Pages

Friday, 27 January 2012

Bingka Labu

Salam wbt..Bingka labu yang pertama kali dibuat dan makan. Sebelum ni banyak kali dah beli labu, tapi manjang jela malas nak buat bingka..asyik-asyik cucur labu..Rumah ni kalau labu dibuat selain dari kuih, memang tak laku. Pengat labu ke, masak lemak labu ke takde seorang pun yang akan makan..saya sah-sah la memang tak makan labu jenis dimasak macam tu..anak-anak apetah lagikan;p

bentuk lebiu ni untuk Amni..
dia tak suka bijan sangat
jadi memang buat kosong macam tu je untuk dia..

Resipi dari CMG. Memang dapat banyak dari sebiji labu yang saya beli tu. Dah buat stok puri untuk Afiya pun masih banyak lebih lagi. Sesapa nak buat 1/2 dari adunan pun boleh  dan rasa kuih ni tersangat la sedap..Rasa lemak-lemak manis labu.

Bingka Labu
source: CMG Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan
5 biji telur gred B
200 gram tepung gandum
180 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla (mat guna "butter vanilla" flavour)
1/2 camca teh garam
Bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...
CATATAN MAT GEBU :- Lepas bakar tadi, mat grill kan dalam 3 minit macam tu bagi permukaan dia berkeraakkk tebal sikit, baru wangi dan sedap..

11 comments:

izahdaut said...

memang sedap bingka labu. tapi aku pernah buat resepi ni yang diejas oleh kak zana. mmg bestttt.. masa balik kampung aku buat ni, 2 hari berturut2 permintaan nya. hehehe..

nur easy said...

masa kat nipon kita pun suka wat bingka kabocha ni..;)

wahida said...

ya Allah...sedapnya...

nak!!! nak!!

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

X pernah makan bingka labu,
selalu makan bingka ubi jerk..

wah special untuk Amni bentuk ♥ ..
srnok la anak2 mama dia rajin masak..

Acik Erna said...

kamalia..assalam..
bila kamalia kata..terdangat la sedap tu..buatkan acik teruja nak mencuba..dirumah acik..anak2 makan je..pengat ke lepat ke..masak lemak labu ke..laku je..

Papa Mifz said...

Siap buat bentuk lebiu lg,hehe

suri solehah said...

hehe anak dara suka yang lebiu-lebiu ye...sedapnya nampak lia..tp akak dalam panang lagi kena tangguh dululah

♥cmª shIemª♥ said...

waduh...bingka labu ni mmg sedap! tp cma creti nk buat...huu..

sgt terliur kak lia...

Cik TeN10 said...

wahh !! labu sedap msak pape pn i telan je.. syoknye amni dpt bingka labu bntuk lebiu lg dr mama dia..

Asmara said...

lor x mkn labu masak lemak ke? isk.. sodap tau mkn ngan ikan goreng. haha.. xpenah buat bingka labu, selalu buat masak je labu. ;D

Asmara said...

eh2.. penah buat lupa, haha.. sekali je buat dulu. lama dah sampai terlupa. ekekeke..gomen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...