Salam wbt..Afiya dah 7 bulan baru nak publish entry ni. Mengambil masa hampir 2 bulan untuk mengarang cerita..haha..Salah satu kenangan untuk masa depan. Lagi pun bersalin kali ni memang berbeza sangat dengan yang 2 sebelum ni..Entry yang panjang, sila sediakan biskut hup seng dan teh o untuk di makan..Kalau tak nak baca pun takpe, saya tak kisah..hehe
Rabu 6.7.2011
Dari petang tu saya dah mula rasa contraction. Contraction tu pulak tak konsisten, sekejap 5 minit ...sekejap 10 minit. Bila dah masuk tengah malam, lagi kerap dan kuat. Mr K dah tanya nak pergi hospital ke? Saya kata takpela, tunggu esok pagi je baru pergi. Lagipun dapat rasakan tak bersalin malam tu. Yang pastinya malam tu saya memang tak tidur langsung sebab contraction sekejap kuat, sekejap mild. Dah pukul 5 pagi baru dapat tidur sekejap sebab terlampau mengantuk.
Khamis 7.7.2011
Pagi-pagi lagi dah ke hospital. Orang memang tak ramai, jumpa midwife. Midwife suruh duduk kat bilik khas tu dan pasang CTG nak tengok graf contraction dan heart beat baby. Duduk lama, pastu boleh pulak time tu sakit contraction tak tinggi sangat. Midwife tengok graf tu dia kata tak bersalin hari ni, mungkin esok. Pastu jumpa doktor saya, Kasai Sensei, dia check opening, baru 3cm. Doktor suruh balik, kalau sakit bawak la jalan-jalan. Saya waktu tu kan, eh, biar betul doktor ni suruh balik, kalau kat Malaysia dah kena tahan ward, tapi balik jugakla.Takkan nak nangis-nangis suruh dia tahan wardkan. Balik pegila Jusco untuk jalan-jalan.. Malam tu dapat jugak tidur lena sebab penat tak tidur malam sebelum tu kan.
Jumaat 8.7.2011
10-11am
Ke hospital lagi tapi kali ni yakin yang akan bersalin hari tu jugak. Bila check, doktor kata 4 cm to 5cm dilated. Siap tanya lagi nak balik ke nak terus duduk ward. Saya memang dah malas nak pergi balik kan, terus kata nak duduk ward.
12-2 pm
Waktu ni dah masuk ke labor room tapi duduk kat katil yang memang khas untuk menunggu la kiranya. Labor room dekat je dalam 10 langkah macam tula. Siap tukar baju semua, diorang bagi makan. Mr K sibukla uruskan admission form dan bab makan saya kat ward nanti. Proses ni semua buat kat dalam bilik tu je, tak payah nak pergi kaunter pun. Memang pihak hospital dah bagi awal-awal form yang perlu kita isi, jadi nak bersalin tu kita bagila balik form tu kat diorang. Makan pun tak berselera sangat waktu tu tapi kena makan jugakla nak kumpul tenagakan. *baru teringat, saya terlupa nak makan kurma yang memang dah standby dalam beg* Siap makan, Mr K nak balik rumah. Nak mandi dan nak solat sekali. At first midwife tak bagi balik. Memang sepanjang waktu saya sakit hingga bersalin Mr K tetap setia menemankan saya. Jadi RTM (teman setia anda) sungguh dia..haha.. Bila Mr K dah sampai dia hantar saya pergi toilet, nak ambik wudhu untuk solat zohor. Susahnya waktu tu nak berjalan, nak ambik wudhu. Contraction yang kuat sangat. Bila nak basuh kaki tu kena basuh kat sink, so terpaksa la angkat kaki. Memang nak nangis rasanya nak angkat kaki tu, tapi nak tak nak, kena kuatkan jugakla..huhu
2-4pm
Midwife ajak saya berjalan bagi cepatkan lagi proses bersalin tu. Bila berjalan tu dia pimpinla tangan saya, bila rasa sakit je, dia akan gosok belakang saya. Baikkan midwife kat sini. Lama jugakla dia bawak saya berjalan, pastu Mr K pulak ganti. Pastu rasa tak best pulak berjalan, balik bilik. Bila balik bilik, sambung baca surah Maryam pulak. Saya ingat lagi, disebabkan contraction yang kuat sangat, sampaikan doa Nabi Yunus tu saya baca jadi bercampur aduk dengan surah Maryam..haha. Gelak-gelak saya time tu cerita dengan Mr K. Ya Allah, waktu tu memang sakit yang teramat. Unbearable sungguh sakit dia. Sampaikan rasanya waktu tu hilang sekejap kewarasan. Kami tanya midwife tu kenapa tak nak pecahkan air ketuban? Dia kata biar bersalin secara natural, jangan dipaksa baby tu keluar..Bila nak pecahkan? Dah nak bersalin (fully dilated;10cm) baru diorang akan pecahkan...uwaaa..
