Pages

Friday, 9 December 2011

Faeiz hilang dari rumah..

Salam wbt..entry tanpa gambar..entry yang panjang

::Sesudah menggulung carpet di ruang tamu, Mr K bagitahu saya yang dia nak pergi ke Coop. Lepas tu dengar la dia bertanya anak-anak sapa yang nak ikut dia..Saya kat dalam bilik tengah menyusukan Afiya..Dengarla kecoh-kecoh kat luar suara anak-anak nak ikut babah diorang keluar. Sebelum tu dengar jugak babah dia tanya Faeiz tak nak ikut ke? Tapi jawapan dari Faeiz saya tak dengar pulak waktu tu..Tak lama lepas tu tinggal la saya berdua dengan Afiya kat rumah.

Selang 40 minit lepas tu, saya tengah solat zohor, Mr K dan anak-anak pun dah balik. Saya boleh dengar Mr K tanya Amni, eh mana Faeiz ? Waktu tu dengar la jugak Mr K duk panggil-panggil Faeiz..
Usai je saya solat, terus Mr K tanya saya..Mana Faeiz? Saya yang tengah blur, jawab, eh, bukan dia ikut awak ke tadi? Dia jawab balik, mana ada..Tadi, dia cakap dia taknak ikut..Amni dengan Faeiq je ikut tadi. ni selipar dia pun takde nih..Saya pun cakapla, tadi semua budak-budak ni keluar. Jadi, ingatkan semuanya ikut awakla..Dia pulak jawab..Takde..yang turun tadi Amni dengan Faeiq je pun..Tadi, waktu budak-budak ni turun, awak kat mana, saya tanya dia..Kita turun dulu, keluarkan kereta pastu yang turun waktu tu budak berdua ni je..

Ah sudah..Berderau darah saya waktu tu. Nak kata panik tak jugakla. Tapi yang pasti waktu tu dah lebih 40 minit Faeiz hilang kami tak sedar. Kami pun soal siasat anak kami yang berdua ni..Faeiq kata Faeiz ada kat sana*dia tunjuk kat luar*..Mr K dengan Faeiq pun turun bawah duk cari dia. Saya pulak tanya Amni, mana Faeiz..Amni pun mula cerita, waktu keluar dari rumah tu, Faeiz tak turun bawah terus, dia naik rumah abang*rumah kohai kat atas* Saya pun naik atas, tengok pintu rumah tu dah terbukak, rupanya Mr K dah pegi tengok kat situ dulu..Saya turun bawah balik, pergi kat kawasan belakang apartmen kami pulak..Saya tengok kat dalam longkang*longkang besar yang kering* takdela pulak..Tetiba dengar Afiya nangis pulak. Baru teringat Afiya tinggal dengan Amni je kat atas. Naik atas, saya susukan Afiya dulu. Amni waktu tu dah nangis-nangis takut adik Faeiz hilang..Afiya dah tido, saya pesan dengan Amni, tolong jaga baby..tapi, jangan angkat baby tau. Mama nak cari Faeiz..

Sambil turun tu cuba telefon Mr K, tak angkat pulak..Saya cari sampai 2 ke 3 blok dari rumah saya tapi tak jumpa jugak. Tangan dengan perut saya dah rasa menggigil sebab rasa takut..entahla, susah nak ungkap rasa tu waktu tu. Naik atas balik, saya angkat kain, sambil tu mulut saya asyik cakap. Faeiz hilang..Faeiz hilang..Faeiz hilang..Honestly, saya memang tak tahu nak buat ape waktu tu. Nak nangis, tapi tak boleh. Serba tak kena. Hanya boleh berdoa yang Faeiz masih lagi boleh kami jumpai..

Turun lagi sekali walaupun tak tahu nak cari kat mana sebab jauh kat sudut hati saya ni dah rasa memang  ade orang dah ambik dia. .

Kisah mencari Faeiz dari Mr K pulak: Mr K bawak Faeiq, tanya dia kat mana dia nampak Faeiz tu. Mr K naik kereta dan lalu balik jalan yang dia guna waktu nak ke Coop tu. Faeiq pun cakapla dia nampak Faeiz *dia duk depan pastu tunjuk belakang kereta..means dia nampak Faeiz kejar kereta babah die*..sampai satu tempat tu Faeiq dah tak boleh tunjuk kat mana Faeiz.Jadi, kisahnya Faeiz tak sempat naik kereta sebab babah dia tak tahu yang dia pun nak ikut. Faeiz pulak turun lambat, tak tahu kenapa dia nak naik ke tingkat atas dulu dan kenapa dia tak turun sekali dengan yang lain..Faeiz kejar kereta babah dia tapi apalah daya budak kecikkan nak mengejar kereta..Actually jauh jugak Faeiz duk kejar tu, tapi babah dia tak perasan dan tak tahu.

