Pages

Thursday, 26 January 2012

Gando-ko (Lake Gando) the coldest place in Honshu..

Salam wbt..cerita yang dijanjikan dari dulu, tapi asyik terlupa..Sebelum tu, ni pagi tadi punya suhu..tapi,kalau nak ikutkan suhu sebenar yang ditunjukkan di tepi jalan selalunya akan jadi -13..Ni kalau kak zack baca ni, mesti dia senyum-senyum je kan. yela, tempat kak zack lagi hebat..lebih rendah dari -25 C..gagagaga..duduk dalam futon je la..:(

 
from left to right:
signboard tu menunjukkan yang tempat ini adalah yang paling sejuk di tanah besar Jepun..
Hokkaido lain la ye..itu memang paling sejuk kat Jepun ni..
rasanya waktu ni kami pergi adalah suhu dalam -12 to -15 C..
last year kohai pergi dalam -17 to -20 C kot..ntah, tak tahu betul tak..huhu
Tasik ni adalah artificial lake..
waktu ni memang keseluruhan tasik jadi beku
dan khemah boleh dipacak sambil boleh memancing di atasnya.
Lake Gando ni dari rumah kami adalah dalam 36km 
dan ambil masa dalam 45 minit - 1jam..
nak pergi ke tasik ni kena lalu jalan gunung-ganang yang berliku-liku
sampaikan rasa naik pening nak muntah hijau..ekeke
kat situ jugak takde network coverage tau..
kalau sesapa guna selain softbank dapatla kot..

 dua tiang besi ni menunjukkan ais yang telah jadi beku kat situ..
kalau perasan, kat gambar sebelah kanan, ada tiang yang terpacak di belakang tiang yang berais tu..
nanti tiang tu jugak akan disaluti ais..

 
ni gambar baru nak turun ke tasik beku di bawah..
tak sampai 10 minit keluar dari kereta, air hidung sudah mengalir laju keluar dari hidung..
kepala tiba-tiba sakit sebab suhu sejuk sangat..
dan waktu nak turun ke bawah ni la saya tergolek dog setelah 3 tahun berjaya tidak jatuh menempuh musim sejuk di sini..
sakit sangat vontot tau..memang tak boleh blah la sakit dia tu..huhu
waktu ni memang windy se"windy"nya..
sangat kuat, memang tak tahan sampaikan rasa nak menangis..
sapa boleh tahan ye tak kalau angin sejuk yang begitu kuat menyerang korang..ok,exaggerate sungguh
bagi sayala, kalau suhu serendah macam ni duduk dalam kereta atau dalam rumah saya tak kisah
tapi ni, open space yang selebar-lebar macam ni, rasa semua anggota badan jadi kejung.
itulah, nak sangat pergi ke tempat ni kan..rasakan..haha
yang tu khemah yang dipacak di atas tasik yang beku..
dan aktiviti diorang adalah memancing ikan siakap dan keli kecik-kecik adik beradik ikan bilis tu je..
selepas tu goreng je kat dalam khemah dan makan terus..

Mr K dah sampai bawah..anak-anak berkeliaran berlari di atas tasik beku..
Faeiz dah mula mengadu sejuk..tengok muka dia waktu tu, dah kemerahan..
semua orang waktu ni muka automatik jadi merah, mata berair dan hidung masing-masing mengeluarkan cecair..ekeke
Afiya mungkin waktu tu tengah mengalami kejutan suhu di badan dia..

 
Bergambar di sebelah khemah kami...ok,saya tipu, itu kami tumpang khemah orang je..haha
Mr K cuba memeluk Afiya seerat mungkin..gambar saya senyum senget sebab bibir dah mula kebas..
Amni waktu ni happy lagi, selang 5 minit dah mula mengadu sejuk sangat..
Gambar last saya kat sini sebab lepas je waktu ni terus lari-lari bawak Afiya naik masuk dalam kereta..
bila nak naik bukit untuk ke kereta saya tak lepas pulak..
sebab tangan sebelah dukung Afiya, lagi sebelah cuba menolak badan sendiri..
sampaikan ada nihonjin tu tolong tolak badan saya pun saya still tak lepas nak naik ke atas..huhu
last-last, ikut jalan lain, nasib baik dapat jugak naik..
eh,korang paham ke apa yang saya cerita nih..ekeke..tak paham takpo;p

 
lihat orang Jepun dan orang Melayu di gambar tersebut..haha
sangat berbezakan winter clothes kami..
diorang memang berbungkus habis, pakai baju yang memang bersesuaian dengan tempat ni
tapi, kami pakai baju macam nak pergi jalan-jalan ke shopping mall..
pasrah je la waktu tu duduk menahan sejuk..
nihonjin di atas tu dah nak balik, yang diorang bawak tu adalah kelengkapan khemah 
gambar adik manis bertiga tu adalah kohai kami..
sangat baik dan sangat rajin dan saya sangat manja dengan diorang..kahkah..
kalau setiap sabtu malam(kalau diorang free) 
mesti ajak diorang datang rumah temankan saya sambil makan dan makan..

