Pages

Wednesday, 21 March 2012

MamyPoko..MamyPoko..kami suka MamyPoko..;p

Salam wbt..*This is not an advertorial or paid post*..eceh, kena terangkan dulu, kang ada orang ingat saya dibayar pulak bila cerita pasal mamypoko ni ha. Entri ni lebih kepada nak cerita pengalaman kami dengan diapers anak-anak sepanjang mereka membesar ni. 
 
Umum ramai yang tahu Amni dan twins beza hanya setahun je. Jadi, sewaktu kami kat Malaysia sebelum datang sini lagi, memang guna diapers tu banyakkkkkkkkkkkkkk sangat. Seriusly, sangat banyak. Sebulan tu memang spend duit untuk diapers je dah lebih dari duit makan kami sebulan. Bayangkan, Amni baru setahun lebih dan twins pulak baru lahirkan, memang beli diapers tu dah jadi macam apa dah. Saya ingat lagi, twins baru lahir, satu hari je dah guna berpuluh kot. Newborn kan selalu poo poo, jadi, tersangat banyak diapers yang diguna. Nak guna nappy liner, saya macam tak yakin je..haha..last-last, walaupun sikit je hasil buangan diorang tu tetapla saya tukar.  Tak salah saya waktu tu cloth diapers macam baru lagi kat Malaysia dan bila benda baru ni harga memang mahal lagi kalau nak dibandingkan dengan harga sekarang ni.. Nak guna napkin saya tak cukup rajin waktu tu. Sanggup ke nak basuh banyak-banyak..hehe, nak masak pun kadang-kadang tak sempat tau waktu tu. Ikan goreng dan sambal belacan pun  beli..sapa yang ada anak kembar tahu la kot macam mana kesibukkannnya, ke saya sorang je yang pemalas sibuk macam tu.huhu..:p


Dulu, kami kalau buat weekly shopping kalau nampak ade diapers murah je mesti kena beli..Yang bagusnya twins ni jenis kulit yang tahan lasak sikit. Tak kisah brand apa pun kami pakaikan je. Kalau Amni tak boleh. Jangan sebarangan beli diapers untuk dia. Kalau tak sesuai, nanti habisla merah-merah naik ruam. Segala jenis brand kami beli kecuali MamyPoko. Mahal kot nak beli, pastu nak guna untuk 3 orang pulak tu..Kayap babah jadinya nanti..So, memang kat sana tak pernah gunala MamyPoko.


Bila duduk kat sini, MamyPoko lah pilihan kami. Sebabnya tersangatla murah. Mungkin kami beli di negara MamyPoko 'dilahirkan'. Rasanya MamyPoko kot yang paling murah kat sini kalau nak dibandingkan dengan brand lain dan ramai jugak kawan-kawan kat Nihon ni pun guna MamyPoko jenis ni. Mungkin ada la yang guna brand lain, ikut pilihan masing-masingla kot. Kalau tengok gambar kat atas tu, size BIG (XL) ada 48 pieces + 4 pieces cuma 1180 yen. Cuba convert ke RM berapa..ada yang satu jenis pack lagi, dalam dia adala 36 pieces, yang tu kadang-kadang boleh dapat dalam 798 yen je. murahkan. Lepas tu kat sini dari mula memang beli jenis MamyPoko Easy Fit Pants. Sangat memudahkan kerja kami ibu bapa yang agak pemalas rajin ni..;p Easy fit pants sangat sesuai untuk anak-anak kami yang tersangatla aktif ni. Bila tengok diorang duk berlari-lari sana sini pun tak yah risau kot-kot diapers tu terlondeh ke..Sebabnya easy fit dengan pinggang dan punggung diorang. Lagi satu tak yah risau takut terbocor ke sebabnya kat tepi tu memang dibuat double leak guard. Tapi, kot nampak dah penuh tu, tukarla ye, jangan dibiar anak tu pakai lagi, dah tentu nanti bocor. Tak pasal-pasal dari takde kerja jadi kerja pulak kan..Easy fit pants ni pun sangat senang kalau nak ditanggalkan, kita cuma koyakkan je bahagian tepi tu dan gulung pastu gunakanlah sellotape yang memang sedia ada kat situ dan buang. Senangkan. Kalau malam-malam nak bangun tukar diapers anak sambil lelap mata pun boleh buat..haha..dasar pemalas perajin..;p
kalau tengok gambarajah di atas ni, 
dalam satu pack tu adala 5 jenis diapers corak yang berlainan..
yang ni kami dapat mickey mouse..kadang-kadang adala chipmunks ke..macam-macamla..
selalunya kalau twins ni suka memilih sikit especially Faeiz. 
Tak nak yang tu, nak pakai yang ni..suka hatila nak, asalkan pakai..
nampak sellotape tu, ha yang tu bila dah koyakkan tepi diaper tu, 
kita gulungkan dan sellotape je.
senangkan takdela bersepah-sepah ke nanti..