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Baru je beberapa langkah saya jalan, adalah nihonjin ni tanya saya rumah student Malaysia. Saya tunjukla rumah kohai *atas rumah kami tu * dan kebetulan kohai tu pun turun. Saya pulak boleh je duk situ dengar diorang berdua ni berborak. Rupanya nihonjin tu staff kaikan..dia kata ada orang jumpa budak lelaki..terus la saya menyampuk, eh,rasanya itu Faeiz..Faeiz hilang ni..Diorang berdua pergila dan saya pun ikut jugak nih..Dah jauh sikit dari rumah, baru saya sedar yang Amni berdua je dengan Afiya kat rumah. Patah balik..Cuba telefon Mr K, engaged pulak. Tunggu jela sampai dia balik...

Setengah jam lepas tu Mr K pun balik bersama anak kembar kami. Alhamdulillah bersyukur yang Allah masih lagi bagi peluang dekat kami. Saya peluk dia, saya tengok baju yang dipakai bukan baju dia. Tengok mata takdela pulak kesan air mata. Siap ada bekal roti dan biskut lagi. Baju Faeiz pulak Puan *nihonjin yang jumpa Faeiz* tu letak dalam plastik.

Mr K cerita, bila Faeiz dah tak boleh kejar kereta babah dia tu, die berhenti dan nangis kat tepi jalan. Puan yang baik hati ni nampakla  Faeiz duk nangis-nangis tepi jalan. Dahla hujan gerimis waktu tuh..Dia pun bawakla Faeiz masuk ke dalam rumah. Dia telefon polis sebab tahu ni anak foreigner kan. Polis pulak telefon universiti dan universiti terus telefon kaikan office. Itu yang staff kaikan datang cari terus ke kawasan rumah kami. Rasanya kami je kot yang tinggal dekat dengan universiti..Bila Mr K datang tu, dia terbayang macam Faeiz tengah nangis-nangis la kan. Takde pun..tengah main dengan mainan yang Puan tu bagi. Ucap terima kasih banyak kali, pastu balik..

Kalau nak tahu, selepas je Faiez sampai rumahkan, kami berdua langsung tak sentuh kes dia hilang ni. Kami buat macam biasa seolah-olah macam takde benda yang berlaku. Takdela nak salahkan antara satu sama lain. Tapi, bila dah malam baru kami berdua luahkan apa yang kami rasa sewaktu dia hilang tu. Mr K cerita waktu tu dia memnag dah hilang harap jugakla sebab Faeiz hilang dekat 40 mintkan. Bayangkan kalau anak kita yang sebelum ni ade depan mata, bila kita pusing tempat lain, sekejap je dia dah hilang..memang dia rasa yang Faeiz orang dah ambik dia simpan dalam rumah. Saya cakap dengan dia yang saya memang tak rasa apa-apa langsung. Pastu dia cakapla sebenarnya saya tak boleh terima yang Faeiz hilang. Tu yang asyik tak rasa apa-apa je tuh. Barulah saya nangis. Serius tersedu-sedu saya nangis...

Saya dapat bayangkan macam mana dia lari kejar kereta babah dia tu..budak baru 3 tahun kan, selaju mana la dia boleh berlari..sekarang ni pun terbayang-bayang macam mana dia duk kejar kereta tu*walaupun saya tiada di tempat kejadian*

Macam mana dia rasa takut bila babah tak berhentikan kereta, tinggalkan dia seorang je..

Macam mana dia cuba panggil babah tapi babah tak dengar.. 

Macam mana dia cuba beritahu orang tapi orang tak paham..

Saya tak boleh nak bayangkan macam mana rasanya kalau kami tak boleh jumpa dia.

Macam mana hidup dia nanti lepas tu. Macam-macam yang saya fikirkan.. 

Kalaulah Puan yang jumpa dia tu takde anak lelaki pastu nak pulak dia jaga Faeiz memang saya takkan dapat jumpa Faeiz lagi.. 

Kalau la orang yang jumpa dia tu seorang yang takde hati perut  ke..nauzubillah..macam-macam yang saya pikir..

Faeiz  sebenarnya anak yang istimewa*semua anak istimewa ye dak*. Dia sangat berbeza dengan Faeiq walaupun mereka kembar seiras berkongsi uri, berkongsi segala-galanya selama 37 minggu. Kita tak boleh nak tegur atau marah dia cara yang sama kita tegur Faeiq. Cara dia lain sikit. Memang agak susah jugakla tapi kalau kena dengan cara dan mood dia memang senang je nak handle dia..

Apa yang pasti kami mengambil pengajaran dari kejadian yang lepas..Allah ingin kami lebih berhati-hati dan supaya jangan alpa. Allah juga mungkin ingin mengingatkan kami bahawa semua benda di dunia ni hanyalah pinjaman semata..*selang 2 minggu lepas tu dia hilang lagi sewaktu tengok matsuri di Yonezawa..seolah-olah ade magnet yang menarik dia pergi jauh dari kami*

Kisah ni sebenarnya jadi pada 3.9.2011 yang lepas. Dah lama kan. Sebab saya takde kekuatan nak tulis semua ni. Dah banyak kali cuba tulis tapi mesti akan teringat macam mana saya rasa waktu tu. Macam mana perasaan tak boleh terima kenyataan saya waktu itu sampaikan boleh bertahan hingga ke malam baru boleh menangis. Apa pun, bersyukur ke hadrat Ilahi yang masih lagi beri peluang untuk kami bersama dengan Faeiz. .

