Pages

Tuesday 31 January 2012

Afiya dan imunisasi di Jepun..

Salam wbt..ehem..takde modal nak bercerita, kita cerita pasal Afiya la ye. Bagus ada anak kecik ni, pergi hospital pun nak update kat blogkan..haha. Last week ade appointment dengan doktor untuk dapatkan imunisasi 6 bulan..
lepas dah ambik suhu, tunggu giliran sampai sensei panggil..
sori..tak ingat sapa nama Sensei ni..anggap jela nama dia Suzuki Sensei ye.
.*padahal Suzuki tu nama jiran depan rumah..haha*
waktu ni sensei akan tanya anak sihat ke tak..
last time lepas dapat vaksin shot ade alergik ape2 tak..
pastu macam biasa check sana sini.

 prosedur kat sini sebelum doktor bagi imunisasi,
parent kena sign form kebenaran ni..
kat situ dia ade tulis sekiranya terjadi apa-apa,
kerajaan Jepun akan bertanggungjawab sepenuhnya..


dapat 1st shot sebelah kanan dulu..
tengok mulut dia, bukak seluas-luasnya kan..
yang ni takde tinggalkan apa-apa mark pun..
kalau nak tengok BCG style Jepun, yang lain dari yang lain boleh tengok kat sini..

IMG_1818[1] 
yang ni sebelah kiri pulak..
sambil nangis tu tercari-cari mama dia..hehe sian ye..
mama pegang baru diam, kalau tak nangis tak hingat tu..
selalunya selepas dapat vaksin shots sensei akan suruh tunggu
dalam 30 minit untuk tengok ada side effects or not..
tapi, lama jugakla kena tunggu sebab nak dapatkan next appoinment je ambik masa..
Alhamdulillah, setakat ni Afiya memang tak demam ..
kalau dulu, budak ber3 tu, mesti demam..
siap nurse akan bekalkan ubat demam lagi sebab dia tahu baby mesti demam bila balik tu..

ini pulak buku yang harus dibawa setiap kali ada rutin check up..
sebelah kiri gambar ibu ayam ke itik tu..oklah tak kisahla kan..
yang buku tu dalam dia semua form untuk dapatkan imunisasi ada kat situ
katakanlah nak dapatkan DPT vaksin kan, so ambikla form yang berkaitan..kat sini DPT diorang akan bagi 3 kali.untuk 1st term dan 2nd term dapat sekali lagi..form dia pun colorful, ikut jenis vaksin..
Kalau DPT color kuning, jadi keluarkanlah yang berwarna kuning tu..
sebelah kanan pulak buku/ rekod kesihatan ibu dan anak
buku tu saya guna dari preggy dan disambung guna oleh Afiya sampai dia umur...
jap tengok sampai berapa ye..
ok, sampai 6 tahun..tapi, kalau buku nihonjin tebal dan kecik sikit,
pastu boleh beli cover dia..
yang jenis ni, Afiya belum setahun dah lunyai..haha.
nasib baik tahun depan dah nak balik ye, kot tunggu sampai umur 6 tahun, dah takde rupe buku kot..
kat dalam buku tu pulak, selepas saya bersalin, anak gunakan.
jadi, segala bentuk rekod kesihatan ada, contoh ye..dental, immunization record..
selain tu, kat setiap rekod bulanan tu ada la soalan tanya tentang emosi si ibu
samada mempunyai masalah berkaitan penjagaan anak tu..
saya rasa kalau kata ada, mesti dia akan rujuk saya dengan pakar..;p


ni pulak contoh appointment letters untuk Afiya bulan ni..
hari khamis ni ada..
lagi 2 minggu pun ada jugak, yang tu untuk DPT 3rd shot..
kena datang awal dalam kul 2 tu sebab nanti dalam pukul 3 baru sensei ada..jadi, bolehla sudah awal dan balik awal jugak..


ehem..babah bersama Watanabe Sensei..
Sensei yang duk ambik case Faeiz sakit tahun 2010 dulu..
sangat friendly, kalau jumpa mesti akan berhenti duduk berborak bertanya khabar anak-anak..

