Pages

Thursday, 28 October 2010

Kuih Bakar Pandan

Jom makan kuih bakar pandan..sedap tau makan time panas2 terutama sesapa yang sekarang ni duk menggunakan heater sebagai pemanas badan dan rumah :)..sujuk tak terkata skang ni..walapun baru je masuk penghujung Oktober, tapi sujuk die dah lain macam weii..tak tahan badan ni..siap bersock n bersweater bagai..sujuk sampai ke tulang..sewaktu entry ni ditulis, temperature menunjukkan 4 C..gagagagaga--------> itu bunyi gigi berlaga...cube korang buat pulak..:p

Resipi di ambil dari rumah Kak Ummi..mintak izin tuk c n p ye kak, for future reference..tqvm kak..:D


KUIH BAKAR PANDAN
Resepi : Kak Wan

Bahan-bahan :
  • 250 ml air
  • 6 helai daun pandan(di blend bersama dan tapis) (bancuh air dengan pandan paste jek)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 3 biji telor gred B
  • 2 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau epal
Sedikit bijan atau kismis untuk hiasan

Cara-cara :-
  1. Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
  2. Lenser acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c.
  3. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, tabur dgn bijan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dipotong.

4 comments:

izahdaut said...

hahaha..nak buat gak..gagagaga... ala cian sejuk tul.kalaau musim sejuk ni tak yah la letak sayur mayur semua dlm peti ais ye kamalia?wahh sedap la kuih bakar ni..buat kecik2 banyak kerak tu yg sedap tu

Ida Ddapur said...

lia..tu dia kuih bakar dia..rajin dia letak dlm acuan,dah cantik dah tu...janji boleh masuk tekak
betul2...sejuk mendadak la..ayam, ikan yg wat kuar dr freezer sampai ke sudah dok keras kejung...last2 kena le rendam ngan air suam

kak Erna said...

salam kamalia..dah dua dapur dah akak pi masakk kuih ni..ni yang tak sabar nak buat ni..terliur dah ni..

Kamalia said...

izah:ngehehe..buat jgn xbuat izah,..aah,xyah letak dlm esbok pun..mmg lg sedap buat yg kecik2 camni,tp,agak leceh jugakla..nk kena buat byk kali la pulak..

ida:mmgkan..ayam n ikan sume kn rendam dlm air suam..kot x, lmbt la bole masak..

kak erna:salam akak..huhuhu..kot malas buat, kak beli jek..tp,xtau la sedap x..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...