Pages

Sunday 11 March 2012

Re-publish: Tsunami 11 March..setahun telah berlalu

Salam wbt..Tak sangkakan, hari ni genap setahun selepas kami mengalami kejadian tsunami dan gempa bumi yang teruk di Jepun ni. Kalau di fikirkan macam sekejap je setahun, tapi buat mangsa yang kehilangan ahli keluarga dan harta memang tak sama apa yang kami rasa ni. Sekurang-kurangnya kami ni setakat emosi je yang agak terganggu pada mula-mula dulu tapi mereka kena hadapi segala musibah itu semua untuk seumur hidup mereka. Kenangan yang pahit untuk dikenang.

Hari ni saya cuma re-publish je balik cerita pengalaman saya sewaktu itu. Kemungkinan esok saya akan sambung balik kisah yang tergantung dari entry itu sendiri (serius, cerita tu tergantung, asyik lupa nak sambung..setahun dah pun ni ha, tapi jangan risau semua tu still fresh lagi dalam memori ni.) Selain tu mungkin update sedikit bagaimana reaksi rakyat di sini dalam mereka menghadapi setahun selepas kedatangan bencana alam yang teruk itu terutamanya mereka yang teruk di landa tsunami.

Sesapa yang tak nak baco takpo, boleh baca blog orang lain. Ini untuk kenangan hari ini (terutamanya kami yang mengalami sendiri bencana itu) sempena setahun selepas tsunami dan gempa bumi yang teruk melanda Jepun terutamanya di kawasan pantai timur Jepun (Tohoku).

Original entry HERE.
.............................................................................................................................................................

Jumaat,11.3.2011..waktu lebih kurang 2.35++ pm..saya tengah baring2 kat tilam dan anak-anak pulak waktu tu tengah duduk depan komputer..Tiba-tiba, rumah ni bergoyang, mula-mula perlahan..saya diam je dan anak-anak waktu ni pun tak perasan dengan keadaan sekeliling..Pastu, saya rasa makin lama makin kuat pulak bergoyang rumah ni..FYI, rumah saya di tingkat 2..Apato (Apartment) ni ada 3 tingkat, 6 buah rumah..3 rumah Malaysian, 3 lagi Nihonjin..Waktu tu ni, anak-anak dah mula pandang-pandang saya dan terus saya panggil mereka duduk kat tilam je..Nak suruh duduk bawah meja tak muat pulak, nak berlari turun bawah, saya memang tak berani waktu tu..memang waktu tu saya macam blur sekejap..Tak tahu nak buat ape, mungkin sebab panik yang teramat sangat..Saya kata dengan Amni, Amni baca Al-Fatihah je..(ye, saya tahu lebih senang suruh dia sebut Allahu Akbar, tapi waktu tu saya terfikir, suruh jela dia baca ayat yang dah biasa dia baca)..Saya terus berdiri sambil mulut bertakbir; Allahu Akbar..Allahu Akbar..capai telefon, cuba telefon Mr K..saya ingat dia kat sekolah Amni, sebab kebetulan waktu tu memang ade PTA meeting..telefon banyak kali tak dapat..cuba telefon adik depan rumah, tak dapat jugak..Cuba tinjau kat tingkap takde pulak orang kat bawah (sume ni dalam 30 saat kot)..Waktu ni gegaran makin lama makin kuat, terdengar bunyi kaca pecah kat luar, dengar bunyi barang-barang kat dapur jatuh..Amni dah mula menjerit ketakutan..dah tak boleh nak baca lagi dah..twins pulak dah mula rasa takut dan akhirnya semua menangis..Terus saya datang balik kat tilam , pujuk diorang ni..kebetulan, pintu wardrobe saya dah rapatkan, sebab kat dalam tu banyak toys dan barang-barang yang berat terletak kat tempat tinggi..Rasa memang nak nangis sangat, tapi tahan je, demi anak-anak..Waktu ni rasa memang nak lari turun bawah, tapi saya ade 3 orang anak waktu ni..Tak tahu macam mane nak handle..Saya pujuk Amni supaya berhenti nangis, kata dengan die mama nak tengok ade tak abang atau kakak kat bawah..Dia berhenti nangis tapi sisa-sisa nangis tu masih ade, dan terus die pujuk adik-adik..Saya berdiri sekali lagi, dan telefon pun berbunyi..Rupanya Nik, dia pesan suruh turun bawah, akak jangan panik ye..Saya tinjau sekali lagi kat tingkap (itupun berdiri jauh-jauh,sebab takut tingkap tu pecahkan) dan ternampak adik Nayo..terus saya suruh dia naik atas tolong ambik anak-anak..Suruh anak-anak bangun, dan pergi ke pintu..nasib baik pintu masih boleh di bukak lagi (mmg waktu jishin ni, pintu kena di buka untuk elakkan pintu tersekat sewaktu rumah bergoyang)..Bila adik Nayo dah sampai je depan pintu, jishin pun berhenti....

Rupa-rupanya waktu tu hanya saya dan jiran bawah je yang ade kat apato ni..yang lain-lain sume takde di rumah..adik Nayo pulak berlari balik dari lab sebab teringatkan saya dan anak-anak. Kebetulan, jiran kami yang kat bawah tu pun ikut sekali naik atas sebab dengar anak-anak saya dah mula menangis balik..Dia suruh pakaikan socks tuk anak-anak dan siap sedia tuk second time jishin..Masuk dalam balik, ambik baju panas anak-anak, pakaikan socks..Dah siapkan anak-anak terus saya terduduk kat meja komputer..Air mata mengalir dengan laju tanpa henti..terus saya lap takut Amni nampak..seolah-olah waktu tu rasa macam tak percaya je yang saya dan anak-anak masih selamat tanpa sebarang kecederaan..Bersyukur sangat-sangat..