Sekarang ni kalau kat sekolah twins ni dah diaper free. Jadi, penggunaan diapers tu dah berkurangan. Sehari tu kalau bekalkan setiap seorang 3 pieces pun, selalunya nanti bila bawak balik used diapers tu adala dalam 3 pieces je kot. Kat sini, used diapers harus parents bawak balik. Setiap pagi kena bekalkan plastik untuk sensei letakkan used diapers tu nanti. Kalau sebelum ni setiap hari kami akan bekalkan seorang dalam 6 pieces diapers. Habis tau. Kalau seminggu sekolah, kami bekalkan dalam 60 pieces. Pitam waktu tu nak bekalkan diapers untuk sensei ni ha. Sensei ni akan tukarkan diapers diorang dalam 2-3 jam sekali, jadi kalau ambik petang tu memang habisla. Kalau ada sale, babah diorang ni belila banyak-banyak. Kalau ada jenis jual sekotak terus, beli sampai 3 kotak sekali. Dapatla jimat dalam 2 minggu. Nasib baik Amni cuma pakai diapers waktu malam je..
 kalau ada yang dalam kotak macam ni selalunya dijual murah..
dalam 1480 yen kot..entahla tak ingatla, lebih kurang macam tu la.
ada 3 pack dalam tu, setiap pack ada 26 pieces.

  yang ni pulak untuk budak tomei sorang lagi..
lepas lahir kami pakaikan brand pampers, sebab mamypoko takde yang untuk newborn..
dah masuk 3 bulan tukar yang ni pulak..
absorbency sangat bagus..
Afiya ni masih pakai saiz S lagi..haha..
serius sangat kecik dia ni. takpe, jimatkan..
dulu-dulu, waktu pregnantkan dia, berazamla jugak nak guna cloth diapers kat sini.
kat sini cloth diapers sangat murah..
tapi, bila memikirkan winter season yang lama kat sini, lepas tu nak membasuh dan mengeringkan tu agak membuatkan saya menolak idea tu..
mana ada dryer wei kat rumah ni, kalau ada nak jugakla guna.
nanti kalau jemur dalam rumah mengharapkan heater je,
saya takut macam tak kering sangatla pulakkan

Okla..itu saja cerita hari ni..cerita pasal diapers anak-anak je pun. Nanti tahun depan, back for good nak bawak berkotak-kotak daipers ni. Boleh buat stok untuk Afiya pulak..haha..kat Malaysia mahalkan diapers. Ingat kami balik tahun lepas dan sebelum-sebelum tu la, nangis tengok harga diapers kat Malaysia, brand yang biasa-biasa je pun dah mencekik darah..:(

16 comments:

Mixed-family in da house.... said...

betul kak lia, sini mamypoko tu kire brg berharga laaa......kalau nk beli kena pikir masak-masak...hahahhahah....

Asmara said...

senangkan yg pants ni, dah la murah dr yg lain. awal2 dulu beli jenama pampers dlm kotak tu dpt 2 pack kot. lepas jumpa ni terus tukar. pengsan balik msia nak beli jenama ni, kat sini baru la 11 ringgit(anggap 1180 yen tu rm11.80) dpt yg berkualiti, kat msia rm30. apa le mahal bebeno brg kt msia tu kan. huhu.. susu pun sini baru 15 ringgit setin. hikhik..
sini gaji min 3000 ringgit (300kyen) dah boleh bermewah2 gitu. :D

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mmg uols if anak ramai mmg pakai duwet yg bukan sket kat pampers...if rega mesia mmg boley pitam tgk....

