Pages

Wednesday, 6 October 2010

Milky Marble Cake

Buat minggu lepas tuk majlis makan2 kat umah ni...Tapikan, kali ni marble tak menjadi sangat..maybe waktu tu tangan ni kejung sangat la..dan bile dah masak tu, baru perasan bahagian atas die merekah jugak..uwaaa..ponek je buat..sib baik tak hangus dan rasa sedap gebus..yang penting, habih..:)

Ambik resipi ni kat rumah Kak Hazila..mintak izin tuk c n p ye kak Zila..maceh..:D

MILKY MARBLE CAKE
Sumber: Chef Norzailina Nordin

Bahan bahan

250 gm butter
230 gm gula castor ( saya kurangkan kepada 190 gms )
2 sudu teh ovallete
4 biji telur
270 gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60 gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 sudu teh chocolate emulco

Cara cara

1. Ayak tepung dan baking powder bersama sama dan ketepikan.
2. Putar butter, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar adunan.
4. Kaup balikkan tepung dengan adunan tadi dengan spatula atau senduk kayu.
5. Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar. Gaul sebati.
7. Griskan loyang kek dengan butter, kalau suka boleh letak kertas minyak.
8. Tuang adunan sesenduk bermula dengan adunan warna asal kemudian diikuti adunan berwarna coklat. Buat silih berganti hingga habis adunan.
9. Panaskan oven, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 -50 min atau sehingga masak bergantung pada oven masing masing.
10. Cucuk dengan lidi dibahagian tengah kek, kalau lidi ditarik keluar tidak melekat bermakna kek sudah masak.
11. Sejukkan sebelum dipotong. Sedia untuk dikmati dengan minuman kegemaran anda.

2 comments:

Idayu said...

slm. kwn hubby awak, ex-iwate nama hamidun ader dtg sni 2,3 hr lps..katanya kalu sempat nk singgah sana jugak eh? pusing2, suma kenal, dah mcm jejak kasih jgk ek.

Kamalia said...

salam kak..hohoho..yeke kak?kamil kate,kot die msh ade kat sane lg,suh la die dtg sini..ramai yg menanti die nih...
betulkn, dah mcm jejak kasih jek..sib baik xbuat live telecast..:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...