Pages

Tuesday, 7 February 2012

Pavlova..


Salam wbt..pavlova mr lova- lova..ekeke..ok, ketinggalan jaman, baru nak buat dan baru nak merasa..Rasa sedap, macam yang diwar-warkan manis. Bila dimakan dengan buah-buahan yang di atas tu memang sangat sedap, manis campur masam manis buah..Tapi, kalau ada anak twins yang aktif bila makan ni diorang akan jadi hyper. Pitam menjaga tak nak bagi diorang terlompat sana-sini sampai terpijak adik yang baru nak belajar merangkak..huhu..nak suruh tido pun susah, dah jadi singa jadian baru nak dengar cakap mama..


Nak buat memang senang, sebab bahan-bahan yang guna pun sikit je pun. Resipi ambik dari Fazlinil Irma..terima kasih Irma, memang dia ajar step by step berserta dengan tips sekali. Ni saya letak resipi dari dia jugak untuk rujukan akan datang..Terima kasih dan halal resipi ye Irma..

Pavlova

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak
 
Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.



17 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mmg ur kids mmg active uols...meriah umah gituew...pavlova ek x der mood nak try2 lagik...nmpk sedap sgt...step nk buat pong senang

cik norai said...

auchhh....meleleh air liur.bila la berani nak buat pavlova ni hehe

アヌムちゃん said...

uwaaa nyummynyaaa.xpenah mkn lagi
xreti la nk buat
tkot x jd.huhu

MaryaYusof said...

Salam,

Uish, buat pavlova...mmg terror lah :)

Acik Erna said...

kamalia..nampak sedap tu..meriah dengan buah2an..acik simpan aje resipi dulu ye..kalau dah dapat beli bahan2 dan buah2an baru boleh cuba buat.

Asmara said...

wah dah menjadik pavlova nmpknya. cantiknya hiasan buat jualan pun ok sgt dah ni hehe.. (mata nmpk yen je) haha..

シャイマ said...

uuu cantik nyee! tapi tak minat sgt pavlova hehe penah makan kat delicious kot dulu tapi manis sgt.

Nur-nba said...

Kak.. sedapppppnya... Nak sikit.. :)

Nieda said...

Meriah dengan buah2 , mesti sedap.

Hanis MY said...

u takmo amek order ke? banyak i nak order dgn u ni, pengsan tgk pavlova! tak pernah makan pun asyik tgk kat blog org je haha...

azleen said...

Sedapnya... tengok pun dah tahu....

sabar kagawa japan said...

waaa cantiknyeee pavlova kak liaaa

♥cmª shIemª♥ said...

x pernah lagi mkn pavlova ni..
adoila...tgk cara2 nak buat pun pedih bijik mata.. :)

Lady Lavender said...

dah tengok Lia buat ni tingin jugak nak mencuba. Selama ni takut nak baca step by step nak buat pavlova ni. Terasa mcm susah aje, tp bila dah baca kat sini mcm tak susah sgt (errkk.ye ke? hihi..). Tunggu dtg seru dulu :-))

nur easy said...

garang rupanya dia ni ya.. hehe,.. hai x sabar nak baking2 n masak2 kat dapur sendiri..;)

Cik TeN10 said...

hahaha.. excited leompat-lompat sambil terpijak adik ?? ishkkk3.. mmg hyper betul lah dak2 ni ekk.. tp xpe. kak.. dak2 hyper ni cerdik.. banyak akal.. :)

sedapnya.. !

Ijah EmoTemo said...

teringin sgt nk mkn pavlova tapi tak jgk try nya hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...