Pages

Wednesday, 29 February 2012

Tuna Heart Bun..

Untuk minum petang..jom makan tuna bun berbentuk lebiu..hehe


Resipi macam biasa guna Basic Dough Kak Nor..dan untuk buat shape ni saya tengok dari Quinns Baking Diary..kalau nak senang boleh je tengok kat bawah ni nanti..Anak-anak pun suka sebab ade lebiu ni kan..Saja kononnya nak pelbagaikan bentuk bun. Untuk filling bolehla guna tuna yang cukup untuk bun ni lepas tu campurkan dengan mayonis, black pepper, bawang dan juga dried parsley flakes..

ni untuk Hang Kamil..;p
lebiu.. ^_^

ini saya ambik dari fb nun..dari umyrah @ creamybites.
membantu jugakla..
setiap bun tu saya timbang jadi 60g..
picture no.2 tu kita bentukkan jadi macam tu lepas tu potong ditengah-tengah hingga 3/4 dari panjangnya.
n0.3 bentukkan jadi macam huruf "V"..dan bolehla dibentuk jadi heart..

Kak Nor, saya letak sekali lagi resipi basic dough ni kat sini..terima kasih..
BASIC DOUGH my style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


Sepatutnya semalam, tapi kena buat hari ini..

Salam wbt.. sepatutnya publish ni semalam tapi disebabkan disaat akhir daku mengarang entry ni tetiba dapat panggilan hayat kena jadi kaunselor tak bertauliah, tak dapekla publish..nampaknya kat area kanto snowy pagi ini..kami tak pulak tapi macam biasa suhu masih lagi gagaga..ok, layan gambar ambik dari iphone..petang sikit baru cerita kisah lain pulak..

  saya suka ambik gambar weather forecast..
yang uniknya ni, cuba tengok sebelah kiri, itu menunjukkan snow yang turun sangat lebat..
sampaikan kat bahagian atas tu dibuat seolah2 salji tebal berkumpul kat situ..
ni hari sabtu lepas..memang dari subuh sampai tengah hari turun lebat..
dan sebelah kanan pulak dalam pukul 2 petang gitu..
masih turun lagi tapi takdela selebat mana..
boleh nampak kan forecast yang dibuat snowfalls tu macam tu je..
selalunya macam ni la, snow yang akan turun jadi macam sebelah kanan tu je..

ini pulak semalamnya punya forecast..
gambar sebelah kanan tu selalunya agak lambat dia nak update..
tu sebab masih ade lagi gambar bulan, tapi suhu memang waktu tu -11..
sebelah kiri pulak pada pukul 10.55 am..masih lagi -8..
dan sepanjang hari semalam cuaca mendung je..
dan hari ni pun masih mendung lagi..


                                                                       
gambar hari sabtu lepas..hanya diambil menggunakan iphone je..
setiap hari sabtu memang keluar, nak beli barang dapur..
ni gambar sepanjang jalan..
sayang tau, gambar waktu ni cantik sangat, tapi kalau ambik dari dalam kereta ini jela hasilnya..
saya takde la sefanatik mana pun, nak turun ambik gambar bagaikan..
haha..tak koser mak..;p



ini gambar jentolak yang membersihkan salji..
ni untuk bersihkan di bahagian tengah jalan raya..
kalau kat tepi jalan pulak, jenis lain..sori, gambar tak berapa nak cantik letak kat sini..

icicles on roof..;D
orang tu pi cabut lepas tu suruh ambik gambar dia pegang icicle tu..
Hang Kamil dan Taming Sari..;p
Afiya excited bila babah dukung dia macam ni..

Nasi Lemak daun pisang.
sedapnya korang, memang dah lama tak makan..
ada pisang goreng lagi..
nomnomnom..

Monday, 27 February 2012

DagAwBerLip..^_^

Salam wbt..

Takde mood nak upload gambar, banyak entry yang tertangguh. Yuki Matsuri dah 2 minggu basi, soubetsukai pun cerita dah basi, gambar makanan apetah lagi..Arini cerita tanpa gambar la ye..

DagAwBerLip bukanlah bahasa Thai pun, apetah lagi bahasa Rusia. Ni adalah bahasa singkatan ciptaan manusia yang jeles dengan bini dia..haha..

Semalam dalam duk menggodek header blog tu kan, orang tu baru balik lab. Pastu sambil dia layan anak dia sambil tu tengok bini dia buat keje..Tetiba dia cakap...

