Pages

Wednesday, 25 January 2012

Black Forest Cake

 Salam wbt..Alhamdulillah, dah sihat seperti biasa. Semalam dapat jugak buat kek ni. Sepatutnya semalam kena berehat lagi, tapi saya dah beli barang-baarng nak buat kek ni dah lama, kena buat jugak..Dalam masa yang sama, buat bagi anak-anak suka..Diorang ni tiap kali buat kek, mesti akan tanya untuk apa kek tu. Jadi, semalam kena bagi jawapan jugakla kenapa buat kek ni..hehe


Kek ni bagi saya sponge cake dia sangatla sedap. Mr K yang bukan penggemar kek pun kata kek ni mabeles..kembang hidung mak yang memang sedia kembang ni hahaha... Tapi, next time kalau nak buat, tak nak dah guna chocolate syrup lagi. Kena sub dengan blueberry syrup lagi sedap. Sebabkan kalau guna chocolate syrup tu rasa dia sangat manis, saya bukan boleh sangat manis-manis ni. Boleh kalau nak guna juga chocolate syrup tu, tapi kena kurangkan gula dalam kek dan whipping cream. Baru rasa dia ok. Itu bagi sayala, lain orang lain citarasakan. Untuk mendeco kek ni jugak, memang rasa nak pitam bila nak letak chocolate rice kat tepi tu ..memang mencabar sungguh. Nasib baik Afiya waktu tu tengah tidur, kalau tak, memang siap separuh je la tepi kek tu. Oklah kan deco tu, bolehla untuk anak-anak bagi pujian..*sadis sungguh*... Ucu Faridah yang terel buat kek dan deco-deco yang cantik jangan ketawakan saya tau..nanti kecik hati ni.ekeke..Saya suka tengok kek ni dekat blog Kak Azlita Masam Manis. Sangat cantik dan kemas. Untuk filling kek ni pun saya ikut Kak Azlita letak blueberry..Anak-anak saya tak suka cherry, semalam pun cherry yang kat atas tu tergolek-golekla kat dalam piring diorang tinggalkan..huhu


Resipi ambik dari Kak Ena Lovely Kitchen, siap ada step by step lagi tau. Terima kasih kak. Memang sedap dan sangat senang nak buatnya. Mintak halal resipi ye, saya kopipes je kat sini senang untuk rujukan akan datang.

Black Forest Cake

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
  • 3 biji kuning telur
  • 100 gram gula castor
  • 120 gram tepung kek
  • 50 ml minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B:
  • 30 gram serbuk koko Van Houtan
  • 120 ml air panas.
Cara-cara:
  1. Satukan bahan B.
  2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
  3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C:
  • 3 biji putih telur
  • 60 gram gula castor
  • 1/4 sudu kecil cream of tar tar- tak letak
  • Loyang kek 18cm / 7inci
Cara-cara:
  1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
  5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
  6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
  9. Sejukkan di atas redai.

CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:

  • Whipped Cream (200ml)
  • 25 gram gula halus
  • Chocolate Syrup Hershey's
  • Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je - saya guna blueberry
  • Buah cherry bertangkai secukupnya
  • Chocolate parut - letak blueberry filling
Cara-cara:
  1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis. Rujuk gambar 1.
  2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
  3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Rujuk gambar 2.
  4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas Chocolate Syrup Hershey's. Rujuk gambar 3. (Gambar ni di ambil semasa lapisan kedua, masa lapisan pertama lupa nak snap)
  5. Susun Dark Pitted Cherry. E-na guna peach dalam tin. Rujuk gambar 4.
  6. Tutup dengan satu lapisan kek. 
  7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
  8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek. Rujuk gambar 5.
  9. Tabur chocolate parut di tengah kek. Rujuk gambar 6. Letakkan juga di keliling kek (E-na tak buat).
  10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek. E-na buat 6 ketul. Rujuk gambar 7.
  11. Boleh tulis wording jika mahu.
  12. Susun buah ceri di atas krim putar rosset. Boleh lelehkan sedikit  Chocolate Syrup Hershey's di sekeliling kek.
  13. Sedia untuk dihidangkan.

