Pages

Wednesday, 7 March 2012

Strawberry Shortcake

Salam wbt. Nak update resipi kek aje untuk hari ni. Agak sibuk dari pagi hingga sekarang dan mungkin sibuk lagi hingga hari Sabtu..huhu

Resipi untuk kek span saya ambik dari Izah. Untuk resipi yang lain tu saya ambik dari Kak Hana. Sebelum ni memang guna resipi dari situ je, cuma kali ni nak cuba kek span dari orang lain pulak. Kek span yang ni memang sedap dan kena dengan tekak saya yang cerewet ni..hehe Terima kasih izah dan kak hana..:)

abaikan deco yang comot..
Afiya sempat lagi korek krim kat tepi tu..;p
gambar kek yang dipotong tak sempat nak ambik.
masing-masing dah macam apo dah bila nampak kek..;p

KEK SPAN
resepi: Hanis@myR
Bahan-bahan ( saiz 18 cm )
3 biji telur
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
esen vanila
Cara-cara
panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.
masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.

RESEPI STRAWBERRY SHORTCAKE
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan (loyang 18cm)
  • 3 biji telur (size M)
  • 90g gula
  • 80g tepung gandum - ayak
  • 30g butter - cairkan
  • 1sb susu segar
Syrup (hana tak buat)
  • 30g gula
  • 60ml air panas
  • >>> satukan bahan hingga gula larut
Cream/Filling
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu.
  • Masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga sebati. Last sekali masukkan butter cair. Gaul sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan spraykan (guna air biasa) bahagian atas kek supaya apabila masak permukaan kek kelihatan cantik dan tak kering. Bakar selama 30min. Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.
  • Untuk membuat filling - Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.rujuk link di atas.
  • Bila kek dah sejuk, belah tengah kepada dua/tiga bahagian. Sapukan atas kek dengan syrup menggunakan brush hingga lembab. (hana tak buat step ni). Kemudian sapukan cream. Taburkan strawberry yg telah dipotong dua. Letak lagi cream menutupi strawberry. Tutupkan lagi dgn kek. dan ulang langkah tadi (sapu syrup dan buh cream). Jika buat dua lapis, memadai sekali sajer sapu syrup, cream dan stroberi.
  • Sapu keliling kek dengan cream. dan hiaskan ikut suka.
  • Sejukkan baru potong.

12 comments:

Ucu Faridah said...

nyeh3...datang awal petang ni....bak mari pisau nak tolong potong....

Hanis MY said...

bestnya...rasa nk ngap terus... nape hanis sendai ni tak terror masak eh wuwuwu...

izahdaut said...

wohh kalau ada sentuhan strawberry memang lawoo je kek tu kan. haha bebudak ni kalau tak cuit colek kuis memang tak sah. nak menyenth n memegang je menda yang kita buat2. pulak2 menda comel mcm kek. hatta api lilin pun depa nak sentuh..

Hanis Azla said...

akak sedang telan liur depan pc.. he..he..

khairunnisa ♥ said...

nyum nyum..
thanks for the recipe :)

nur easy said...

alala pagi2 lg dah ternampak ni.. skrg tak dan la nak nampak strawbery melata2 kat supa..;)

MaryaYusof said...

As salam Kamalia,

Kek lg... rajin bebenor... Mana ade comot... Cantik je...Psst nnt ajarlah buat kek, tak reti lah... Tak confident...huhuuu...

Nak FM ke? Nnt tunggu saya balik Msia dululah... Nak post kang harga confirm lg mahal dr FM...huhuuu

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai loikeeee
si adam ni if ichigo shortcake ni memang hantu betui....mkn x hingat donia taw

kayrul-shah said...

aduh tergoda dan menggoda betul la kek tue..bila la nak pandai buat macam lia nie???...

Papa Mifz said...

comot takpo..yg penting raso nyer...:)

wahida said...

pandainya dia...cantik je deco tu..tak comot pun...

nampak sedap lak tu...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

x nmpk comot pun..
nmpk sedap..nyumnyum..
strawberry dia besar2 ek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...