Monday 30 January 2012

Dapat kembar lagi..

Salam wbt..Tahun ni tahun menambah ahli keluarga..hehe. Kelmarin along saya (kakak) dapat menantu baru (perempuan)..wiii,tahniah Im. Semoga berbahagia hingga ke syurga..Bulan 5 nanti pulak, alang (abang) saya nak terima menantu jugak. Kenduri buat kat Jitra sebab alang saya duk sana sejak 25 tahun dulu kot..Pastu hujung bulan 6 along saya terima menantu sekali lagi. Yang ni anak perempuan bongsu dia yang nikah. Penutup kenduri pulak bulan 9..ni pulak kat rumah ateh (kakak) saya, anak perempuan dia yang nak nikah ni..Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar ..amin

Saya pulak kat sini sangat jeles okay bila ada kenduri ni. Yela, tak dapat nak balik..tak dapat nak makan lauk kenduri..tak dapat nak berkumpul dengan adik beradik yang selaut ramainya..uwaaa..sedih mak..Kalau nak tahu, saya ni setiap kali tahu ramai yang akan balik kat rumah mak, konpem satu hari tu saya akan telefon 2-3 kali..haha,jeles punya pasal..bukan jeles dengki ka apa pun, cuma nak rasa sama-samala kemeriahan diorang berkumpul tu..Best wooo bila berkumpul, pastu masak..makan..makan..masak lagi dan makan..makan lagi..Kelmarin pun saya telefon jugakla, pastu kan saya ingat kenduri tu ari ahad, rupanya ari sabtu,,tapi, dapat jugakla berborak dengan semua orang..jeles dengar diorang makan sodap-sodap, jeles dapat berkumpul semua adik beradik..terasa waktu tu nak terbang balik je..huhuhu. Tahun depan ada lagi kenduri, harap-harap buatla selepas saya balik nanti ye.:p

Kalau tengok kenduri yang kat atas tu berderet-deret sure korang dapat bayangkan betapa ramainya adik beradik saya..ye, dah la adik beradik ramai, anak buah pun ramai..penuh rumah kalau semua orang balik..seronok tau bila adik beradik ramai ni tapi kalau saya nak kena ada anak ramai macam tu, ermmm huhuhu..cukupla 4 orang kot..Kan bi kan..kan..kan..4 is enough right?

Eh, baru perasan tajuk dapat kembar lagi..oittt, jangan speku lebih-lebih. Bukan saya yang preggy kembar, ni cucu ateh saya..Anak sulung dia baru dapat anak kembar..tahun lepas bulan 10 kot..haha, dah besar pun baby tu, dah 3 bulan..Biasala maksu dia ni agak lembs nak update cerita pasal family ni..Hoyeahhh, saya dah ada 3 orang cucu..Cucu pertama adalah dari anak along saya..dah besar pun, 9 tahun kot..

Assalamualaikum Ahmad Hadif..baju biru..Ahmad Hasif ..baju hijau
ni nenek su tau..
sobs..dah tua dah saya ni..@-@

kembar seiras..
sama macam Faeiz dan Faeiq jugak time kecik-kecik dulu..susah nak bezakan kot..

Friday 27 January 2012

Bingka Labu

Salam wbt..Bingka labu yang pertama kali dibuat dan makan. Sebelum ni banyak kali dah beli labu, tapi manjang jela malas nak buat bingka..asyik-asyik cucur labu..Rumah ni kalau labu dibuat selain dari kuih, memang tak laku. Pengat labu ke, masak lemak labu ke takde seorang pun yang akan makan..saya sah-sah la memang tak makan labu jenis dimasak macam tu..anak-anak apetah lagikan;p

bentuk lebiu ni untuk Amni..
dia tak suka bijan sangat
jadi memang buat kosong macam tu je untuk dia..

