft yang tak publish lagi..segala jenis gambar makanan dari 2 bulan lepas pun ada..haha. apatah lagi cerita tanpa bergambar 5 bulan lepas punya, lagi malas nak publish..kadang-kadang nak disable je comment box tu. Bole macam syok sendiri sikit bila update blog..kahkah...masih berhutang dengan komen yang lepas, nanti rajin saya reply..ok, upload gambar cepat-cepat, masak, bagi anak-anak makan ubat pastu update kisah lain pulak ye.. BW tu saya buat petang sikit naa..terima kasih pada yang sudi baca dan datang..ai lap u kuat-kuat..:p

@ Morioka Dam.. di petang raya aidil fitri..
lama sungguhkan..dah masuk muharam dah pun .. 
suka tengok gambar burung yang terbang pulang tu..

 @ takamatsu ike.. 2minggu lepas


 pokok memang dah togel
waktu ni dalam pukul 2.30pm
 @ Tohoku highway.. 
baru keluar dari Morioka, waktu ni kat Hanamaki kot rasanya..ari isnin yang lepas.

 waktu ni snow memang turun agak lebat..

gambar matahari yang awan dah tutup sedikit..
tak sempat nak ambik gambar full.

 
suhu pagi tadi..
tika dan saat ini suhu masih lagi minus 2..
tapi, takdela sejuk sangat kot sebab angin tak kuat sangat kat luar sana tuh..


***************************
yeayyy..dah berjaya update.
 ok daa....

Wednesday, 7 December 2011

All about Amni..

Salam wbt..Alhamdulillah, selamat sampai ke Morioka pukul 3.15 pagi tadi. Perjalanan yang sangat jauh sampaikan dekat 5 kali Mr K berhenti tido. Sangat penat, tapi lepas anak-anak ke sekolah tadi "terminum" coffee lepas tu dah tak boleh tido..uwaaa. menyesal minum. Jealous dengar Afiya berdengkur. haha.

Dah lama tak letak gambar our first love ni.. Membesar bagai johan sekarang ni. Alhamdulillah, sihat dan berdoa semoga sentiasa di berikan kesihatan yang baik sepanjang hidupnya.

 Masih lagi suka makan telur, nasi dan kicap sahaja. 
Kalau dah 2 atau 3 hari tak dapat, dia akan cakap, 
"mama, Amni dah lama tak makan nasi, telur dan kicap"

 sangat petah bercakap walaupun kadang-kadang pelat..
bamun=bangun
tenuk=tengok
cakap bahasa melayu kadang-kadang ade slang macam omputeh..hehe
contoh, bila suruh dia baca ayat ini,
"hari ini 2 hari bulan. hari ini hari jadi Amin"

 
 kadang-kadang ada hari dan masa dia jadi macam budak-budak yang lain.
kuat merajuk..ada masa tak nak dengar cakap..
ada masa akan buatkan mama dan babah jadi geram dengan dia..

 sangat suka menyanyi..
lagu tema anpanman..dan segala lagu dalam cerita tu..
lagu tema Little Einstein, Dora, Ducktales, My Little Pony..bla..bla..bla
setakat ni baru boleh meghafal 5 surah dari surah-surah lazim..
kadang-kadang ayat jadi tunggang balik disebabkan kealpaan mama dan babah..
*tak konsisten mengajar sebelum tido..*
anak-anak belum tido lagi, kami dah tertido dulu..haha
*mungkin ade dari kita anak-anak mereka dah hafal semua surah Lazim*

bila tanya nanti Amni dah besar nak jadi apa,
"Amni nak jadi princess"..
sobs!
 tak tahu sampai bila dia akan suka posing macam ni setiap kali camera dihalakan ke mukanya;p

 Amni sayang babah..
tetiap malam nak tido kena pegang tangan babah..
*kadang-kadang buat mama jadi jealous*





Friday, 2 December 2011

Kuih Ketayap Polkadot

Salam wbt..dah lama tak buat kuih ketayap sebab inti dah habis. Jadi, bila nak kena buat inti yang baru, tersangatla malasnya. Padahal, bukannya kena parut kelapa bagaikan, campak je kelapa kering tu dalam piyuk, letak gula merah, letak santan sikit pastu letak air..masak sampai jadi sedap..hehe..tapi tula kalau dah malas saya memang taknak paksa diri buat. Nanti mesti tak sedap..haha.