Laki: Mi..DagAwBerLip..
Bini: Apa bi?..
Laki: DagAwBerLip..
Bini: ...(blur)..Apa dia bi?..(sambil tu cuba berfikir adakah dia mengeja dalam bahasa jawi..terus pikir      ok, huruf Dal, (terasa macam dengar dia sebut Dal rupanya Dag) Aw..eh, Aw ke Wau..yela, kadang-kadang taknak anak tahu, kenla la mengeja..)
Laki: DagAwBerLip..(sambil senyum-senyum) 
Bini: Ei..apa dia? tak pahamla..
Laki: Tak paham ek...hahaha..Dagu Awak Berlipat..
Bini: grrrrrrrrrrrrrrrrrr ...takpe..takpe..dendam..

Ok. ini je cerita hari ini..hehe
Entry yang tak berilmiah..terima kasih sudi membaca..ekeke.


Sunday, 26 February 2012

Terasa sangat 'terel'..hohoho

Salam wbt..

Cantik tak header baru blog ni?

huhuhu..

Tak cantik takpe, tapi saya tetap suka hasil kerja saya sendiri..*perasan sungguh..haha*

Godek-godek hasil terjumpa tutorial kat blog minah saleh..Rupanya senang je nak buat header yang simple macam ni..benda simple dari pilih gambar lepas tu edit pastu siapla ;p

Ye, tahu tak sehebat dan sekreatif macam korang punya header..tapi, tetap bangga tau..haha

ok dah..babaii.*weekendkan, mana boleh update blog..hehe*

Friday, 24 February 2012

Selawat



Salam wbt. Sedikit perkongsian untuk hari Jumaat yang mulia ini. 






Bacalah selawat ini semasa solat dan di luar solat kerana dikatakan bahawa ini adalah selawat paling sahih dan paling tinggi fadhilatnya daripada segala selawat.


"Hantarkan selawat sebanyak-banyaknya pada hari Jumaat kerana selawat umat ku 
diserahkan pada ku setiap hari jumaat"


Dari Saidina Umar r.a, Nabi saw bersabda: "Bacalah selawat sebanyak-banyaknya pada malam bercahaya (Jumaat) dan hari bercahaya (Jumaat) kerana selawat mu akan disampaikan kepada ku dan daku akan berdoa serta beristighfar untuk mu". 


::via AnakkuSoleh.com Facebook ::



Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Mari kita berselawat..

Thursday, 23 February 2012

Afiya # Cerita Minggu ini

Salam wbt..hari ni mama nak cerita pasal saya lagi. Kakak Amni dan abang-abang saya hari ni ponteng sekolah. Babah takde jadi diorang duduk rumah je. Mama kata kena cerita cepat-cepat sebab abang-abang ni dah bising nak main "Umizoomi game mama..Umizoomi game mama.."

sebelah kiri: ni 1st time saya boleh berdiri hari isnin aritu.
saya berdiri dengan berpaut pada tepi meja dulu lepas tu terus tegakkan kaki..
saya tengok mama lepas tu saya sengih-sengih je..
terus mama ambik gambar saya dan upload kat Fb tunjuk kat babah saya..
lepas tu banyak kali saya cuba berdiri sendiri..kat dapurla selalunya..
yang baju pink tu pulak semalam..
mama tinggalkan saya sekejap bila mama masuk ke dalam bilik mama tengok saya dah berdiri macam ni..
terus mama kaat bahayalah Afiya..
nanti kalau mama takde jangan buat macam ni lagi tau..
saya dah banyak kali terhantuk kat meja tu..sebabnya saya suka berdiri macam ni la..

saya suka main dengan apa yang orang dalam rumah ni selalu pegang
saya suka main dengan iphone mama dan babah..
saya suka main computer keyboard..
saya suka main computer mouse..
tapi mouse tu mama kena keluarkan dulu bateri dia 
sebab takut saya duk masukkan bateri ke dalam mulut nanti..
saya tak suka dengan toys yang mama belikan untuk saya..

ini pulak kejadian malam tadi..
mama baru buatkan susu untuk kakak dan abangs saya..
terus saya pergi dengan laju ambil susu diorang..
saya  hisap puting botol tu tapi saya tak suka susu tu..
tak sedap macam susu mama..
mama kata jangan tamak Afiya..
pegang satu cukupla..
tapi saya nak jugak pegang semua botol tu..

