Pages

Monday, 26 December 2011

Chicken Tempura Breadcrumbs


Salam wbt..tersangat malas nak buat keje rumah.haha..malas nak masuk dapur sebenarnya sebab sejuk..dah bukak heater pun masih sejuk, heater kat daput tu 3 hari je toyu pun habis..bab nak mengisi toyu tu yang malas sebab tong toyu kat balkoni dapur, malas nak kena angin sejuk kekdahnya..pastu bila nak angkat bekas toyu tu pulak, mak ai sejuknya bekas tu..sakit-sakit tangan boleh frostbite uols..kahkah *serius, pagi tadi sampai sakit tangan saya*  tong tu takleh letak kat dalam, kang twins tu banyak je idea diorang dengan tong tu nanti..grrrr (eh, beria la pulak saya explain kan..macam ade orang kisah..lantak:p)


Ayam ni buat 2 minggu lepas..dah lama bercita-cita*ceh, cita-cita bagai macam nak jadi chef je* nak buat ayam goreng macam ni, cuma waktu tu roh rajin tak datang lagi. Memang sedap ayam ni sebab kita perap dulukan, pastu bila dah goreng tu memang bunyi krup krap la bila kita makan..tepung tempurakan rangup-rangup macam tu pastu letak pulak breadcrumbs, memang sodap..highly recommended ayam goreng ni..

boleh abaikan keserabutan susun atur ayam ni..:p
Resipi dari Kak Ida. terima kasih kak..dah 2kali buat ayam goreng ni selalunya kami yang makan lebih dari anak-anak..haha..terukkan makpak diorang nih..

Chicken Tempura breadcrumbs

Bahan-bahan perap ayam:
  • 5 keping boneless chicken
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 1 1/2  sdb mayonis
  • garam seukup rasa
Bahan salut:
  • 2 cawan tepung tempura@secukupnya
  • Air secukupnya utk bancuh tepung tempura atau lebih kurang 1 1/2 cwn
  • Sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam.#
  • 2 cawan serbuk roti/breadcrumbs @ secukupnya
Cara membuatnya:
  • Ayam dibersihkan, dipotong 2 @ saiz yang sesuai
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Gaul ayam bersama bahan * dan bahan lain...perap seketika
  • Bancuh tepung tempura dgn air serta #
  • Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung, kemudian lumurkan dengan serbuk roti/breadcrumb
  • Goreng hingga masak dan garing di dalam minyak yang banyak.



11 comments:

Hanis MY said...

wow, boleh cuba ni.. sedap je nampak...

p/s:ok2 dah tahu rege nanti u rojer2 i eh... arigatouuu

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ni kalo kasi kat adam sekali dia makan jer...mmg suka la makan ayam jenis gini

Ida,Japan said...

slm lia...skt tmpt k'ida pun dh sejukk sgt...k'ida pakai heater letrik..tu pun masih sejukk...mekasih sudi try resepi ayam ni.....sedapkan

Acik Erna said...

assalam kamalia..tak pe la..elok bagi penerangn tu..kalau tak acik pun tak boleh nak bayangkan macam mana sejuknya cuaca disana.

Asmara said...

bdk2 ni tak brpa suka pulak goreng2an, lagi la batrisya kata keras. kalau mkn tu tang tepung tepaksa makpaknye mkn, mana le tak mok2s. haha..

anumuchan said...

oishisou...nyum2..

Kamalia said...

hanis:ok,nnt ai roger..

ayu:kan..bebudk mmg suka sokmo..

kak ida: kat sini kalu pkai heater letrik tu mau melambung bil kami..haha.kat sini rsnye sume org duk pkai yg toyu je..lg panas..mmg sedap kak..suka sgt

Kamalia said...

acik erna:hanya acik yg memahami..org lain menyampah kot..hekhekhek..

asmara:la,yo ko ank2 xsuko..ank2 kat sini mmg suka sgt..yela,lain tekak ye tak..betul2,mmg mokmok..kihkih.

Kamalia said...

anum:nyum nyum..tersedak pi minum air sana ye;p

Unknown said...

Wah, sedapnye...bole la try nnt ;)

nur easy said...

nampak sedap.. nak cuba ni, kena tgu dapur sendiri siap la nanti.. hehe alasan2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...