4.15-5pm
Nak ambik wudhu. Waktu tu dah terasa macam nak terberak (rasa macam nak meneran), cakap dengan midwife. Midwife kata belum nak bersalin lagi tu. Saya nak solat asar, pastu terasa macam nak meneran lagi. Pergi toilet. Takde pulak rasa tu. Cakap dengan Mr K, pastu midwife check. Dia kata baru 7 cm. Saya tanya dah boleh ke pecah air ketuban ni? (tak tahu kenapa saya sibuk nak pecahkan air ketuban tu..haha)..belum lagi. Dalam pukul 4.45 pm macam tu saya rasa dah tak tahan sangat dah, Mr K tekan call button tu sampai 2 kali. Berlari midwife dengan nurse datang. Bila check dah bukak 9cm..Terus diorang suruh saya berjalan ke labor room. Walaupun dekat je kan, tapi nak sampai tu rasa macam tak tersampai je sebab duk menahan sakit contraction..
5-5.32pm
Baring atas katil, pasang CTG nak tengok graf..Tunggu pulak doktor saya datang. Midwife pulak baru sibuk nak susun alatan perang kat tepi tu. Saya waktu tu pulak pikir bila la nak suruh saya push ni, tak sabar punya pasal.haha.. Rupanya midwife tengok je graf tu naik *contraction yang sangat kuat* terus dia pecahkan air ketuban saya. Suruh saya push. Sebelum tu saya dah pesan dengan Mr K ingatkan saya supaya curi nafas*salah satu teknik pernafasan yang hanya saya je paham..ekeke*. Push yang pertama lebih kepada meneran berak je..haha lagi. Push lagi sambil tu dengar Mr K cakap curik nafas mi..curik nafas..Tak lepas jugak. Pastu bila contraction datang lagi midwife suruh push lagi. Waktu ni pun tak lepas tapi Mr K tetap ampu badan saya dan pegang tangan saya. Bila dah terasa lagi sakit tu memang saya teran sekuat tenaga la sampaikan Mr K kata, dah mi..kepala baby dah keluar dah. Alhamdulillah..
5.32-7.32pm
Untuk keluarkan uri tu, midwife cuma tekan je perut saya. Tak payah nak push lagi pun. Memang agak sakit sikit tapi yang penting bukan sakit contraction. Dah habis tu, dia kata kena jahit sikit. Waktu ni baru doktor ambil alih. Sebelum tu doktor yang check baby, paru-paru dan jantung. Doktor kata tak banyak pun kena jahit, tapi saya rasa macam banyak je sebab lama sungguh dia duk menjahit. Mungkin dia buat teliti sungguh kot sebab Japanese ni memang terkenal dengan sikap teliti dan kemas. Lama tu sampaikan kaki saya yang berbalut dengan stokin pink sampai lutut tu, menggigil la sebab lenguh..haha. Dah siap jahit semua, midwife datang. Check BP saya, suhu badan. Lapkan badan saya. Malu ai waktu tau...awww..Dia bagi minum air kosong*air kosong je, bukan hot choco..huhu*, pastu suruh rehat kat situ selama 2 jam..