Resipi ambik dari rumah ummizahidi, homesweethome. Saya punya polkadot takdela secantik mana tapi kira sedap mata memandangla..ecece, nak sedapkan hati sendiri ye tak..terima kasih kak ummi.

KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
 source: ummizahidi; HSH

Bahan A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (*akak letak 1 biji je) -saya pun sama
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan) -santan
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak) -xletak jugak
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti 
  • 1/2 biji kelapa parut putih 
  • 3/4 cawan gula merah *campur gula merah dan gula biasa
  • sedikit air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung *xletak pun 
 Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.
 *auto schedule post- pagi ni nak ke kindy anak2*

Thursday, 1 December 2011

Sea Paradise..

Salam wbt..Macam biasa ni cerita dah lama, sayakan suka peram cerita dan gambar..haha.. Yokohama Hakkeijima Sea Paradise ni kami pergi sewaktu buatkan sijil kelahiran dan pasport Afiya. Kalau dah turun Tokyo tu memang kena jalan-jalan sikitla, kalau tidak macam rugi jekan..Dah la jauh nak ke Tokyo tu.:p Jadi, lepas dah siap semua urusan tu kami pergila ke Yokohama. Tidur kat sana dan esoknya baru pergi ke sini. Anak- anak memang suka tengok binatang ni, tak kisah la liar ke, laut ke, asalkan binatang diorang suka je..

 Aqua Stadium
 whita whale..
saya suka whale ni..sangat comel :D
white whale atau Paus Beluga ini adalah salah satu haiwan yang terdapat
di wilayah perairan laut kutub utara dan sekitarnya..
untuk memastikan ia selesa dan hidup seperti di habitat asalnya, pihak ini mesti menyediakan kolam dengan suhu air yang dingin.
selain itu, ia turut dikenali sebagai kenari laut kerana suaranya yang begitu tinggi..
pitching tinggi ala-ala Steven Tyler gitu..kahkah

 
 kalau tengok badan die nampak macam lembut lembik je kan.
tapi sebenarnya badan dia sangat keras tau..
panjang boleh mencapai sehingga 5-6 meter.
kalau kita ke Fureal Lagoon, kita berpeluang tuk beramah mesra dengan white whale dan dolphins.
Jadi, bolela pegang-pegang, tapi orang yang beratur tu sangat la ramai..huhu
kalau ada sesapa yang nak tengok white whale secara live, bolehla pergi ke negara jiran kita je..
Gelagang Samudera Ancol, Jakarta.

 
dolphins yang pintar.
boleh melompat setinggi 6 meter.

shark whale..
sangat besar..

muka gumbira..:p

 
walrus..
misai macam inspector sahab..ekeke
Dolphin Fantasy
 ini pulak di dalam Dolphin Fantasy.. 
Subhanallah, sangat comel tau dolphins ni.

Aqua Museum
ikan bilis..:p
sangat suka tengok ikan-ikan ni.
duduk satu aquarium dengan shark dan ikan pari.
jadi,kalau 2 jenis ikan ini nak lalu,
ikan bilis ni akan duduk di bawah ataupun duduk di belakang.
senang cerita, tak nak jadi makanan untuk shark dan pari.

Amni bersama ikan kembung..haha
ok, saya tipu tapi tak tahula ikan ape ni..

shark..
makan budak..grrr.

si ikan pari..
inila ikan yang membunuh si crocodile hunter itu..biasa dia ni, babab dia..:p

from L to R       : tunnel ke tingkat atas, si sotong
                           japanese mermaid??, obor-obor
Fureal Lagoon.

dua di atas ni dekat Fureal Lagoon.
boleh bagi makan dolphins dan beramah mesra dengan white whale .

di paksa bergambar:))

dah habis..babai..:))


psst..banyak lg gambar, tapi malas nak tepek kat sini..sesapa yang teringin nak tengok, pergila jengah Fb saya tuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...