Pages

Wednesday, 28 March 2012

Haru..Sakura..Haru...Sakura..

Salam wbt..Ni ha baru je sejam keluar matahari, tapi makcik malas nak jemur baju di luar. Sejuk kat luar tu walaupun nihonjin ni dah lama dah duk jemur kain kat luar tu. Hari tu adalah 2 kali saya jemur kat luar kot, tapi bila petang nak angkat balik bercinta nak keluar ke balkoni tu. Lagi cepat kering bila jemur baju kat dalam bilik dari jemur baju kat luar nun..hehe Pagi tadi sejuk ketaq-ketaq, yuki turun dengan lebat bersama hujan, nak suruh anak-anak mandi pun susah..

Haru kat tajuk tu bermaksud spring..bukan haru biru hidupku..hehe *ok, tak kelakarkan* 

Tahun ni hanami (flower viewing) kami nak ke Hirosaki, Aomori. Ini kiranya antara tempat yang paling cantik untuk hanami di Tohoku, Jepun ni. Tak kira, kalau adik-adik ni tak nak pergi takpe, kami boleh pergi sendiri. Lagipun Insya Allah ni adalah spring terakhir kami kat sini before back for good nanti. Tahun pertama dah pernah pergi ke situ, boleh baca kat sini..

Tadi duk tengok balik gambar kami naik sampan, wahhhh..sangat syiok..tahun ni tak tahula boleh naik lagi tak..huhu. Afiya kecik lagikan. Ai is takut nak bawak dia naik sampan itu..

sangat teruja beb time ni *walaupun perut duk kecut takut sampan bocor atau terbalik:p*
naik sampan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Subhanallah..
sakura yang berjuntaian di tebing tasik itu..
sangat cantik..


lepas tu nak jalan kat sini yang mana pohon sakura penuh sepanjang koen (taman)
koen ni sangat besar boleh semput nak habiskan satu koen ni..
walaupun Hirosaki agak jauh dalam 250-300km dari Morioka, 
saya tak kira nak pergi jugak..

Waktu hanami jugak waktu paling best..Sesiapa pencinta bunga macam saya, waktu inilah sesuia untuk menembak segala jenis bunga..bercita-cita nak dapat micro lens*tetiba..harap-harap orang tu baca;p*..Lepas dah habis sakura, lepas tu adalah musim tulip..lepas tu ros..lepas tu macam-macam jenis bunga sampai tak tahu nama bunga tu pun..main tembak je, simpan dalam koleksi gambar bunga-bungaan saya..Lagi apa ye..ha, waktu ni jugak cuaca nyaman je. Time nila boleh berpiknik sakan. Selalunya kami akan bawak bento ala potluck, jadi bila dah gather suma orang boleh makan bermacam-macam jenis..slrrrrpp..tetiba lapaq.Alamak, encik Kamil dah balik..ok,got to go..petang sikit ai BW na..sayang korang semua*tetiba*;p

16 comments:

Acik Erna said...

assalam kamalia..tak sabar nak tengok gambar segala jenis bunga..mesti cantik kan.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

春 la musim yg paling ai suka uols
Sini baru kuar Ume
Inshallah next week baru ader Sakura if weather menten gini la

Ucu Faridah said...

ucu pun sama mcm acik erna....permintaan ramai ni..

♥cmª shIemª♥ said...

cantik jugak bunga sakura ni ye..
bestnye dpt tgk mcm2 bunga..
*jeles disini*

* baru perasa header baru akak..ala munge2 gitew*

izahdaut said...

sweet gilerr famly tu tersenyum kambing.. *ayat jeles... huwaaarhh nak gi jepun jugaaakkk.. huhu

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah bestnye musim bunga..
cantik sgt bunga sakura tu..

ohh patutla hari ni terus bertukar header dengan bunga2an..

hazila said...

Cantiknya bunga bunga tu..... Sejuk je mata memandang.

nur easy said...

bestnya dah nak masuk spring.. leh hanami puas2.. kat sini takda.. hehe sangat romantis la gmbr dlm sampan tu..

Hanis Azla said...

seronoknya naik sampan sambil menikmati keindahan alam.. dpt tgk bunga2 cantik.. klu akak dapat melaluinya sendiri, tentu boleh masukkan satu babak dalam novel.. he..he..

ijayuji said...

Salam lia!! kita tak tido lah ari niii ehehe... uwaaaaaaa..jeles yg amat tgk sakura!!! dah tak turun salji lagi eak? soklan mcm jeles jerr wakakakaka... gmbr atas sampan tu lawaaaaaa!!! baik2 jatuh ya sejukkkkkkkk! :D

Nadiah Sidek said...

seronoknya naik sampan!

FnF Simple Life said...

cepat betul cherry blossom kat sana ye...cni baru berputik je.

Kamalia said...

acik erna:
salam acik..hehehe..saya pun tak sabar acik..insya Allah,kalau ada hasil yang baik,saya share kat sini ye..

lady ayu:
kannn..ai rasa suma org suka dgn haru(exc org yang alergic la kot)..kat bawah mmg cepatkan,sini awal may baru mankai ..

ucu:
ececeh..saya pun suka dengan hasil dari gambar cucu tau..insya Allah ucu.saya cuba ye.

cma:
sanagt cantik pada mata kami..dulu2,sblm dapat tengok dpan mata,saiap ckp"ala,bunga je kot"..tapi,sekarang musim nila yg amat ditunggu-tunggu..:)

izahdaut:
amboi..hahaha..kambing pun boleh kalah tau,sbab kami dah curi senyuuman diorg tu..hehe

Kamalia said...

eija:hehe..dah masuk springkan..tapi,biasa2 je header tu..ai tak terel la..

hazila:
terima kasih kak..

easy:
harus kena menikmati hanami terakhir kami ni..romantis brsama ank2..:)

hanis azla:
alhamdulillah,semua dengan izin dariNYa..haah la kak..apa kata akak masukkan saya je dlm novel tu?ahaks...;p

Kamalia said...

ijayuji:
salam ikaa..hehe,ala,tipula tu..kita nampak tau ika tido tadi..
ala,pasni dah boleh hanami tetiap tahun..jangan risau hokey..

nadiah sidek:
sanagt seronok..!

FnF:
eh,ni tahun 2010la..kena baca lagi sekali kot..hehe..yuki masih turun lagi..kami kat sini hanami awal may nanti..kat sana lagi awal.

langkahdemilangkah said...

sangat teringin nk tgok bunga sakura depan mata ;) tah bila laaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...