Saya juga dapat bayangkan macam mana parents yang kehilangan anak tu rasa. Macam mana kita mula-mula terima berita kehilangan tu. Macam mana rasa kelam kabut kita duk mencari anak kita tu. Macam mana kita berharap yang kita dapat berjumpa balik dengan anak kita..Cuma yang bezanya Allah bagi balik Faeiz ke pangkuan kami semula dengan selamatnya. Berdoa semoga semua anak-anak kita sentiasa dilindungi dari segala kekejaman di dunia ini..::



Faeiz..
mama, babah, kakak dan Faeiq sentiasa sayang Faeiz..




*chopp..saya dan gambar tak boleh dipisahkan..mesti nak letak gambar jugak..*

19 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ni la citer yg mrK Tanya tue ekkk
Kowaii uOls sbb ai dh rasa Mcm mana Adam ilang ms kt pacific kt alor star dulu
Bukan tinggai mana pun Duduk dlm jer
Tetiba kalih2 dh ilang
Nk nangess Rs nya ms tu
Then lps 10 minute baru staff br dia jmpa ai
Legaaaa lps tu mmg shopping Kena bawa org lain jg dia
Moga benda2 gini x berulang kt kiter yer uols

anumuchan said...

Alhamdulillah..nsb baik jmpa balik kan..risau je klau betul2 ilng..isk2..camnelaa dia boleh lari kjar kereta tu..mmg x terkejar la..

Amie said...

Ya Allah Ya Tuhanku....
apa yang boleh kak Amie kata ialah: syukur Alhamdulillah, selamat!

Umie said...

kam, aku pun duk teringat2x lg cerita ko nih... aku dpt bayangkan mcm mane perasaan ko ngan kamil masa tu...kalau aku kompem dah berjejeh2x air mata mencari anak aku...;-)

Unknown said...

Ya Allah Kamalia....

akak baca ni pun boleh menitis air mata,...

Kena lebih berhati2 ya, dah lah di rantau...

Tp akak percaya orang Jepun ni kebanyakkannya berhati baik, alhamdulillah Faeiz kembali semula kepangkuan korang kan.

Kalau akak mau dah nangis je sepanjang mencari dia tu....huhu

Nadiah Sidek said...

nadiah pun pernah alami macam mana perasaan anak hilang..huhu. mudah-mudahan anak-anak kita semua dilindungi Allah hendaknya..ameen..

Anonymous said...

Wahhhh kalo saya hlg raif 5minit pun dh panik bila dia nyorok dlm almari. Lps ni kita semua mesti hati2

sabar dubai said...

kak lia xle nk describe mcne perasaan kite kalo jd kt kite...sure dah xbetui dah tuhh..tp alhamdulillah semua selamat kan....

razmanta said...

alhamdulillah..sumenya selamat..dapat bayangkan dan dapat rasa macam mana perasaan bila anak kita hilangkan..naluri ibu sama je..sebak hati saya bila baca n3 ni..

Umialya said...

Alhamdulillah, selamat semuanya

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhu..
mesti pucat time tu..cma ari tu pegi psl mlm faiz ilang kejap pun dah tentu arah..
alhamdulillah semuanya selamat..
hrp2 kita x lalai lg..

Unknown said...

wah sure risau gila time tuh kan....

Cik TeN10 said...

nasib baik kat jepun kak.. kalau kat Malaysia bukan setakat 40 minit. seminit je hilang pun dh ssh nk jmpa.. syukurlah dpt jmpa balik.. ahaa betul2.. wlpn sy blom kawin blom ada anak tp sy tau la sbb penah jga budak kembar.. ada ragam masing2..

Juwita Jamaludin said...

Salam lia.. Akak yg baca pun rasa mengeletar... Tak leh bayang x nampak sekejap anak2 pun takut.. Alhamdulillah semua selamat

Ira said...

Ya Allah, berderau gak darah bila baca kisah ni.. iktibar utk kitorg ni jugak kot. Ayna pon jenis berani sgt Faeiz ni. lps ni kami kena hati2 lagi.

Wa said...

alhamdulillah, nasib baik tak de apa2 .anak hilang dari pandangan sekejap pun kita dah gelabah.. ni lagilah hilang mcm ni

skuterlady.blogspot.my said...

Alhamdulillah...nasib baik faeiz jumpe orang yang baik masa tu.. tak terbayang camne rasanya perasan Lia masa tu.

MommyIZZ5 said...

rasa nak nanggis je baca entry u ni..bila cakap 3 tahun,i dah terpk anak sulong i yg sama usia faiez.. bila u cakap faiez "anak yg istimewa" i teringat 1st twin i.. satu uri juga tetapi hanya i jer faham cara dia..beza sangat dgn 2nd twin..

lady zaini said...

uwaaaaa~ baru baca. lambat betoiii :P

ni lah yang duk cakap dengan mr z selalu, boleh hilang akal kalau anak hilang. Dah ler sini banyak kes kidnapped ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...