ini pun kisah malam tadi..
bila babah takde kat rumah 
abang-abang dan kakak mesti bergilir nak hisap susu sambil baring sebelah mama..
mula-mula abang faeiz, lepas tu abang faeiq dan last sekali kakak amni..
bila dah minum susu tu diorang akan tido balik ke tilam diorang..
saya suka kacau diorang waktu ni..
saya akan cuba rampas botol tu..
saya usik muka diorang..
saya tarik rambut diorang..
tapi, diorang pasrah je kena buli dengan saya..
mama cuba alihkan saya ke sebelah sini 
tapi dengan pantas saya panjat badan mama untuk pergi kacau diorang ni balik..

ini kejadian hari isnin lepas..
mama baru siapkan felt flower brooch tu..
tapi, model kat rumah ni belum balik sekolah lagi waktu tu..
jadi, mama suruh saya yang jadi model..
mula-mula saya suka, tapi bila mama asyik tak puas hati dengan gambar tu
mama suruh saya jadi model lagi..
saya nangisla..saya nak main waktu tu..
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


ok..daa....
nanti mama cerita pasal saya lagi ye..

Wednesday, 22 February 2012

Mutton Biryani..

Salam wbt..
Mutton biryani last week saya buat. Minggu lepas sangat rajin, buat pau la..buat itu la ini..this week sangat malas. Sangat sedap dia punya perencah tu tapi memandangkan saya guna beras Thai je jadi tak terasa best macam guna beras basmathi..Ok takpe, this month kena beli beras basmathi. Asyik terlupa je nak beli tau..
Resipi saya guna dari Nieza Finland. Terima kasih Nieza resipi yang sedap ni. Memang sedapla bagi tekak kami anak beranak..Cuma saya guna perencah briyani Shan. Mutton pun ade lagi nanti boleh buat..terus perut mengeluarkan bunyi mintak diisi..



Bahan-bahan:
1/2 kg daging kambing + tulang
3 cwn beras basmati  direndam 30 minit dan dicuci, toskan
41/2 cwn  air atau secukupnya
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
1 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) (nieza tak bubuh)
1 packet rempah beriyani ataupun paste biryani
1/2 biji lemon
1/2 cawan yogurt
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
Garam secukup rasa
1 kiub kambing 

Bahan Tumisan:

1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
2cm halia di potong halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
2 sudu minyak sapi dan sedikit minyak masak untuk menumis



Bahan-bahan tabur
1/2 cawan kismis
1/2 cawan  kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul

Waktu itu..

Salam wbt..


Saya rindu nak jaga mak saya. Saya jaga mak saya kat hospital mula dari umur 20 tahun kot. Kebetulan saya seorang je yang belum berkahwin lagi waktu tu. Tetiap kali cuti semester mesti mak saya masuk hospital. Saya ingat lagi, pernah waktu tu cuti semester, hampir sebulan saya duduk di hospital menjaga mak saya. Itu yang paling lama la rasanya. Tido sekatil dengan mak. Makan sama-sama walaupun lauk saya lauk beli je, tapi mak mesti nak makan sama-sama. Dia kata baru ade selera sikit. Lepas tu teman mak pergi buat hemodialysis kat Hemodialysis Unit. Tunggu mak selama 4 jam. Kalau bawak novel memang boleh habis, kalau baca suratkhabar memang setiap inci muka surat tu saya belek..haha..memang boring tau duduk menunggu tu tapi yang pasti kena maximise kan masa yang kita ada dengan mak waktu tu. Kadang-kadang kalau lapar, pergi makan dulu lepas tu datang balik jenguk mak kat dalam klinik tu. Tanya nak buah ke, kuih ke..Kalau mak nak, belikanlah. Lepas tu suapkanlah mak makan.


Kali terakhir saya teman mak saya kat hospital adalah sebulan sebelum tarikh saya kawin. Sebelum tu memang belum berhenti keje lagi kot, tapi bila mak dah sakit kuat, saya terus berhenti keje dan duduk hospital untuk jaga mak saya. Semua persiapan perkahwinan dah saya siapkan. Untuk hantaran pulak saya memang tak buat sendiri, memang upah orang untuk tolong buatkan. Jadi, memang waktu tu peluang bagi saya untuk teman mak di hospital sebelum saya menjadi isteri orang. Saya ingat lagi, tiap kali orang datang melawat mak atau pelawat kepada jiran katil mak, mesti mak akan cakap dia ni nak kahwin ni..lepas tu orang tu mesti terperanjat dan terus tanya dah siap ke persiapan nak kahwin ni?..hehe..Pastu mak saya kira ramah orangnya, saya rasa semua orang yang sakit kat wad tu tau yang saya nak kahwin waktu tu..Waktu tu memang saya duduk teman jela takde langsung nak buat ape..haha..ok ada, saya duk siapkan kad undangan, tulis nama untuk sesapa yang saya belum bagi lagi..Serius tak tahu nak buat apa lagi waktu tu..haha. Jadi waktu tu saya jaga sampai tinggal lagi 2 minggu sebelum majlis dan mak pun dah boleh discharged dari hospital.