32 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Kamalia,

rindunya kak Nur lama tk singgah sini...sihat ke??

cantiknya kek tu...mcm beli dari Bakery shop...alahai tangan berseni gitu...kalau tangan kak Nur keras kejung...hehehe.

ucubakery said...

ceh..ceh...pepagi dah tunjuk kek...cantik ape kek tu...ini dah dikira terer bukan lagi amatur...
ucu masa mula2 deco dulu lagi teruk, burok tau kalau x caya pi lah cek tengok kek2 masa mula2 dulu...

nak minta jauh sangat..ucu tolong telan air liur jer lah ye..

nur easy said...

oh wow.. ;)

Ida,Japan said...

mabeless2....lia, cantik dah tu..emmm..sedapnyer.

eija_sweetmama said...

dlm sakit2 pun sempat jugak siapkan kek, mmg rajin la lia ni membaking skrg ni, adeii suka tgk kawan2 yg rajin wat kek, roti, masak memasak ni, eija jerk males..
sekali buat aritu x jd terus down, rasa mcm mmg xde bakat la bab membuat kek ni...

Cho Zila said...

kalau air tangan sendiri memang sangat sedap.... okler sesangattu...

シャイマ said...

sedapnyeee nampakkk. terliurrrr

Unknown said...

Salam Kamalia,
Terornye buat keke... in spanish cake = keke...hahaha!
Rasa impress gile tgk org pandai buat kek sume bagai ni... sy mmg xreti lsng... zero! tp mmg berangan nak belajar...sape nak jadi cikgu aku ni...nak cr bhn pun satu hal gak ni...adoyai...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak lia..
uhuhu..pagi2 cma bw..mesti santap kek kak teratak kak lia ni..

look nice..mesti sodappp..
nak2... :)

ibuhebat said...

menarik betul la black forest ni... bilalah nak sampai seru buat kek ni pulak. jemput ke blog sy http://hebatkan.blogspot.com
salam kenal :)

Nadiah Sidek said...

nadiah pun dan buat black forest cake masa birthday safiyyah tapi guna resipi lain..resipi dalam majalah. suami nadiah kata sedap ^_^

Hanis MY said...

pengsan tengok nampak mabeles sgt kalah kek kat kedai... i tak mampu la nak buat, tempah dgn u boleh hehe...

Acik Erna said...

assalam kamalia..alhamdulillah dah sihat.
pandai dah kamalia buat kek tu..cantik

munna said...

cantiknya kek tu lia...terliur pulak rasanya

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

wow
deco uols sgt cantek
bab part deco fail la uols
hentak kaki nangessssss!

Asmara said...

dah tau sedap! bdk2 ni pntg buat kek asyik tnya tanjoubi sape. haha..
*cane nak tabur coklat rice tepi tu? ai buat selalu sepah, lekat tp nk bersihkan keliling tu mesti byk extra belah bawah. terror la u!

Cik TeN10 said...

Cayalah akak !! Mcm kek kat kedai !! Cantik bangat !! Hihi

Sedapnye nampak..tggu pas abes exam ni nk buat jugak la !! Nyumm3

izahdaut said...

selut nya aku orang pandai buat kek gini. bior pun cam banyak je jenis kek yang aku buat, tapi kalau bab deco n guna krim2 ni, memang kegagalan sungguh. meh titik sikit jari ko bagi aku pinjam. hehehe..cantikkk

cik norai said...

amboi mabelesnya kek tu...meleleh air liur..

lady zaini said...

buat sendiri ker tuh? aduhhhh... kalau cakap beli pun percaya.

kanalia guna microwave apa?
(haha. ni bukan taktik tanak mengakui kehebatan orang masak tau, ni just nk tau ja :P)

Hanis Azla said...

terliur akak tgk kek lia tu.. entah bilalh akak rajin nak buat sendiri macam ni..

