Pages

Thursday 21 October 2010

Blueberry Buckle

Camno nak diet nih? pi umah orang asyik terliur jek tengok makanan...ngehehe..ni pun salah satu menu idaman .dapat jugak buat minggu lepas...memang sedap sangat..yummy..mabeles rase die..tapikan, duk mencari frozen blueberry pun dah tak jumpa, kita gune je blueberry jem (masih bole ke dipanggil blueberi buckle?:p)..hehehe..pastu, pipekan je kat bahagian atas kek tuh..tak sempat nak tunggu sejuk, anak2 dah sibuk nak makan..actually, mak bapak anak2 pun sama gak..Mr K kan tak berapa suka dengan manis2 ni kan, tapi bila rasa kek ni die kata memang kena la ngan selera die..:D

Resipi c n p from Kak Hana..tq ahkak..---->asyik amek resipi dr ahkak je kan..:p


Ingredients
Cake
  • 1/2 cawan butter - suhu bilik
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 teaspoons baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 cawan blueberry segar ( 1 bekas blueberry jem-khas tuk buat cake tu tau)

Streusel Topping

  • 1/3 cawan gula
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
  • 3 sudu besar butter tanpa garam - butter sejuk dr peti ais
Cara-cara
Cake
  1. Panaskan oven 350º F.
  2. Pukul butter dan juga gula hingga kuning dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Ayak bersama tepung, baking powder dan juga garam. Masukkan ke dalam adunan tadi berselang seli dengan susu. Kacau rata. Masukkan ke dalam loyang yang di alas dengan baking sheets, ratakan dan taburkan blueberry di atas adunan.

Streusel Topping

  1. Dalam mangkuk kecil. campurkan tepung, gula dan serbuk cinnamon. Masukkan butter dan kacau menggunakan garfu hingga menjadi crumble. Taburkan di atas blueberry tadi.
  2. Bakar 45-50 minit. Sejukkan di atas redai sebelum disajikan.

2 comments:

Umie said...

wahh kellass....nie rasa nak pi iwate nak makan blueberry buckle kekdahnya..hohoho

Kamalia said...

wei,mehle datang..nnt kite buatkan..pastu,kite msuk kelas nihonggo sama2..ekeke..ape motip kelas nihonggo dgn comment ni pun xtau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...