Selalunya kalau saya duduk menjaga mak mesti saya yang akan pegang duit mak. Waktu tu jugak rezeki saya sangat murah sebab selalunya semua orang yang datang melawat mak saya akan bagi saya duit..Diorang kata ambil la, boleh buat duit belanja..hehehe..best tau waktu tu. Kalau dekat sebulan saya boleh dapat beratus-ratus duit orang bagi saya. Pastu saya tanya mak nak ke tidak, mak kata simpanla. Buat belanja..Itu dulula zaman muda remaja.


Alhamdulillah, selepas tahun 2010 mak saya dah tak masuk hospital lagi dah. Semoga mak diberikan kesihatan yang terbaik dariNYa. Semoga Allah panjangkan umur saya untuk terus berbakti kepada mak. Semoga Allah panjangkan umur mak supaya mak sempat melihat kami sekeluarga balik tahun depan. Apapun, saya memang telah mempersiapkan diri saya sekiranya saya kehilangan mak saya dalam waktu ini. Setelah Mr K buat keputusan nak sambung belajar di sini, waktu tu saya memang dah cakap dengan diri saya kalau ada apa-apa jadi kepada mak, saya harus tabah dan redha kalau saya tak sempat jumpa buat kali terakhir.

Tuesday, 21 February 2012

Pau 3S

Salam wbt..di sini saya nak bagitahu mungkin ade kawan-kawan yang tersalah anggap. Actually yang kain saya jahit tu sebenarnya kain biasa je. Kain tu sensei hoikuen anak-anak saya nak. Jadi, saya kenala jahit setiap sorang satu. Ala, kain 4 segi sama untuk bungkus baju diorang katsekolah. Bukan la buat baju kurung ke, dress ke ,skirt tau..haha. Bila ada yang kata saya rajin tu membuatkan saya rasa bersalah pulak. Saya memang suka menjahit tapi suka tu ada musim dia. Kebetulan sekarang memang roh menjahit tu dah datang, itu yang nak buat macam-macam...hehe
Pau 3S..sedap, senang dan simple. Memang kena dengan nama dia. Cukup senang nak buat, memang sedap gebu gebas dan bahan pun simple je. Saya buat 2 adunan sebab anak ramai dan semua suka makan pau inti kacang merah. Saya buat besar-besar dapatla 14 biji. Habis tau 14 biji pau tu..kuat makan sungguh orang dalam rumah ni..haha Pada yang macam saya ni (suka makan sedap, tapi nak cara senang) boleh la guna resipi ni. Highly recommended dari saya..Insya Allah jadi dengan syarat ikutla resipi..:p

pau ni tanya: gebu tak saya??
haha..memang gebu tau dan 1st time saya buat kulit dia jadi licin macam ni..
selalu kalau buat mesti menggerutu..huhu

Terima kasih buat Kak Maz..saya letak resipi kat sini buat rujukan bila-bila nanti. Halal tau kak Maz..lebiu..hehe

Pau 3S by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau. 

Monday, 20 February 2012

Puree Buat Si Manja..

Salam wbt..sihat ke? Tajuk kat atas tu memang poyo sikit. haha..Weekend aritu terasa sangat produktif sebab saya berjaya menjahit 3 helai kain untuk budak bertiga tu. Syabas betey.. Tapikan nak menyiapkan tu, memang mencabar sungguh. Sekejap-sekejap datang nak menolong..sekejap usik itu..usik ini..Sampai sakit tekak suruh dioarng duk jauh-jauh..