E-na Zarina said...

thumbs up!!! cantik black forest lia tu...sedap ek kek tu..sbnarnya k.e-na x menghayati lagi rasa kek yg buat ari tu...bawa open house umah adik2 taklah mkn yg kita buat....nmpk nya nak kena buat lagi nih...pssstt: suka tgk kek lia jadi elok je..

Kamalia said...

nuridah:
waalaikumussalam kak nur..
alhamdulillah sihat sokmo..hehe,alhamdulillah,dapat jugak hasilkan yang berseni sikit..kalau tak,memang comot je kak..

ucu faridah:
kahkah...terel ke kak?bolehla kan..tapi,kalau dapat terel macam akak lagi best kot..ala,cucu buat jela..nanti bagi saya ye..

easy:
oh weee..:)

Kamalia said...

ida japan:
tq ..tq..mmg mabeles rasa dia..sedap kak

eija:
eija,dulu kita pun mcm tu jugak..tapi,bila kat sini,mmg kena buat sampai dapat..kalau x,mmg pandang jela apa yg org lain makan..

cho zila:
mmg puas hati kalau menjadikan..

Kamalia said...

anum:
cepat2..telan air liur tuh..ekeke

Marya:
salam marya..in japanese..keki..
eh,dulu saya pun tak pandai sume benda ni..belajar dari blog2 kawan2 jugak..barang2 sume bwk dr malaysia..

cmashiema:
salam shiema..
sodap shiema..nanti ade masa cubala buat ye..

Kamalia said...

ibu hebat:
salam kenal jugak..takyah la tunggu seru,kalau rasa dah yakin nak buat,cubala buat..ecece,actually dulu saya pun xberani nak buat kek ni sume..

Nadiah:
aritu namapk nadiah buat,lagi terus berkobar2 nak buat jugak..nadiah buat namapk cantikla..ok,nnt nak cuba resipi dari nadiah pulak ea..

Kamalia said...

hanis:
ekeke..ok,dah sedar ke belum?kalau dekat,ai dah hantar bagi u rasa tau..

acik erna:
waalaikumuusalam kak..alhamdulillah sihat kembali..hehe,bolehla kak..nak bagi anak2 makan..nak beli tak boleh makan la pulak..

munna:
awww..malu la munna..

Kamalia said...

lady ayu:
weee..eh yu, ni pun sebelum ni semua deco ai jenis yg comot2 tau..nak buat yg ni pun gigil2 tangan.ekeke

asmara:
samalah kak..amni tanya, happy birthday sapa ni mama?
*sebelum letak tu,akak letak bawah kek tu dengan baking paper
(bila choc riece jatuh,dia jatuh ke ats kertas tu je,dan tak comotkan kek*,..untuk tabur choc rice tu pulak, akk letak baking paper yang lain*kecik sikitla*kat tepi kek, pastu akka tekapkan ke kek tu..paham tak?kalau tak paham koling2 la nanti ye..hehe

Kamalia said...

cikten10:
cayalah fatin..nanti cuba la buat tau..nak tengok jugak..

izahdaut:
takpe izah,ko pandai kat bab lain..ko terel buat kuih,muffin dan tak semua org ada bakat macam ko tau..
ala,ni jari kontot dan debab je..bukan jejari runcing yu..kahkah..

Kamalia said...

cik norai:
hehe..cepat cik,lap ayaq liur tu..

lady zaini:
ala, malu ai tau kak z ni..
saya guna microwave oven tu..jadi tuk baking,pilih oven jela kan..
ade je oven biasa tapi,rasa macam dah rosak sikit..

hanis azla:
akak, beli jela kak..saya kalau balik nanti belum tentu rajin amcam ni..haha

Kamalia said...

ena lovely kitchen:
alamak..tuan guru sudah datang..hehe
terima kasih kak esipi yang sedap..
aahla, baru teringat akk buat aritu utk jamuan hari rayakan..
akk buatla sekali lagi..memang sedap akk resipi akk bagi ni..

mrs kayrul said...

cantiknya kek..pandai lia gubah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...