Salam wbt..hehe..tajuk macam biasa,harus poyo. ok, abaikan. Kisah last week sempena fuyu yasumi*winter holiday* kami pergi ke sini. Tempat percutian setiap tahun, lagipun dekat je. Dalam 40km dari rumah kami. Kalau tahun pertama tu kami siap bermalam kat sana tapi tahun lepas dan tahun ni pergi hari je. Sebab mak malas nak tidur kat sanakan. Tapi kali ni pergi agak tak best jugakla, sebab snow turun agak lebat, saya nak ambik gambar anak-anak pun malas. Ambik mana yang sempat je itupun guna aifon. Dengan dukung Afiya lagi, pastu tengok sampaikan bulu mata dia dah tebal dengan snow, cepat-cepat masuk pegi nursing room lepak kat sana.. Jom layan gambar..
sepanjang jalan kenangan ke sana..
Memang kena bawak slow melow, kalau tak boleh terbabas..
baru sampai..snow turun sangat lebat time ni..
Faeiq sampai tak nampak mata..haha
cuba cari kereta kami di mana?ekeke..mak pun tak nampak..
parking free dan parking space tersangat besar..
silap-silap tak jumpa letak kereta kat mana..
::yang tu cable car tuk sesapa nak main ski or snowboard
anak pompuan saya..;)
Faeiz yang waktu ni tak nak pegi main sori dah..
duduk dalam main kat sini je..ade play room.
jadi, kalau anak dah tak tahan sejuk, boleh la ke sini..
ada restoren Nirvana..kat bandar Morioka ade gak satu.
Nepal dan India mari.
cheese nan sangat sedap..kalau ayam dan mutton kena tanya dulu guna yang halal tak..
kalau tak halal dia akan bagitau..
tapi kami tak makan pun kat sini sebab dah bawak bentoukan..
ade yang bermain snowboard dan ski..
susah sangat nak bergambar dengan anak-anak ni..
:: Afiya tengah tidur..bungkus tebal-tebal takut dia sejuk..
Amni bermain sori *sledge*
empat gambar di atas gambar tahun lepas..
time ni mak mabuk kepayang..ekeke
ambik gambar pun tak banyak..
tahun pertama je saya dapat naik pelampung ni..
tersangat best uols..
lebih kurang macam main sori tapi ni kita duduk dalam pelampung..
bila turun dari bukit tu badan kita boleh melambung-lambung..
jangan risau takkan terbalik punya..
kalau Mr K rajin, nak ajak lagi pi bulan 2 ni..boleh main;p
macam ni la keseronokkan dia..hehe
Kalau di Appi Kogen ni, tiket nak masuk ke Kids Park sangat murah
*tempat korang mungkin lagi murah kot*
Macam last week cuma kena bayar 300 yen per head. Last year 500 yen per head.
Boleh main sampai beku..
Ski, sledge dan snowboard pun ade. Ambik je pastu mainla sendiri.
Tak payah sewa pun *tapi tak tahula lepas ni kena sewa ke..;p*
So, sesapa yang nak main kat sini, jomla datang umah saya..
nanti saya bawakkan..hihi*gelak manja*
16 comments:
sampai 'hilang' afiya dlm baju dia ya.. seronok.. xbkesempatan bw tn muda rasa main yuki ;)
Ur kids look so fun
Can't wait naik main yuki nnt
Wajib Adam main sori Mcm last year
Wahhh tersbt lebat yuki kt sana ngeee
BESTNYA MAIN SALJI.....
wahh teringin nk naik pelampung tu..huhu
Tgk pun dah tau sejuk..errr tak dapat bygkan...rsnye biarlah cuaca dingin2 sahaja...boleh beku...hehee... tp mesti seronokkan dpt jumpe salji... di sini jgn kata salji ujan pun boleh dikatakn xada...ermm...
fewit ada pelampung! lg best dr yoneski nih. :D
bestnya lia.. seronok tgk gambar2 tu.. nnt akak dtg rumah awak yer.. he..he.. entah bilalah tu agaknya..
nmpak sjukkkkkkkk btul uols ;)...akk suka sngt outdoor aktiviti mcm ni... syoknya tp blum pnh lg pgang salji bila la bleh pgg T.T
putih bersih! terasa dinginnya... terasa bekunya!
waduhhh....
oshem!
wee best2! menarik sgt tang naik pelampung tu...
Easy::
Harus kena bungkus tebal-tebal..iA,ade rezeki bawakla dia dtg sini..
Ayu::
Beselah budak2 klau dah jumpa yuki susah nak suh balik. Main sori haruslah kan tuk Adam.eh,cuba suh dia main snowboard ke ski ke mesti dia suka..
Munna::
Alhamdulillah masih brpeluang lagi.nnt dah balik taktahu bila lg boleh mainkn..
Anum::
Mmg best..kat skijou sana ade jugak kot.
Marya::
Hehe..mehla datang sini,boleh beku sama2..
Asmara::
weeee..kat yoneski takdo ko?takpe,nanti datang sini boleh main..
Hanis Azla::
ehem kak,datangla..saya terima dengan hati terbuka..
SSL::
Mmg best tapi saya boleh naik sledge dengan pelampung tu je..snowboarding n skiing mmg mak tak berani..huhu
Amie::
Memang bole beku kak..
Cma::
MasyaAllah mmg osem..
Hanis my::
Pelampung tu memang super duper best..
Weee...Sronooookkknyeee!
Post a Comment