Dalam 15 minit lepas lahir, baru Mr K dapat azan dan iqamahkan Afiya sebab nurse kena bersihkan dulu, pakai baju siap2. Nurse bagi kat saya suruh menyusu kan Afiya, pastu baru diorang bawak pergi ke nursery.
Saya ternampak uri Afiya. 1st experienced jugakla.Waktu tu dia dah masukkan dalam plastik nak bungkus dengan kertas. Memang besar. Actually uri kat sini tak boleh bawak balik sebab sebarang organ dalaman memang tak boleh bawak keluar langsung. Jadi sisa klinikal dan akan dibakar.
Fakta:
:: bersalin (normal delivery)kat sini memang tak dibenarkan ambik sebarang ubat penahan sakit..Biar secara natural. (kalau kat hospital lain saya tak tahu pulak)..
:: sepanjang saya stay di hospital selama 4 hari, 1 hari hanya ada 1 kelahiran je..memang doktor dan nurse tak sibukla..
:: cost bersalin ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Jepun (maximum cost:420,000 yen)..lain prefecture mungkin lain procedures dan berbeza total cost..
:: selepas bersalin digalakkan duduk di hospital selama 6 hari (normal delivery) dan 10 hari (c-section) untuk memastikan ibu-ibu semua dapat rehat yang mencukupi sebelum pulang ke rumah dan meneruskan kehidupan yang pastinya lagi super duper busy..macam sayala tu..hehe
::tak ingat dah apa lagi, nanti kalau ade lagi, saya update okay.::
21 comments:
Lain ek style org jpn ni
Dulu ai ms darah kuar sket terus gi KMC even x sakit but bila check dh 2cm terus tahan then theyols x kasi mkn sbb Selalu Kasi ubat boh kt vontot nk Kasi berak
Owh bab2 lap badan tu darl take over hikhik nk rasa gak pengalaman bersalin kt cini doakan ai k @_@
kak liaa cost ditanggung oleh kerajaan jepo tuh yg syok...sy kt sini....package utk checkup shj dah 5k...normal delivery 7k....ceaser 9-12k....tuh tgk plak bilik mcne..kalo bilik private tmbh lg 2k...lom masuk cost kalo baby sakit..up lg setiap masalah 1k...semua ditanggung sdn bhd...fuhhhh jenuh nk kumpul duit...tp checkup die alhamdulillah setakat ni bagus dan detail...hny doktor pakar shj yg cek setiap kalo jmp..everything gune pakar..akak pnh ade pengalaman uri kt bwh x? arituh kite uri duk kt bwh...skg dah naik..tp isau plakk time bersalin nnti..
eija suka baca pengalaman org bersalin sbb masing2 merasai pengalaman yg berbeza2 kan w/pun org tua2 selalu ckp sakit nk beranak ni sama jerk..huhu
eija baca n3 ni eija plak yg rasa ngilu n rasa mcm nk teran..hehe
teringt pengalaman sndiri masa nk bersalin 2 hero dulu :-)
hoho..rasa cuak nak bersalin>.<..
skang baby sye songsang..doktor kte kemungkinan bsr kena c-section..huhu..tpi sye nak brsln normal..jadi skang ni tgh berusaha wat senaman tok betolkan posisi baby:DD
baguslah sis ada pengalaman bersalin kat oversea..lain dari kat m'sia.
kat sini punyalah ramai org..especially kat hosp.gov.
smpai tcampur surah yunus n maryam...saat yg amat mcemaskn neh. bagus jg lama dithn d hospital. kat sini spital swsta klau bleh lps bsalin trus suh kita blik sbb nk amik patient baru plak :(
sempat routine checkup je sampai 8bulan..apapun seronok dan ada juga check y pelik spt osteoporosis.. rasa cam tangan kena fotostat masatu... hik2..
seronok kan kos bersalin ditanggung penuh..;)
erkkk.. kena jahit ? OMG.. sy dgar jarum tu dh meremang tau.. doc nk cucuk msa kt skolah dulu pn dh terketar2 apatah lg nk kena jahit !! seramm !! huhu
Punya sabar org Jepun ni.