Resipi dari CMG. Memang dapat banyak dari sebiji labu yang saya beli tu. Dah buat stok puri untuk Afiya pun masih banyak lebih lagi. Sesapa nak buat 1/2 dari adunan pun boleh  dan rasa kuih ni tersangat la sedap..Rasa lemak-lemak manis labu.

Bingka Labu
source: CMG Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan
5 biji telur gred B
200 gram tepung gandum
180 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla (mat guna "butter vanilla" flavour)
1/2 camca teh garam
Bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...
CATATAN MAT GEBU :- Lepas bakar tadi, mat grill kan dalam 3 minit macam tu bagi permukaan dia berkeraakkk tebal sikit, baru wangi dan sedap..

We Were Born To Cry

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,
“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
namun bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya,
walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih,
walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar
dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya.
Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami
agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

     
     Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. 
     Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. 
     Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


Source : kisahwanita.com
            : Makcik Rehan
Pass this to all beautiful women out there, 
don't hesitate, just cry whenever you wants  :-)

Thursday 26 January 2012

Gando-ko (Lake Gando) the coldest place in Honshu..

Salam wbt..cerita yang dijanjikan dari dulu, tapi asyik terlupa..Sebelum tu, ni pagi tadi punya suhu..tapi,kalau nak ikutkan suhu sebenar yang ditunjukkan di tepi jalan selalunya akan jadi -13..Ni kalau kak zack baca ni, mesti dia senyum-senyum je kan. yela, tempat kak zack lagi hebat..lebih rendah dari -25 C..gagagaga..duduk dalam futon je la..:(

 
from left to right:
signboard tu menunjukkan yang tempat ini adalah yang paling sejuk di tanah besar Jepun..
Hokkaido lain la ye..itu memang paling sejuk kat Jepun ni..
rasanya waktu ni kami pergi adalah suhu dalam -12 to -15 C..
last year kohai pergi dalam -17 to -20 C kot..ntah, tak tahu betul tak..huhu
Tasik ni adalah artificial lake..
waktu ni memang keseluruhan tasik jadi beku
dan khemah boleh dipacak sambil boleh memancing di atasnya.
Lake Gando ni dari rumah kami adalah dalam 36km 
dan ambil masa dalam 45 minit - 1jam..
nak pergi ke tasik ni kena lalu jalan gunung-ganang yang berliku-liku
sampaikan rasa naik pening nak muntah hijau..ekeke
kat situ jugak takde network coverage tau..
kalau sesapa guna selain softbank dapatla kot..

 dua tiang besi ni menunjukkan ais yang telah jadi beku kat situ..
kalau perasan, kat gambar sebelah kanan, ada tiang yang terpacak di belakang tiang yang berais tu..
nanti tiang tu jugak akan disaluti ais..

 
ni gambar baru nak turun ke tasik beku di bawah..
tak sampai 10 minit keluar dari kereta, air hidung sudah mengalir laju keluar dari hidung..
kepala tiba-tiba sakit sebab suhu sejuk sangat..
dan waktu nak turun ke bawah ni la saya tergolek dog setelah 3 tahun berjaya tidak jatuh menempuh musim sejuk di sini..
sakit sangat vontot tau..memang tak boleh blah la sakit dia tu..huhu
waktu ni memang windy se"windy"nya..
sangat kuat, memang tak tahan sampaikan rasa nak menangis..
sapa boleh tahan ye tak kalau angin sejuk yang begitu kuat menyerang korang..ok,exaggerate sungguh
bagi sayala, kalau suhu serendah macam ni duduk dalam kereta atau dalam rumah saya tak kisah
tapi ni, open space yang selebar-lebar macam ni, rasa semua anggota badan jadi kejung.
itulah, nak sangat pergi ke tempat ni kan..rasakan..haha
yang tu khemah yang dipacak di atas tasik yang beku..
dan aktiviti diorang adalah memancing ikan siakap dan keli kecik-kecik adik beradik ikan bilis tu je..
selepas tu goreng je kat dalam khemah dan makan terus..