Honestly, inila kali pertama saya bersungguh buatkan puree untuk anak saya. Sebelum ni, memang untuk baby food ni saya agak malas nak buat. Dulu waktu Amni dan twin bila dah masuk 6 bulan je, saya bagi nestum terus. Takde pun saya buat puree sendiri. Pastu baru buat bubur nasi campur ikan, sayur dan ayam. Untuk Afiya, memang saya terlebih rajin. hehe..First food dia saya buatkan puree pisang memang dia sangat suka. Yang ni paling senang sebab pisang tu cuma lecek je sampai hancur pastu bagi dia makan. Lepas tu bila atuk dia poskan milna rusk dan nestum dari Malaysia  bagi yang tu tapi dia tak berapa suka sangat. Bagus jugakkan, kalau dia suka nanti susah gak nak kena pos banyak-banyak dari sana..Dalam masa yang sama saya buatkan jugakla pumpkin dan sweet potato puree. Untuk puree ni saya akan stim/rebus pastu baru diblend. Kalau dua jenis puree ni saya campurkan dan bagi dia makan memang dia makan banyak sangat. Tapi, kalau bagi carrot puree dia tak suka sungguh..amboi, pandai memilih ye..Untuk puree ni saya selalu campurkan dengan susu segar dari ladang..Kalau kawan-kawan ada stok EBM boleh letak tu je..Untuk semua resipi ni saya rujuk dari annabelkarmel.com. Kat situ semua jenis resipi ada..Kalau rajin, boleh pi kelebek kat sana ye..Lagi satu kalau nak introduce baby food ni kita kena praktikkan 3-4 days rules di mana kita kenalkan makanan yang sama 3-4 hari untuk kenal pasti masalah allergy atau penghadaman. Waktu tu kita boleh tengok anak kita serasi atau tidak dengan makanan tu. Kalau ada allergy mungkin muncul dalam 1/2 jam atau 2-3 hari selepas diambil. Begitu jugak dengan masalah penghadaman, kita boleh tengok anak kita agak susah nak buang air besar atau dia akan kena cirit birit. Kalau ada antara masalah ni yang terjadi, bolehla kita hentikan buat sementara waktu dan tunggu anak kita besar lagi sedikit baru boleh cuba dibagi lagi dengan makanan itu..*sekian tips dari pakar nutrisi dan kanak-kanak yang tak bertauliah..hehe*

 from left to right:
pumpkin puree + bubur nasi..
sweet potato puree +sayur bayam+ bubur nasi..

Lepas ni mungkin nak cuba buat couscous dan quinoa puree. Hari tu dah carik kat Kaldi tapi tak jumpa. Mungkin kena cari kat Jupiter pulak. Harap-harap adalah. Boleh bagi Afiya rasa benda lain pulakkan. Asyik makan bubur nasi je..Next week jugak baru nak cuba buat bubur nasi  campur salmon/ ayam dan sweet potato atau pumpkin. Hari ni mama buatkan bubur nasi campur dengan sweet potato puree dan kurma. Untuk resipi yang ni terima kasih buat ummi Amzar (Dini). Banyak sungguh resipi baru yang dia cuba tau. Rajin..

itu adalah stok puree Afiya..
mama malas, mama buat sekali banyak dan jadikan puree terus frozenkan.
Bila nak guna, ambik je satu bekas tu dan masukkan dalam bubur nasi pastu blend bersama-sama.
ada sweet potato puree dan pumpkin puree..
yang dalam jar tu mama baru beli ready to eat puree..
jala-jalan kat jusco tengok murahla pulak, mama pun beli.
sebelum tu dah tengok mana yang boleh dimakan dan tak boleh dimakan..
yang ni sweet corn + pumpkin + potato..

Friday, 17 February 2012

Gulai Daging Salai Nangka Muda..Rindu dengan lauk maman..

Salam wbt..dah hari Jumaatkan..sekejap je, pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Mac. Pastu tinggal lagi setahun je kami kat sini. Insya Allah..yeehaa..yeehaa.

Kalau kat Negeri Sembilan, gulai / masak lemak cili api ni kira dah jadi makanan ruji. Tak kisahla gulai ayam ko, ikan ko daging ko. Memang sodap..Lagi sodap kalau daging salai dimasak sekali dengan sayur maman. Last kami makan waktu balik bulan 1 tahun lepas. slrrrpppp..Kalau nak tahu, mak saya setiap kali dia tahu ada junior yang nak balik Malaysia dia mesti tanya, "nak mak buekkan (buatkan) tak lauk maman ni ha?" haha..saya pun cakapla, "takyah la mak, kang abih la pulak baju budak tu kono (kena) minyak santan tu.." Orang negeri sembilan kalau masak gulai ni memang guna santan kelapa yang banyak. Memang pekat..bak kata mak saya " lagi pokat, lagi sodap"..kot tak kang, dia tanya, "asal lak lauk ni cair yo?" haha..pastu nanti dia akan makan sikit je lauk tu. Lagi satu, mak saya memang nak guna santan kelapa yang fresh je. kalau santan dalam kotak atau serbuk,..nehi, nehi, tak nak, nanti tak sodap..ghaso lain yo..bestkan, arini saya cakap nogori sembilan..


