Pages

Friday 3 February 2012

Hafalan Shalat Delisa

Salam wbt..Sesapa yang dalam friend lists dengan saya kat fb nun, memang perasan la saya duk update pasal movie dari Indonesia ni hari rabu aritu..Memang sedih sangat cerita ni dan sangat best..Serius saya tak tipu..:D

Jom saya buat review sikit ye..Kisah ni mengisahkan adik Delisa yang tinggal  di perkampungan Lhok Nga di Aceh. Kampung ni adalah salah satu kampung yang teruk dilanda tsunami pada tahun 2004. Kenapa di beri tajuk Hafalan Shalat Delisa? Sewaktu Delisa tengah membuat amali hafalan solat di depan Ustaz dan kawan-kawannya pada waktu itulah tsunami datang melanda ke kampung itu. Jadikan, orang lain semua berlari untuk menyelamatkan diri, tapi Delisa masih berdiri tegak untuk meneruskan amali hafalan solatnya. Memang pada waktu tu Delisa je yang tinggal dalam kelas. Selepas tu bermulalah babit-babit sedih dalam cerita ni. Macam mana Delisa menangani kenyataan yang kakinya kena potong, macam mana dia bersikap positif tentang kehilangan kakak-kakaknya dan disebabkan sifat positifnya tulah membuat kawan-kawan dan orang ramai yang tinggal di kawasan perlindungan rasa terhibur dengan sikapnya itu..Cuma dihujung cerita baru dia meratapi kehilangan umminya.

Lagu tema untuk cerita ni sangat best, syahdu dan sangat bermakna liriknya. Dengar lagu je pun dah nangis-nangis. Saya sangat rindu dengan mak saya sekarang ni . Bila dengar lagu ni konpem rasa rindu tu semakin membuak-buak..:(

Bagi saya yang jarang menonton cerita Melayu *serius, dah lama saya tak tengok ceria Melayu..ombak rindu pun tak tengok, seingat saya yang last saya tengok adalah Hantu Kak Limah..ekeke* ini adalah salah satu movie yang harus ditengok oleh semua. Cerita ni kalau nak diikutkan sangatla simple dan tak berat pun tapi mesej yang cuba disampaikan tu sangat menyentuh kalbu dan perasaan saya ni.

Ini antara babak-babak yang saya sangat suka..:-
1. minit ke 14..."ummi, Delisa suka dengar bacaan solat ummi"..lepas tu ummi jawab "iya sayang, bacaan solat semuanya indah-indah belaka" Ya Allah, waktu tu berderai air mata saya dan mengalir non stop..sungguh indah dan sungguh bermakna...
2. minit ke 14.23.." Delisa cinta ummi kerana Allah"..Subhannallah..itu yang sepatutnya kita patut ajar hati kita dan anak-anak kita tentang keikhlasan tanpa mengharapkan balasan dari orang lain. Ingatlah sesungguh semua di dunia ini adalah pinjaman dari Allah.
3...4...banyak lagi yang menarik dan best dan saya rasa lebih elok kalau kawan-kawan yang tengok sendiri dan rasai kelainan movie ni.

full movie boleh tengok kat sini


Lagu Ibu-Rafli
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)



ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)

“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”


maaf, semalam memang tak sempat BW..entry semalam pun memang draft yang dah peram lama, tunggu untuk publish je. AInsya Allah, hari ni saya cuab BW macam biasa naa..

16 comments:

nur easy said...

dah download, belum tgk lagi.. tentunya menyentuh hati dan byk pengajaran kan

Chik Mimi said...

akak pun belum tgk lagi tapi dari citer lia nak kena download ni macam sedih aje,dah tu tengok sorang2 time tengah malam feeling abis nanes pun sorang gak hahahah

Ida,Japan said...

slm lia....k'ida jarang tgk movie sbb kalau dh mula tgk jd berantu...mesti nk terus tgk dan tgk movie2 yg lain, lepas tu habiss kerja terbengkalai
pssst:pasal tepung suji tu, k'ida beli kat kedai KALDI kt sini...kt situ byk brg makanan import, tapi tepung suji ni mmg 100%..

Cik TeN10 said...

best kan ?.. sy betul2 kagum dgn penerbit filem tu.. jalan cerita yang simple tp penuh bermakna.. ahaa sy mmg nangis je layan cite tu.. tgk pulak sorg2 mmg feeling abes la.. nak2 dgar lagu tu.. lg la laju je air mata ngalir.. sy download terus cte ni nk buat koleksi.. :) nt boring2 boleh tgk lg..

Nadiah Sidek said...

nadiah pun ingat nak tengok juga cerita ni tapi tak tahu lagi bila dapat tengok..huhu..

ucubakery said...

ucu x sempat lgi nk nonton..nanti nk download, blh nonto masa lunch...

Rindu dgn bonda ye....sabar3...

ADEEYA said...

Rasa nak tengok pulak cerita ni :)

eija_sweetmama said...

oh best ye, nnti ada masa nak jgk layan..nk tgk skrg tp slow la pulak pc kat opis ni..

bila di perantauan ni msti la rindu sesangat ngan mak kan..

anumuchan said...

waa nak kena tgklah cmni.rmai dh org review ni.huhu

☾SHiemaCMa786☾ said...

bc sinopsis ni mmg agak sedih..
huhu..

nk download nnti .. :)

Kakzakie Purvit said...

Membaca N3 ini pun kakak dah rasa tersentuh walau tak lagi menontonnya...

Rindu mak pasti dirasai oleh kita selalu, tapi kalau masih ada beruntung lagi boleh dijenguk, kalau dah tak ada macam kakak nie, doa saja sebagai pengiring..

Unknown said...

tak tgk pun citer nih...huhu

anumuchan said...

dh tgk smlm cite ni..sedih la cite ni.tapi x smp keluar tisu.hik2

byk pengajaran boleh dpt dr cite ni kan..

umie said...

Bestla citer ni, tp x sanggup dengar lagu tu...teringat arwah mak.

Unknown said...

Dah tgk cite ni... Oklah,. takdelah Indo tok tok sgt...hehehe...

Acik Erna said...

kamalia//acik baru dapat tengok separuh jalan..tu pun dah meleleh2 air mata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...