 nampak tak lubang tu..
itu adalah lubang diorang duk korek untuk memancing..
yang sebelah kanan tu pulak adalah drill ais..
kedalaman ais pada waktu tu adalah 20cm..
gambar peta tasik ..
tak sempat bergambar di signborad yang kat atas sekali tu sebab masing-masing dah tak tahan sejuk nak balik rumah cepat-cepat..
kat situ ada je jual soba dan diorang kata boleh dimakan
tapi memandangkan kami semua ni Melayu sejati yang kulit tak tahan sejuk,
semua bersetuju nak balik ke Morioka dan makan sushi di kedai pakcik je..


pssst..petang sikit baru boleh BW insya Allah..
nak pergi hospital ada monthly check up budak tomei ni..
dan komen from previous entry pun saya reply kemudian ye..

17 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai suker yuki but ai x suka samuii sgt sebab kulit x tahan...ai rasa rahmat gak duduk kat sini x der la susah biler yuki turun etc....

Asmara said...

eh mancing ke tak ni? ingt nak tengok gambar ikan. hehe.. ikan bilis goreng tepung rebus ngan syoyu. sodap! :D

ADEEYA said...

Hee bestnyeee. Mcm mana memancing dlm lubang tu? Wonder plak.

cik norai said...

waduh2....itu adalah sangat sejukkkk

munna said...

ADUH...SEJUKNYA....

nur easy said...

subhanallah.. suka sgt gambar y first tu

E-na Zarina said...

adeiii lia mana bole nak tahan dressing tu dengan kesejukan suhu -12 to -15 degree....uuiihhh kejung laaa klu k.e-na yg ada kt situ...berangin plak tu....x tahan..

mood nak update blog sedingin cuaca juga lia...tu yg lama menyepi...

☾SHiemaCMa786☾ said...

adoila....
kak lia.. cma leh rase idung cma sejuk2 beku bila bc n3 akak ni..gi masuk snow house kt genting pun punya sjuk..ni kan pulak kt tmpt yg dah btl2 sejuk..

huhu... nice view!

lady lavender said...

hahaa..memang kalau dah sejuk sgt nak buka mulut pun tak boleh kan! Rasa mulut cam senget hiihi..

Alhamdulillah kami kat sini tahun ni tak sejuk mcm tahun lepas walaupun snow tebal. Setakat ni paling sejuk pun dlm -15 degree aje . Tu pun sekali sekala. Tahun lepas pernah mencatat sampai -30degree. Sah berkurung kat dalam umah aje hihi..

Kamalia said...

ayu:
ai tak suka sejuk..memang tak tahan langsung..ai sama dengan faeiz suka sangat duduk depan heater..kalau malam2 nak pi dapuq memang bercinta tau..

Asmara:
tak pun,tak sanggup makcik nk mancing kat sin..
eh nanti kalau jd datang, bolela pi sini..

Kamalia said...

adeeya:
nak mncing tu just cuma pacakkn jela joran tu..pastu tunggu ikan ngap umpan dan bolehla diangkat..mcm mancing ikan yg biasa2 tu je..hehe

cik norai:
sangat sejuk cik...memang tak tahan..

munna:
gagagaga...bunyi gigi :p

Kamalia said...

ena:
ekekeke..itula kak,ingat kan mmg bolehla pakai baju biasa je,rupanya memang tak boleh..
akak bz nak mengemas ke ni?dah nak balikkan..

cmashiema:
haha..hidung sume beku cma..balik tu siap hidung berdarah lagi tu..
tq..

Kamalia said...

easy:
Masya Allah.mmg cantik vew kat sana..

LL:
betul2..LL lagi la pulakkan..mesti tetiap kali keluar,mulut jadi senget ye tak..huhu
uwaaa..kalau kita konpem taknak keluar langsung dari rumah..sejukkk

lady zaini said...

errr...patut macam nak terbatuk-batuk..

tahun ni unik jugak sebab agak panas. So far paling rendah pun -30'C... Tapi mostly around -7'C to -15'C jer la. Errr, kira okla kan banding kebiasaanya -45'C :P

tak terdaya lagi nak bawak budak2 pegi toboggan semua. Kena flu virus, so demam on off jer 3 minggu ni ;( tumpang seronok tengok gambar orang jer la dulu

mrs kayrul said...

bestnya main salji..kalau dah tebal macam tue, maunya beku kalau lama2

Aziela said...

seronoknyaaaa......

Unknown said...

Adus..Kamalia... sampai ke Peu terasa sejuknye... sy jenis tak tahan sejuk mau brain freeze agaknye klau pergi sana... bestlah tgk salji tu... rs mcm teringin lak nak pergi Jepun... Berangan Mr HB dpt posting sana pulak lepas ni...hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...