disebabkan dah setahun tak makan ,
gigihla menyalai daging ni ha..
tak ponah hayat pun menyalai daging ni..
ni kira 1st experience la kot..
dulu, kat kampung ada orang lain yang boleh salaikan..

nangka muda Thailand mari..
dalam tin je pun dan murah..haha
gigih menumbuk cili api cap bangladesh yang podeh ni..
cili api ni kalau blend memang tak sodap kalau nak buek masak gulai ni..
rasa dia lain macam dan jadi terlobih podeh..
amacam...nampak sodap tak gulai tu?
^_^

inila sayur maman tu..
kalau kat area Gemencheh dan Tampin tu memang kami tak jerukkan pun sayur ni..
terus bersihkan, pastu bila kuah dah mendidih masukkan lah maman ni ha..
kalau ade daging salai/daging biasa/ayam tu letak la dulu kot..
entahla, saya tak penah masak lauk maman ni..
selalu bila balik dah siap, tak pun nanti kakak-kakak saya yang ramai tu yang masakkan..

yang ni bila dah masukkan sayur maman tu...
nampak pekat kan kuah dia..
jadi, kalau nak kuah dia boleh la ambik sikit..
selalunya kami akan masak hingga jadi macam ala-ala rendang tu ha..
makan dengan nasi paneh..sodap..
dah la podeh pastu cuaco panehla pulak kan..
memang lap poluh(peluh) yo la..haha 

gambar*curi dari anak saudara saya, terima kasih kak ngah :p *
resipi: ado ko yang nak resipi?..
sonang yo..
tumbuk cili api tu..*ikut kepedasan tekak masing-masing*
tak yah lotak bawang pun*
dah tumbuk masukkan dalam piyuk,
letak santan ikut kepekatan yang kita nak*kalau sayang jantung, jangan pokat sangat*
masukkan daging salai..
biarkan je dia masak pastu dah mendidih baru letak nangka muda
*nangka muda saya dah memang lembut, jadi kalau kat malaysia tu maybe kena rebus dulu kot*
masak sampai pokat kuah tu jadinya..
eh, betul ke cara saya ajar ni..
sorila, saya tak pandai nak mengajar orang ni..
tak pun korang google jela resipi ni..haha

Thursday, 16 February 2012

Empat Ef..

Salam wbt..hari ni layan gambar anak-anak je sebab mama malas nak mengarang cerita..haha..Takdela malas pun cuma hari ni kena pergi hospital lagi, Afiya ada check up, so, kena la masak cepat-cepat dan buat apa yang patut..

Master chefs in the house.;p
twins ni kalau mama sibuk buat kuih ke, kek ke mesti nak menolong jugak..
time ni nak buat karipap, dah malam kot dalam pukul 8 macam tu..
tak sanggup buat kat dapur saya buat je dalam bilik..
sebabnya dapur tu sejuk, kalau on heater pun tetap tak boleh lawan kesejukan dapur tu..
pastu saya penakut sikit nak duduk dapur sorang-sorang..huhu

ni pun sibuk tolong mama buat kek jugak rasanya..
haha, Amni yang berat melebihi 13 kg still nak duduk dalam stroller tu..


Afiya dah boleh merangkak sikit-sikit..
gambar kiri tu kat dapur.
duk masuk bawah meja nak ambik tin biskut Hwa Tai yang dah kosong..
saya rasa cepatla jugak dia belajar merangkak, belum masuk 7bulan dah boleh..
mungkin anak korang lagi cepatkan
tapi bagi saya Afiya masih cepat kalau nak dibandingkan dengan anak yang lain..


gambar tahun 2010..
Amni yang ayu berbaju kurung dan bertudung..
Faeiz yang hensem..ekeke..
Faeiq yang macho..ekeke jugak..
alala Amni..kawaii
*matikla perasan, haha..tapi dah anak sendirikan sapa lagi nak puji*
eh, kopiah twins tu sampai sekarang masih muat lagi..
bagusla kopiah tu..ke kepala twins yang tak membesar?@_@


gambar sebelum Afiya discharge dari NICU..
baju hijau tula paed Afiya..Sono Sensei..

::Ok dah..babai. Petang baru free kot::

Wednesday, 15 February 2012

Portuguese Egg Tarts


Salam wbt..Egg tart kegemaran ramai. Saya rasa last saya makan zaman anak dara kot. Lepas kawin sampai la ni memang dah tak beli dah. Kalau dulu memang hantu egg tart. Selalu beli kat bakery tu, ntah tak ingat la apa nama dia..yang pasti kedai dia warna hijau. 