Mr K dah sampai bawah..anak-anak berkeliaran berlari di atas tasik beku..
Faeiz dah mula mengadu sejuk..tengok muka dia waktu tu, dah kemerahan..
semua orang waktu ni muka automatik jadi merah, mata berair dan hidung masing-masing mengeluarkan cecair..ekeke
Afiya mungkin waktu tu tengah mengalami kejutan suhu di badan dia..

 
Bergambar di sebelah khemah kami...ok,saya tipu, itu kami tumpang khemah orang je..haha
Mr K cuba memeluk Afiya seerat mungkin..gambar saya senyum senget sebab bibir dah mula kebas..
Amni waktu ni happy lagi, selang 5 minit dah mula mengadu sejuk sangat..
Gambar last saya kat sini sebab lepas je waktu ni terus lari-lari bawak Afiya naik masuk dalam kereta..
bila nak naik bukit untuk ke kereta saya tak lepas pulak..
sebab tangan sebelah dukung Afiya, lagi sebelah cuba menolak badan sendiri..
sampaikan ada nihonjin tu tolong tolak badan saya pun saya still tak lepas nak naik ke atas..huhu
last-last, ikut jalan lain, nasib baik dapat jugak naik..
eh,korang paham ke apa yang saya cerita nih..ekeke..tak paham takpo;p

 
lihat orang Jepun dan orang Melayu di gambar tersebut..haha
sangat berbezakan winter clothes kami..
diorang memang berbungkus habis, pakai baju yang memang bersesuaian dengan tempat ni
tapi, kami pakai baju macam nak pergi jalan-jalan ke shopping mall..
pasrah je la waktu tu duduk menahan sejuk..
nihonjin di atas tu dah nak balik, yang diorang bawak tu adalah kelengkapan khemah 
gambar adik manis bertiga tu adalah kohai kami..
sangat baik dan sangat rajin dan saya sangat manja dengan diorang..kahkah..
kalau setiap sabtu malam(kalau diorang free) 
mesti ajak diorang datang rumah temankan saya sambil makan dan makan..

 nampak tak lubang tu..
itu adalah lubang diorang duk korek untuk memancing..
yang sebelah kanan tu pulak adalah drill ais..
kedalaman ais pada waktu tu adalah 20cm..
gambar peta tasik ..
tak sempat bergambar di signborad yang kat atas sekali tu sebab masing-masing dah tak tahan sejuk nak balik rumah cepat-cepat..
kat situ ada je jual soba dan diorang kata boleh dimakan
tapi memandangkan kami semua ni Melayu sejati yang kulit tak tahan sejuk,
semua bersetuju nak balik ke Morioka dan makan sushi di kedai pakcik je..


pssst..petang sikit baru boleh BW insya Allah..
nak pergi hospital ada monthly check up budak tomei ni..
dan komen from previous entry pun saya reply kemudian ye..

Wednesday 25 January 2012

Black Forest Cake

 Salam wbt..Alhamdulillah, dah sihat seperti biasa. Semalam dapat jugak buat kek ni. Sepatutnya semalam kena berehat lagi, tapi saya dah beli barang-baarng nak buat kek ni dah lama, kena buat jugak..Dalam masa yang sama, buat bagi anak-anak suka..Diorang ni tiap kali buat kek, mesti akan tanya untuk apa kek tu. Jadi, semalam kena bagi jawapan jugakla kenapa buat kek ni..hehe