Selang beberapa minit lepas tu, jishin kedua pun mula.. Terus berlari ke pintu, pakaikan kasut anak-anak (walaupun terbalik kiri kanan) dan terus turun ke bawah..Sampai di bawah, jishin makin lama makin kuat, terus ke tempat parking..Berdirila kami di situ sambil pandang tiang-tiang elektrik semua bergoyang macam pokok kelapa kena tiup angin je..Tak lama tu barula Mr K sampai..Nampak je die rasa nak menangis..Bersyukur yang dia selamat dan kami masih dapat berkumpul bersama-sama. Rupa- rupanya dia tersekat kat bandar sebab waktu jishin tu die baru je keluar dari bangunan City Hall..Tapi, redah je la pergi ke parking bawah tanah ambik kereta..Dia kata bila jishin yang pertama tu terus teringat saya dan anak-anak..Risau yang teramat sangat sanggup ambik risiko pergi ke tempat parking tu..

Agak lama jugak kami duduk kat tempat parking tu..hari tu kebetulan cuaca memang sejuk suhu dalam -2C..Tak lama lepas tu yuki(snow) pun turun..Dah la saya pakai baju tak tebal sangat, memang menggigil kesejukkan + ketakutan..Twins sibuk main yuki dan Amni dah sibuk cakap nak balik Malaysia..Takut sangat dia kata..Kami tunggu lagi dalam 20 minit dan memang waktu tu takde gegaran susulan yang kuat, kami pun decided nak naik ke rumah..Terus siapkan barang-barang tuk di bawa (pasport, diapers dan baju sepasang tuk anak-anak, makanan kering sikit dan susu anak-anak) waktu ni, bekalan air, elektrik dan gas memang automatically shut down..Tak sempat saya nak masak air panas tuk bekalan anak-anak..Anak-anak pulak naik rumah terus tertido..talian telefon semua dah tak leh guna..Jadi, tak dapat nak contact Malaysian yang lain nak tanya keadaan diorang..Nasib baik yang rumah berjauhan tu datang ke rumah kami dan buat keputusan tuk berkumpul satu tempat je malam tu iaitu kat rumah kami..


p/s: nanti saya sambung lagi..nak kemas rumah, sekejap lagi pihak dari embassy nak datang hantar bantuan..alhamdulillah, kami yang di sini tidak dilupakan..memang keadaan kami tak teruk, tapi bekalan makanan semakin berkurangan..tak boleh nak ke mana-mana memandangkan minyak kereta pun tak dapat nak di isi sebab stesen minyak kehabisan bekalan..
p/s lagi: terima kasih kepada kawan2 yang sentiasa mendoakan keselamatan kami di sini..

10 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Terketar2 takut masih terasa
Alhamdulliah kiter di lindungi
Takziah pada yg kehilangan

Asmara said...

mohon disambung. ;) moga kita semua terus dilindungi. Amin..

diha said...

Xsabar nk dgr smbungan nye..
Btw, comel header baru blog akak..^^

Unknown said...

As salam Kamalia,

Seram saya baca ni... sambung cepat ye... Suspen! Tak dpt nak bygkan... Kat sini goyang sikit2 pun dah cuak gile! Teringat2 tsunami kat japan tu... Hope everything ok by now! Take care!


Tahu jgk psl bonus tu.. mmg kayolah Nora..hehehe Saya dpt proportionate je... oklahkan better than nothing :) Alhamdullillah... Dekat sini aritu alarm tsunami dah keluar...hrp2 tak takde ape2lah :(

munna said...

sekejap je kan.... alhamdulillah rakyat kita selamat..takziah pada mangsa

ijayuji said...

Salam lia! sedih kan lia walau kita tak merasainya tp ttp terasa n boleh phm keadaan lia masa tu.. Berdoa ajer semoga dijauhi dr malapetaka, masa sekolah dulu teringat ustazah citer kat kita org, tuhan nak turunkan bala bukan kira, [ini tempat org2 bukan beriman atau bukan islam, akn diturunnkan bala padanyer, TAPI tuhan itu maha adil, tak kira kat situ ada org beriman atau tak, jika dia berkehendakkan sesuatu maka terjadilah ia tanpa mengira agamanya n imannya] sbb itu ujian, kita kena terima untuk menjadikan kita lebih sabar dgn dugaannya.. Moga lia n family n semua org diberikan kekuatan sbb mesti trauma sampai skrg kan... Doa dr kejauhan utk semua org insyaAllah! pssst>>windu arr :D awww!

sabar dubai said...

okk sambung....sambung.....meleleh air mata bace nih...seyes kite pon seriau jgk bile igt balik..even xkene jishin tp air naik..seyes takot......kite pnh rs jishin m4 tuh pon terketar2...uhuhu

☾SHiemaCMa786☾ said...

Huhu..kak lia..
Xtau nk gambarkan klu cma ade kt tempat kak lia waktu tu.. .:(

eija_sweetmama said...

itula setahun dah ..cepat jerk masa berlalu..

nur easy said...

dah setahun rupanya.. tentu rasa takut sgt masa tu kan..syukur semuanya selamat..

masa kejadian tu saya dah berlepas balik ke msia.. sampai2 je bertubi2 org tanya khabar kat fb/sms..terpinga2 sat, sbb xtau apa jadi kat sana masa tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...