Bila buat ni last week anak-anak semua suka. Dapatla 12 ketul, itupun tak cukup jugak..haha. Ok, takpe, arini buat lagi. Puff pastry ada 2 keping lagi, dapatla 12 ketul. 

puff pastry saya guna jenis ni..
boleh dibeli di Gyomu Supa..
sangat murah, tak ingat berapa..dalam 198 yen @ 218 yen..lebih kurang macam tula..
boleh dimakan, tengok kat link ni..terima kasih adik Kamilah yang menjalankan tugas..


Portuguese Egg Tart.
          : all recipes.com

Bahan-bahan (5-6 biji)
  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus- klu tk suka manis leh kurangkan sedikit
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawanWhipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract
Cara-cara
  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan kacau sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.(saya masakkan dulu bahan-bahan tadi hingga jadi pekat)
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu. (saya akan gulung jadi loaf lepas tu baru potong 6 bahagian. Kemudian baru diletak kat dalam acuan)
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dlm tin muffin@alumminium cup@acuan tart shell.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.

Tuesday, 14 February 2012

Yuki Akari 2012..

Salam wbt..Yuki Akari atau snow candles..Lilin yang diletakkan dalam paper cup sahaja, pastu di bakar dan di letakkan di dalam  snow statues yang telah dibentuk menjadi pelbagi rupa. Kalau tahun lepas bagi saya lagi best dan lagi banyak. Tahun ni tak berapa menarik statues yang ada ni. Setiap tahun festival ni akan berlangsung selama seminggu pada minggu pertama bulan Februari. Kebanyakkan orang yang bekerja di sini adalah sukarelawan. Jadi, bermula dari petang mereka ni dah mula datang untuk pasang lilin dan lebih kurang pukul 8-8.30 pm diorang akan padamkan lilin ni. Cara padamkan tu senang je, api tu dicucuk dengan kayu dan mereka akan kutip paper cups tu dan disimpan dalam plastik bag, Begitula rutin mereka selama seminggu. Untuk baca tahun lepas punya boleh tengok di sini ye. Lagi satu tahun ni pun gambar tak berapa cantik..*macam la sebelum ni cantik ye tak?*..So, maafla kualiti gambar agak kurang sikit di situ, layan jela apa yang sempat di ambil. 

Yang ni adalah bentuk scallop /hotate..sangat cantik sebenarnya..huhu
bawah tu pulak adalah bentuk dragon..aummmm
*eh, tu bukan bunyi rimau ke? naga camno bunyi dia?*..haha
sebelah dragon tu tak tau apekebendanya..sorry.

ni pulak lilin yang di letak dalam yuki yang dibentuk seperti balang..balang ke?entah..

tu pun saya tak tahu patung apo..sori..saya buta huruf dan agak rabun untuk membaca dalam gelap..
sebelah kanan atas tu pulak shinkansen/bullet train..
twins asyik jela main kat situ..sampai tak nak bergerak dari situ..
bawah pulak gambar kapal..haha..hebatkan diorang buat bentuk kapal dari snow..
siap ada tangga untuk naik ke atas  kapal..
tengok Amni bergambar sambil pegang flag..flag lanun ke tu?

inila satu-satunya ice sculpture yang ado..
tahun lepas banyak jugak tapi tahun ni satu je..
tahun ni kan Tahun Naga, jadi buatla bentuk Naga..
yang ni pun cantik sangat..sangat kreatif orang yang duk mengukir ni..
see..twins tu memang tak tahu duduk diam, 
sib baik ada anak nihonjin sekali kat depan tu..
bawah sebelah kanan adalah saxsaphone guy*betul ke spelling ni*
best lagu yang dia mainkan..lagu omputih semuanya..


::haha..sadis sungguh entry ni..sori,saya tak tahu nak cerita apa lagi..kebanyakkan gambar ni diambil guna iphone je..so,pepahamla gambar tu jadi macam mana kan..::

Monday, 13 February 2012

Roti Cap Hangus..

Salam wbt..ehem, baru sempat update blog. Macam biasa, weekend mari memang takde masa. Kebetulan minggu ni orang tu tak pergi lab langsung, yahoooo memang seronokla berjimba dengan anak-anak..haha..padahal bukan pergi mana pun, pergi beli barang dapur, pergi Yuki Akari dan Yuki Matsuri. Untuk 2 festival tu nanti-nantila saya update ok. Kalau rajin, saya update cecepat. 