Kek ni bagi saya sponge cake dia sangatla sedap. Mr K yang bukan penggemar kek pun kata kek ni mabeles..kembang hidung mak yang memang sedia kembang ni hahaha... Tapi, next time kalau nak buat, tak nak dah guna chocolate syrup lagi. Kena sub dengan blueberry syrup lagi sedap. Sebabkan kalau guna chocolate syrup tu rasa dia sangat manis, saya bukan boleh sangat manis-manis ni. Boleh kalau nak guna juga chocolate syrup tu, tapi kena kurangkan gula dalam kek dan whipping cream. Baru rasa dia ok. Itu bagi sayala, lain orang lain citarasakan. Untuk mendeco kek ni jugak, memang rasa nak pitam bila nak letak chocolate rice kat tepi tu ..memang mencabar sungguh. Nasib baik Afiya waktu tu tengah tidur, kalau tak, memang siap separuh je la tepi kek tu. Oklah kan deco tu, bolehla untuk anak-anak bagi pujian..*sadis sungguh*... Ucu Faridah yang terel buat kek dan deco-deco yang cantik jangan ketawakan saya tau..nanti kecik hati ni.ekeke..Saya suka tengok kek ni dekat blog Kak Azlita Masam Manis. Sangat cantik dan kemas. Untuk filling kek ni pun saya ikut Kak Azlita letak blueberry..Anak-anak saya tak suka cherry, semalam pun cherry yang kat atas tu tergolek-golekla kat dalam piring diorang tinggalkan..huhu


Resipi ambik dari Kak Ena Lovely Kitchen, siap ada step by step lagi tau. Terima kasih kak. Memang sedap dan sangat senang nak buatnya. Mintak halal resipi ye, saya kopipes je kat sini senang untuk rujukan akan datang.

Black Forest Cake

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
  • 3 biji kuning telur
  • 100 gram gula castor
  • 120 gram tepung kek
  • 50 ml minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B:
  • 30 gram serbuk koko Van Houtan
  • 120 ml air panas.
Cara-cara:
  1. Satukan bahan B.
  2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
  3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C:
  • 3 biji putih telur
  • 60 gram gula castor
  • 1/4 sudu kecil cream of tar tar- tak letak
  • Loyang kek 18cm / 7inci
Cara-cara:
  1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
  5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
  6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
  9. Sejukkan di atas redai.

CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:

  • Whipped Cream (200ml)
  • 25 gram gula halus
  • Chocolate Syrup Hershey's
  • Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je - saya guna blueberry
  • Buah cherry bertangkai secukupnya
  • Chocolate parut - letak blueberry filling
Cara-cara:
  1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis. Rujuk gambar 1.
  2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
  3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Rujuk gambar 2.
  4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas Chocolate Syrup Hershey's. Rujuk gambar 3. (Gambar ni di ambil semasa lapisan kedua, masa lapisan pertama lupa nak snap)
  5. Susun Dark Pitted Cherry. E-na guna peach dalam tin. Rujuk gambar 4.
  6. Tutup dengan satu lapisan kek. 
  7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
  8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek. Rujuk gambar 5.
  9. Tabur chocolate parut di tengah kek. Rujuk gambar 6. Letakkan juga di keliling kek (E-na tak buat).
  10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek. E-na buat 6 ketul. Rujuk gambar 7.
  11. Boleh tulis wording jika mahu.
  12. Susun buah ceri di atas krim putar rosset. Boleh lelehkan sedikit  Chocolate Syrup Hershey's di sekeliling kek.
  13. Sedia untuk dihidangkan.

Monday 23 January 2012

Bila Allah Tarik Nikmat Sihat

Salam wbt..hukhukhuk(read:batuk)..sokseksoksek(read:selsema)...nyutnyutnyut(read:kepala sakit berdenyut-denyut)..untuk demam pulak tak tau nak buat macam mana..

Semua yang di atas adalah pakej sakit untuk saya sejak 2 hari lepas dan ketika saat saya menaip entry ni..inilah ujian Allah buat saya pada waktu sekarang. Baru sikitkan, takdela sakit teruk sangat pun. Cuma saya ni jarang kena demam dan sakit berpakej macam ni sekali. Bila dapat macam ni serentak, memang lembik badan jadinya. Nak bangun pun tak larat sebab kepala berat macam ada batu besar yang duk himpap kepala ni. Semoga ujian sakit ni sebagai kifarah dosa..:))

Sent from my iPhone

Friday 20 January 2012

Caca Merba #2..