Kalau akak ( 3 di swasta), cepat je pecahkan air ketuban utk cepat bersalin.
i likeee this entry, eee seram la pulak wuwuwu takut uuuu... apapun i berharap sangat semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya...
sebak baca n3 ni...mcm tu lah mak kita melahirkan kita kan...
tapi sakit contraction tu mmg sampai bila2 pun takkan dilupakan...
Bila baca entry orang bersalin saya yg sibuk nak baby rasa ngeri pulak *kawin pun belum sibuk nk baby huhu hee. :) tp mesti best kan :)
salam kak lia..
wahh..ugigih cma baca sampai abes..
best baca..
rase cam nak mengandung ngan bersalin jer lagi.
*huahuahua*
perghhhh..sakitnye cntrction tu hanye kite je yg tau kan..
emm...setiap wanita pasti akan ada experience ni bila dh kahwin...ada yg sukar, ada yg mudah....sakit tetap la sakit, cuma bukaan tu jer amik masa lama/tak..k'ida exp..ada yg sekejap, ada yg lama tuk kuar baby..kt satu hospital tmpt k'ida ni diaorg boleh reguest wat balik uri tu..
lia psl ciskek merekah tu..k'ida tak der la petua sgt, cuma suhu bakar jgn panas sgt..
huhu.. sekurangnya dpt merasai pgalamn di negara orang kan..
lya xde igt sgt msa mgandung..sbb spnjang mgandung dulu koma.
best merasa jugak sakit2 semua tu, exp yg menarik kan. akk ni mcm robot semua dah siap diatur, kita cuma serah diri je. tp tang service mmg tip top la, teringin nak beranak lagi kat jepun. huahuaha...
Klu ada rezeki..aku teringin Nk bersalin kt sini..konon2 nk bwk baby made in japan..hahaha..tp bila fikir bab bersalin natural tanpa apa2 ubat tahan sakit..aku jd ngeri..huhu.Nuha dulu pun aku "dipaksa" ambik epidural sbb preeklamsia..
# sila tiup2 skit aura ko kt aku..aku berangan nk kembar gak barang sepasang dua..ngengenge....
Menarik entry ni, sy baca sehingga titik noktah yg terakhir... nyilu kat perut...hehehe....
Experience yg mesti kamalia tak mudah lupakan, betul tak?
Nak tnya mknanyg hospital hidangkan tu halal tak? curious jgk... mana tau kat sini nnt terbersalin, mcmanalah aku nak makan ni...huhuhuuu
kak, punya lamaaaa sy tak jenguk blog. haha..
abis blog org arini sy geledah. ;p
serammmsss serius baca entry ni. hoho. pls bg tips lagi. dah la dulu amik epidural.bsalin kt spital swasta kan.ishh.. serams memikirkan dh la nk besalin kat sini gak nnt!
Huhu.lain plak klau dkt australia lhirkan aryan danial. Ok la.slmt mnjdi ibu ye.
assalam kak.
br usha2 psl bersalin di jepun, trus jumpa blog akak dlu. menarik pengalaman akak bersalin di jepun and free sponsored. tp boleh sy tahu akak duk area mana? prefecture tu dlm tokyo kah?
husband sy kena transfer ke jepun setahun, dan kami tgh survey2 info psl bersalin di jepun (hoho..dok bw perut dh nih). tapi area yokohama port, dlm tokyo. akak ada info lain kawan2 yg penah bersalin di jepun and harga ke kak? lg 1 akak bersalin di hospital apa? nama apa?
sy.tak.penah.smpi.jepun.lagi.
Post a Comment