Pages

Monday, 9 January 2012

Laksa Kelantan..


 
Salam wbt..ehem, muakla tengok laksa kelantan je kat sini kan..hehe. 1st time buat, sedap. Bukan saya yang kata sedap, orang lain..ewww, maleeww.:p Senang je ghupenya nak buat laksa ni, ingatkan susah. Tapi, saya guna ikan dalam tin je pun, ikan makarel dan tuna. Cari yang fresh, takdo sebab waktu tu memang winter holidays, nelayan pun cuti..


Eh, nak tanya, kalau kita baru bersalin*takdela baru sangat pun*, memang tak digalakkan makan laksa ye? kenapa, sebab apa? Sebab saya ingat dulu, waktu raya puasa saya makan laksa *Afiya baru 1 bulan lebih waktu tu*, kakak tu kata kalau dia, dia akan pantang makan laksa sampai anak dia cukup setahun..terperanjat saya tapi tetap belasah makan jugak..ekeke.

 sayur-sayuran..
 laksa beras takde..
guna udon pun sedap jugak
kawan saya kata kalau guna spagheti pun boleh;p


Laksa Kelantan
Resipi: CMG dapur tanpa sempadan

BAHAN KUAH LAKSA
5 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
1/2 camca besar gula*
1/2 camca teh garam*
Gula melaka sebesar ibu jari, dihiris*
2 cawan air*
1 keping asam gelugur*
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom (resipi asal tak letak)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah
1/2 inci halia

BAHAN LAIN
Laksa secukupnya (mat guna laksa segar)
Hirisan halus timun
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang (mat guna kacang buncis)
Sambal belacan ( 5 biji cili merah + 1 inci belacan + sedikit garam = tumbuk halus)
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi bersama air rebusan dan tapis. Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee laksa dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal belacan dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera....

14 comments:

Hanis Azla said...

sedapnya lia.. akak tak pernah rasa laksa kelantan.. selama ni akak ingat laksa kelantan tu laksam.. he..he.. klu laksam tu mmg akak suka makan..

♥cmª shIemª♥ said...

laksa kelantan...
x pernah merasa lagi...

nur easy said...

sy pun tatau apa sebabnya.. tp ada kawan tegur sy makan mee (dan segala adik beradik mee termasuk laksa), wpun masa tu dah 2 bulan kut bsalin...

izahdaut said...

mak mertua aku pesan laksa tak leh makan selama 2 tahun. nasib ler aku bukan penggemar laksa. tak elok laksa tu atas mee laksa tu. boleh sejuk2 kan tulang. ada yg bentan. tengok jugak atas individu kan. tu pesan org tua2. ikutkan aje. ngee.. tapi bila aku tengok laksa ko neh.. menjejes jugak air liur ai.. haishh

Amie said...

Kamalia...sedapnya laksa kelantan! suka sangat tang kuahnya tu...kalau makan mesti nak kuah lebih sampai tutup semua laksanya!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

bravoooo
finally jadi gak menu laksa uols khen....x tahan nak makan sangat last bikin sendiri puas hati ekkk
ai x pernah makan laksa kelate ni....nk try gak nnt ngeee

munna said...

munna suka sgt laksa kelantan..menu wajib hari raya rumah mil munna ni

Papa Mifz said...

tak pernah lagi mkn laksa kelantan...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

laksa kelantan ni mcm laksam la kan..
sesekali suka gak makan laksam ni..

sama la eija x pantang pun makan laksa, selesai pantang 60 hari dh boleh bedal laksa. tp itula kawan2 eija pun pantang laksa smpai setahun, diorang kata laksa ni angin, laksa tu yg angin, kuah laksa tu ok jerk..

Ucu Faridah said...

salam lia...lama x tinggal jejak kt sini...
laksa kelantan ni dgn laksam lain ke...
tp rasanya ucu ni x kira jenis laksa dr negeri mana...semua hantam aja janji sodap....
rajin lia ye....

Ati Masrif said...

salam kenal,

dtg dari bloh kak ros,

bila dah di perantauan ni
bila teringin ..tiba2 bleh
sajo nak masak dan sedap pulak ye..
tahniahlah..berjaya juga :)

suri solehah said...

wah..sampai kejepun sana org makan laksa kelantan..akak kat langkawi ni..teringin nak makan tunggu masa balik kg je hehe..

MaryaYusof said...

Sedapnye laksa... terliur tekak ni... ade jgk dgr org ckp bkn lepas pantang je, tp org pompuan xelok mkn laksa... tp saya belasah je...laksa tu feberet oooiii! pernah terbaca yg daun kesum, perempuan xelok mkn sb bole mengurangkan selera sex...serius! mungkin sb tu kot...errr, ntahlah...mungkin sb ikan kembong tu gatal kot...hehehee

So Shy Lady said...

akk pun mmng puas hati sgt2 klau msk sndiri, klau bli ada sj yg kurang, kan! byk komplain btul he..he..nk buat jugak...tngok lah nnti ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...