Aziela said...

Anak2 kecik, duit pampers dengan duit susu memang terasa sangat lajunya keluar dari wallet....

♥cmª shIemª♥ said...

murah ye lampin pakai buang kat sana?
kat mesia klu jenama mami poko ni huk3..Rm48 kot sepeket..
anak2 kt umah pakai 2 jenama ni je..
DRYFIRST ngan DRYPERS hihi.. ^^_

Amie said...

Lama dah tak tengok jenama-jenama lampin pakai buang, dulu waktu ada baby memang inilah benda yang diutamakan selain susu... biar benda lain takde, yang penting benda ni mesti ada...:)

sabar dubai said...

kak lia...kite pon ade anak buah kembar....bile tgk adik beradik die maknye xjalan keje...kdg2 kesian...xsempat..lg2 yg lasak..bab pampers ni..waa sini mahal tau......sedih.....mcne laa nnti..

munna said...

mmg mahal diapers kat sini...munna cuma Yasmin je yg masih pakai diapers ...itupun malam dam bila dia nak poo2 ....klu kencing dia dah pandai cakap senang sikit.... Meya cukup 3 tahun mmg dah free diapers siang malam...

nur easy said...

gitulah kalau guna DD ni kan.. banyak. tp kalau guna CD tu, maknya ni pulak x larat (aka malas) nak mencuci esp tang poo poo dia...

tak penah beli diapers kat sana.. sbb terpk dulu cemana nak bawa balik... hehe tapi kawan2 ckp mmg murah mmypoko kat sana

Acik Erna said...

assalam kamalia..zama acik anak kecik2 dulu pun jenis snsitif kulitnya..tak boleh main beli je.kena cuba2 dulu..

ijayuji said...

Salam lia! mmg leh fitammmmm kalau memikirkan nak beli diapers utk ank2, sbb tu kita mmg tak nk mengalah kalau masa nak ceraikan budak2 ni dgn diaper, mmg kalau kira2 dlm sebulan mmg leh terlebih duit makan ehehe..alhamdulillah masing2 2 tahun dah cerai daaaa kikiki.... masa dah cerai diaper tu sgt tersgtttttt lega! :D opsss, sambil bwk melteser nk bg yg kecik tuu ajerr mak tak yah lahhh ehehe...

Ucu Faridah said...

ucu dah lupa guna brand ape2 anak2....
masa yg sulung n no. 2 tu ada la kerajinan sikit..pakai lampin..siap basuh bersih2 lagi pastu lipat elok..suka tengok (kt rmh jer) tapi kalau kt nursery pakai diapers..

sampai anak ke 3 n 4 ni...jgn harap lah nk pakai lampin....buat penat jer..hahaha

wa said...

owh....murahnya mamy poko kat sana , pernah beli pampers anak kat Ikebukuro , boleh tahan gak harganya..tapi masa tu tak jumpa plak mamy poko..

MaryaYusof said...

As salam Kamalia,

Topik menarik ni... Murah betul harga diapers di sana, tp klau dibandingkan harga diapers di sini, nak pengsan rasanya... mahal nak mamps*... Adoilah... Rs mcm harga kat Msia lg murah... Dekat sini brand mamy poko xde yg ade Pampers & ntah apa brand lg ntah... mahal gile! 28 pcs harganya dlm 40soles gitu :( Sekarang tgh train potty Iman, stok yg bwk dr Msia aritu pun dah nak abis da... :(

Hanis Azla said...

mmg kat sini mahal mamy poko tu.. tp mmg berkualiti.. akak dulu pun masa anak sulung aje pakai jenama tu.. dah ada anak 3 guna huggies aje.. he..he..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Kalau dekat Malaysia MamyPoko yg paling mahal,
eija setia dgn Drypers..dua2 anak guna drypers..

itula mmg belanja diapers anak kat Malaysia ni sgt mahal..
kalau spent untuk diepers jerk kurang2 sebulan Rm200 seorang , itu baru diapers blom masuk susu...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...