Pages

Wednesday, 15 February 2012

Portuguese Egg Tarts


Salam wbt..Egg tart kegemaran ramai. Saya rasa last saya makan zaman anak dara kot. Lepas kawin sampai la ni memang dah tak beli dah. Kalau dulu memang hantu egg tart. Selalu beli kat bakery tu, ntah tak ingat la apa nama dia..yang pasti kedai dia warna hijau. 


Bila buat ni last week anak-anak semua suka. Dapatla 12 ketul, itupun tak cukup jugak..haha. Ok, takpe, arini buat lagi. Puff pastry ada 2 keping lagi, dapatla 12 ketul. 

puff pastry saya guna jenis ni..
boleh dibeli di Gyomu Supa..
sangat murah, tak ingat berapa..dalam 198 yen @ 218 yen..lebih kurang macam tula..
boleh dimakan, tengok kat link ni..terima kasih adik Kamilah yang menjalankan tugas..


Portuguese Egg Tart.
          : all recipes.com

Bahan-bahan (5-6 biji)
  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus- klu tk suka manis leh kurangkan sedikit
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawanWhipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract
Cara-cara
  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan kacau sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.(saya masakkan dulu bahan-bahan tadi hingga jadi pekat)
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu. (saya akan gulung jadi loaf lepas tu baru potong 6 bahagian. Kemudian baru diletak kat dalam acuan)
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dlm tin muffin@alumminium cup@acuan tart shell.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.

14 comments:

nur easy said...

sejuk2 makan pastry ni mesti cepat laku..;)

Cik TeN10 said...

egg tart !! nyum3 nampak sedap la kak..

TopsyTurvyMum said...

SUkaaa..
Mudah dan sedaappp!!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kamalia...nampak sedap,pastu mudah jer menggunakn puff pastry..klu lapang2 & anak2 blk bercuti leh cuba.Mintak izin copy tesepi ya :D

♥cmª shIemª♥ said...

suka jugak mkn egg tart..
tp x pernahbuat sendiri lagi..
ade lebih lagi tak...? :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

tadah plate
siler la letak 5 ketul kat ai
fav ai gak ni
isyyy tgk uols buat baru sedar dah lama x bikin tarts la

munna said...

MUNNA PUN HANTU TART...TAPI KLU FRUIT TART LAGILAH MUNNA SUKA

Asmara said...

murah! selalu pastri plastik merah tu mahal 599! kalau offer pun pernah dpt 298yen. masa tu cepat2 sambar sampai 4 bungkus. kene masuk gyomu lg la. dah pegi haritu kat sini, jumpa santan halal, fries halal. hehe.. best2!

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum,
suka egg tart^_^ thanks for the recipe..

Acik Erna said...

assalam kamalia,,puff pastry tu ready made ke lia yang buat.

So Shy Lady said...

ssl pon slalu gak m oder egg tart KFC. mkn sorang2 je, tamak hahha bestlah, rs nak cuba buat er...bila ntah ;P

ijayuji said...

Salam lia!!! egg tart dulu2 kita suke makan! skrg ni tak tahu boleh suke ke tidak hihihi tp suke mencuba nak buat sbb kita dah jumpa pastry yg halal!!!!!!! :D ada lagi tu tak terusik ntah bila nak guna tak tahu kikiki...

MaryaYusof said...

Salam Kamalia,

Egg tart ni mmg faberet nih! Kedai warna hijau tu Bakery cottage kot...cara buat mcm senang, nak try sekali tak jadi mesti kena gelak dgn hubby...hehehe...

Yg post WW tu case dismiss :)

Ida,Japan said...

ehhh...murahnyer pastry cap yg ni....k'ida selalu belu yg palstik merah tu jer..mahal
dh lama nk buat menda ni, tapi dok dlm list ja dh lama k'ida ni lia..sedapnyer, sikit2 tak cukup umah k'ida ni lia, kena buat 2 pkt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...