Pages

Thursday, 9 February 2012

Kuih Kaswi Gandum

Salam wbt..saya suka makan kuih. Tak kisah apa jenis kuih, saya makan je semua. Dulu kecik-kecik sarapan makan kuih je pun, kalau makan nasi lemak mesti tak habis. Kecik-kecik dulu bolehla makan kuih, padan dengan saiz badan dan berat badan yang tak sampai 20kg.. Sekarang kalau makan kuih je pagi, pukul 11 pagi dah lapar balik..haha..dasar pemakan kan..
Buat kuih ni untuk tetamu, tapi tetamu cancel pulak datang hari Jumaat lepas. Resipi yang senang dan sangat sodap. Dah 3 kali buat guna resipi ni je pun. Untuk resipi ni saya tambah kicap manis tu 2 sudu besar bagi nak nampak lagi hitam legam. Faeiq dan Faeiz suka kuih ni, Amni macam biasa bila ada kelapa sikit je pun tak nak makan langsung..bagi yang tak bersalut kelapa pun tak nak. Amni macam babah, tak suka sangat makan kuih.

Resipi asal dari Kak Hanieliza dan saya ambik ni dari Izah..Terima kasih Izah menggelemerkan kuih yang sodap ni..Simpan sini untuk rujukan.
KUEH KASWI GANDUM


Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]- tak letak sebab takdo..
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

16 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

oishii sou
rugi sungguh tetamu tue cancel if not leh makan sedap ni....

Cik TeN10 said...

ohh ni kuih fevret sy nih !! mcm kuih lompang kan ? ptg ni nk buat la !! thanks share resepi kt sni.. akak mcm tau2 je sy ngah lapar kuih ni.. hihi :p

Asmara said...

perghh.. rugi betul tetamu tu kan. wahaha.. patut kene simpan dalam esbok jugak. hehe.. nak try kuih ni tak penah buat. :D

izahdaut said...

aku nak kaswiiiiiiiiiiiii.. ha kan dah gila bayang dah ni. petang ni mengkaswi jugak!!!!

ijayuji said...

LIAAAAAAAA!!!! oppsss lupa nk bg salam, SALAM tuan umah :D kaki kita bersih ni tauu baru mandi ahahaha... nk sambung ketawa kat sini tak thn gelak tang komen lia td ckp potong badan wakakakaka.... potongan bdn ada liku2 tak de terussss jerrrr tauu! selkoh maut pun ada ahahaha... eh eh, kuih kaswi!! kita suke kuih kaswi, tak pernah buat kuih kaswi gamdum ni, rasanyer mak kita suke buat kuih kaswi gandum ni :D

☾SHiemaCMa786☾ said...

nyum2..suka lagi kuih ni tanpa kelapa..ku ade pun..sejemput pun dah oke..

suri solehah said...

akak tak pernah cuba buat lg kuih kswi ni lia,,tp kalau akak dlm pantang nilah satu2nya kuih yg mak buat bagi makan tp tanpa kelapalah ..teringin pulak tgk lia buat tu

Jue said...

Amni geng ngan auntie jue la..sepp skit...hahaha..aku pun x makan kuih2 yg ada kelapa ni..kecuali kuih sagu tu..yg lain2 asal nama kelapa je klu nk mkn mesti aku sapu2 dulu buang kelapa..huhu..inti2 kelapa pun aku kurang..klu lapor sgt br aku mkn..serunding or sambal2 kelapa aku tolak tepi..ish..x taula..teruk betul la..aku suka kaswi ni..tp minus kelapa la..nk buat haremm x reti..
# gula merah tu camana? Brown sugar ke?or gula melaka? Kt jopun ni apa nama dia? Sori wei...byk tanya..saya budak baru belajar :)

Nadiah Sidek said...

salah satu kuih kegemaran nadiah ni!

Zaza said...

yuuuuuuuuum yummmmmm sedapnyeeeee

Chik Mimi said...

sedap ni lia akak suka kaswi

eija_sweetmama said...

eija pun sama suka makan kuih, boleh dikatakan sume kuih eija suka makan...hehehehe

Unknown said...

Wah, lama tak mkn kuih kaswi... dulu ade jugak buat tp klau sejuk jd keras sikit...maybe kena cuba resepi yg ni :)

Kamalia said...

ayu:
haha..memang sedap..takpe,nanti kalau ade rezeki lagi dapatla tetamu tu makan..

cikten10:
betul.betul mcm kuih lompang tapi beza sikit je..dah buat ke?nnt hantar sikit tau..hehe

Asmara:
ekeke..ala kak, memnag nak simpan dah, tapi anak saya nampak,habisla dia kerjakan..sori naa..

izah daut:
kahkah...nanti bagi aku sikit..

ijayuji:
salam wbt..kahkah..potongan badan tu yg tak tahan kan..wow!selekoh maut pun ada?sangat curvy tu..haha.itula,rasanya org lama dulu guna tepung gandum je kan..

shiema:
samala dengan amni ni..yg kuih ni tak letak lepa pun still sedap tau shiema..cuba buat..

Kamalia said...

suri solehah:
saya bila duduk sini baru belajar buat ni kka..selalu dulu beli je..time pantang boleh makan la ye..

jue:
ekeke..memnag geng sungguh la ni ye..sama la,kalau ade inti kelapa pun memnag taknak..mkana sikit je..kahkah..dulu aku nak buat sambal belacan pun tak lepas jue..
ni gula merahla kot kat sini..aku lupa la nama dia..tapi,kalau ko tengok kat mana2 blogger yg tere kat jepun ni adala nama gula tu dlm nihonggo..

nadiah:
hehe..samlah kita nadiah ye..

zaza:
nonnomnom..

chik mimi:
sedap kak..saya suka tiu yg jadi sedap je tu..

eija:
hehe..memang kalau ade kuih,mesti kuih yg saya makan dulu..

marya:
cubala marya..INsya Allah,jadi..

Ayu said...

Alhamdulillah...petang ni cuba buat kuih kaswi ni...dah lama tak makan😃

Jemputlah ke blog saya

http://www.mamafreshpicks.wordpress.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...