Pages

Friday 24 February 2012

Selawat



Salam wbt. Sedikit perkongsian untuk hari Jumaat yang mulia ini. 






Bacalah selawat ini semasa solat dan di luar solat kerana dikatakan bahawa ini adalah selawat paling sahih dan paling tinggi fadhilatnya daripada segala selawat.


"Hantarkan selawat sebanyak-banyaknya pada hari Jumaat kerana selawat umat ku 
diserahkan pada ku setiap hari jumaat"


Dari Saidina Umar r.a, Nabi saw bersabda: "Bacalah selawat sebanyak-banyaknya pada malam bercahaya (Jumaat) dan hari bercahaya (Jumaat) kerana selawat mu akan disampaikan kepada ku dan daku akan berdoa serta beristighfar untuk mu". 


::via AnakkuSoleh.com Facebook ::



Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Mari kita berselawat..

11 comments:

ucubakery said...

Assalamualaikum lia....
Pagi2 ni dapat baca tazkirah rasa tenang, tq lia..

Hanis Azla said...

terima kasih atas ingatan dan perkongsian yg baik ini.. semoga amalan kita diterima olehNYA..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Alhamdulillah..
jom selawat.. :)

Ida,Japan said...

marilah sama2 kita b'selawat..manfaatkan hariJumaat yg mulia ini

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

n3 yang baguih di hari Jumaat yang mulia nie...selawat ke atas nabi

Sue @ Nenie said...

Salam...sama-samalah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...

Asmara said...

bacaan tahyat akhir ni kan. sehari kita pun dah 5x selawat gitukan. Alhamdulillah...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kamalia..Jom berselawat!!

suri solehah said...

tqvm lia sudi kongsi,akak ni kena banyak muhasabah diri..kadng tu terlalu leka....baca entri gini mcm terjaga skit huhu

munna said...

thanks fir sharing kamalia

Cik TeN10 said...

Besar ganjaran berselawat kn.. Sma2 kita amalkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...