Salam wbt..tetiba ada part 2 la pulak..suka hati ko la kamalia..Panjangkan nama saya. Kalau nama dalam ic Kamalia Hani..Zaman dulu*ceh, macam dah lama je hidup*, bila orang tanya nama penuh mesti orang tak percaya itu adalah nama saya, diorang ingat saya saje-saje je tambah nama hani tu..ei, tolonglah okay..Nama saya ni kakak saya yang bagi*haha, ye,kakak saya semua dah tua, saya anak bongsu yang sesat *..time tu lagu Kamelia, kumpulan Sweet Charity-Ramli Sarip tu uols* tengah glemer, jadi die bagila nama tu..Nasib ada makna tau, cuma Hani tu je takdo. Takpo, adik-redho-kak..;p Kawan sekolah ramai yang panggil kamalia je, kalau sekolah form 4-5 diorang panggil kama..Mr K dulu pun panggil kamalia gak. Takde la nak panggil Hani bagai pun, makgelinoks..haha
Eh, hari ni public holiday ye kat Malaysia? ke belum lagi?sian saya, sampai tak tahu bila CNY.haha..Nak cerita apa lagi ek? Banyak je gambar tu, tapi malas la nak ambik camera, pastu nak transfer lagi..Malas..Ambik gambar dari dalam aifong je la ye.
Afiya suka tengok cermin..
ni adala buku dia tu,siap ada cermin dalam dia..
sambil tengok muka sendiri, sambil jilat cermin tu..
nampak tak kesan air liur dia?haha..
nanti dah besar nak tunjuk ni kat dia..kenangan kan..
ini yang dikatakan nenek si bongkok tiga..
masih gagah obaachan ni pergi supa*supermarket* tau
jalan kaki je ni, dari jauh saya nampak dia jalan perlahan-lahan..
walaupun dah bongkok tiga tapi masih sihat dan gagah nak berjalan..
 
dah lama tak makan mutton kebab ni..
sangat sedap..slrrpp
selalunya Uighur yang jual, secucuk 200 yen.
dan kami akan beli sampai 30 cucuk..gila melantak kamben..huhu
kat sini memang selalu kami makan kamben..
lagipun murah je kalau nak bandingkan dengan Malaysia..
daging kamben, OZ mari..
 
sekarang ni memang susah nak ambik gambar berdua..
tak suka bergambar gamaknya..
dah besarkan heroes ni..
Alhamdulillah..
babah with gegirls..
babah si misai walrus..
bukan saya cakap tau, dia sendiri yang mengaku..peace babah;p
ni pulak sosej rolls yang saya jual..
dah lama dah ni..
siap jual yang frozen lagi, tapi sekarang malas dah nak jual..
lagi satu, saya malas nak kutip hutang sapa yang belum bayar tu..segan la.
tu salah satu sebab saya malas nak jual..
dulu, saya jual bentou..lama jugak..pastu berenti sebab ntahla..
pastu sambung jual mini pizza pulak..lama jugak saya jual..
pastu lama saya berenti meniaga ni sebab yang sama seperti di atas..huhu
diorang ada jugak tanya tapi sekarang dengan Afiya lagi, tak jual dah kot..
tengokla, dah besar lagi sikit saya jual la balik..haha..ntah apa-apakan saya nih..



oklah..tu je..nanti kalau saya rajin, saya upload gambar pergi ke tasik beku; Lake Gando, tempat paling sejuk di Honshu (the main Japanese island)..

Thursday 19 January 2012

Ganasnya budak-budak zaman sekarang..

Salam wbt..ehem..ni luahan hati emak yang takut bila nak sekolahkan anak dia nanti. Tadi baru baca blog kak Fillanie *sila google sendiri..haha*. kisah anak dia Kasih yang baru masuk tahun satu, yang kena tumbuk dan lempang..uwaaa..sangat takut okay.:( Kena tumbuk di mulut dan kena lempang kat pipi dan yang buat tu adalah budak perempuan..Mak ai, memang ganas ke budak sekarang ni, perempuan kan..Rasa macam tak masuk akal je budak perempuan boleh buat macam tu. Baru tahun satu tu..Belum lagi masuk kisah pow mengepow..kisah buli la..sangat takut..