Dah 2 minggu roh meroti saya dah kembali meresap kat dalam badan ni. Jadi, rajinla saya menggodek-godek kat dapur tu dan kenyangla anak-anak saya duk makan roti. Tapikan, korang boleh tak bayangkan bila dah penat-penat buat, time bakar je terus benda tu buat kita jadi tensen yang teramat. Hangin satu badan tau. Padahal kalau nak diikutkan roti tu akan jadi sangat cantik dan sangat sedap..haha----> gila perasankan..takpe abaikan. Semua tu disebabkan oven..Ok, kat rumah ni ada 2 jenis. Satu microwave oven. Yang ni kalau nak bakar kek saya suka bakar kat sini. Tapi, kalau pizza dan roti saya suka bakar kat oven. Yang oven ni pulak, kami beli kat second hand shop time memula datang dulu. Jadi, setelah hampir 2 tahun 1/2 menggunakan khidmat dia, baru-baru nila dia nak tunjuk perangai tau. Dulu, time saya beli oven ni, saya baru mula belajar masak kan. Jadi, saya beli jela oven tanpa tengok apa-apa yang patut. Bila dah lama beli tu, nak cuba resipi yang menggunakan api bawah atau api atas, barula perasan, oven ni takde function untuk 2 benda tersebut. haha..sadis sungguhkan. Tapi, elok jela kalau nak buat roti atau pizza, tetap menjadi cuma kena pandai adjust suhu jela kot..Sekarang jom kita tengok hasil oven saya pada roti yang saya bakar ni..jeng..jeng..jeng...jeng...jeng...

*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*

*
hehehe..*senyum malu-malu kamben*
yang atas sekali tu bun pandan kaya..
tengokla atas dia, hangus diknon..
sentap sangat, padahal suhu tak panas sangat pun..
yang bawah chocolate rice bun..
hasilnya kat bahagian tengah tu hangus..
tetapi, tengok tekstur roti..sangat gebu dan springy tau..
hahaha..sungguh sadis.

dan yang ni pulak saya buat roti burger..
gigih saya buat roti burger nak bagi perut Mr K makan..
tapi, tetapla hangus jugak..
chop, bijan tu saya memang guna bijan hitam, bijan biasa dah yilek..
sekarang saya jadi dendam dengan oven tu..
sebelah tu burger daging saya..haha..lama sungguh tak makan burger wei..
ika, QBB tu bukan jenama minyak masak tau..wakaka

kat bawah ni pulak hasil apa yang oven tu buat hari sabtu lepas..
pavlova..
tak salah saya, saya tinggalkan tak sampai 2 minit je pun..
tetiba bila saya masuk dapur balik, tengok dapur saya dah berasap..
apa lagi, anak gajah pun mula la berlari *boleh bayangkan anak gajah berlari?*
menyelamatkan pavlova tu..
memangla oven ni, dia memang nak kena buang ni..
habis ok bahagian atas dia hangus hitam legam..
saya tak sanggup nak ambik gambar,
pikir punya pikir, saya buang bahagian atas dia, nasib baik senang nak buangkan..
pastu, terus saya bakar dengan suhu 90 C je..berjanggut saya tunggu * exaggerate je lebih*
pavlova tu dah janji nak bawak pi soubet *farewell party* malam tu..
nak buat yang baru tak sempat dah sebab tinggal sejam je majlis tu nak mula..

nasib baik masih boleh dimakan..

**semua gambar diambil hanya menggunakan iphone, tak kose mak nak ambik guna kamera*

kecik hati dengan oven  tu.. 
semalam Mr K offered nak pi beli baru
tapi, saya kata takpela..
masih boleh guna lagi kot, cuma kena duk berkampungla depan oven tu dengan Afiya nanti..
haha..
Saya pun pelikla dengan diri sendiri..
saya rasa saya dah baikla..haha lagi..perasankan..
yela, sekarangkan, kalau nak beli apa-apa, mesti saya pikir banyak kali..
Kalau nak diikut perangai saya yang suka membeli dulu, memangla jauh berbeza sekarang..
macam hari tu, ada la barang tu yang sangat cantik* saya dah lama kepingin* 
dan agak murah bagi kami laki bini..
saya dah nak ambik, pastu pikir balik..saya tak jadi ambik..
walaupun Mr K kata takpe, ambik jela
sebabnya saya pikir, baik saya guna duit tu untuk langsaikan hutang PTPTN saya yang beribu-ribu lemon tu..
sekarang ni saya tengah gigih berjimat untuk hapuskan hutang PTPTN balik nanti..
Insya Allah, balik nanti, dapatla bayar habis..
doakan ye kawan-kawan..:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...