Amni ni yang saya paling risau. Dia memang seorang yang lemah lembut dan kuat nangis..haha. Serius kalau dia tengok twins tu gaduh ke dia dah cuak sambil tolong leraikan. Tak pun kalau dia tengok salah seorang yang kena debik beria dia menjerit kat mama atau babah dia mintak tolong..Tak boleh kena marah sikit, mesti tarik muka sedih. Kalau marah lagi teruk, nangis..Macam mana nak sekolah kat Malaysia nanti ni? Saya dah banyak kali pesan dengan dia, sensei kat Malysia nanti tak sama tau dengan sensei kat sini. Kat sini Amni boleh manja-manja dengan sensei, kat Malaysia nanti tak dapekla. Kawan kat sini jugak semuanya jenis yang lemah lembut, jarangla nak jumpa yang terkejal..hehe. Sangat risau macam mana nanti dia nak bersekolah. Balik nanti dia dah 6 tahun, sempatla kot masuk kindy. Harap-harap waktu tu dia dah dapat biasakan diri dengan suasana persekolahan kat Malaysia. Amni kena kuat tau..Semua ni lah nanti yang dapat mematangkan dan mengenalkan Amni dengan alam remaja dan jugak untuk menempuh kehidupan di dunia ni.

Sebelum ni ada gak terbaca kisah anak kawan kami bila balik Malaysia hari tu dia dah masuk tahun tiga. Lelaki. Mula-mula sekolah tu, setiap hari bila balik sekolah je mesti nangis. Mengadu sekolah kat sana sangat susah. Cikgu garang-garang. Kawan semua ganas-ganas dan dia agak susah nak jumpa kawan yang sekepala dengan dia. Bila naik van berebut-rebut pun balik nangis mengadu dengan emak dia sebab kena tolak *kat sini semua benda beratur, kalau nak pergi toilet pun beratur* Kawan ejek nama dia pun dia tak tahan. Macam-macamla pengalaman dia mula-mula bersekolah tu, sebab kawan yang kat Jepun dia kata lagi best dan kawan kat Malaysia tak berapa sangat. Sekarang dah ok sikit mungkin dah dapat biasakan diri.

Eh, ni nak cerita apa sebenarnya nih?haha..dah lupa, terkeluar dari landasan la pulak. Nak cerita pasal budak-budak zaman sekarang tapi terbuat cerita perbezaan sekolah Jepun dengan sekolah Malaysia pulak..Apapun, yang pasti kita kena didik anak kita supaya dapat menjadi yang terbaik dan hormati orang lain. *tetiba terfikir twins..haha, yang berdua ni tak makan saman la pulak.haisshh*

Jom sama-sama kita baca yang Ustaz Zaharuddin ni tulis. Mungkin ada yang dah baca, tapi takpe, kongsi jelah. Untuk saya jugak ni..sila klik kat tajuk tu ye..
Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa

Wednesday 18 January 2012

Muffin Pandan (Kak Yatie)

Salam wbt..muffin pandan kegemaran ramai..Ternampak Izah ML buat aritu, perut ni terus menggeletek minta di isi benda yang sama. Terus godek-godek kat dapur,dah siap makan panas-panas..Memang sodap *macam biasa, kena puji diri sendiri pandai masak..perasan.;p * Resipi dari Kak Yatie..Terima kasih buat keduanya yang berkongsi resipi mabeles ini..Nanti nak buat lagi dan lagi..anak-anak suka tau..Lagi satu, kalau nak buat muffin, mesti tengok kat rumah Izah ye. Kat sana banyak sungguh jenis muffin. Sesuai dengan nama Izah Muffin Lover gitu..
Muffin Pandan
source: Kak Yatie

Bahan-Bahan
180 g mentega (unsalted butter)
140 g gula halus
2 biji telur
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 gm tepung gandum*
2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste

Cara membuatnya
  1. Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..

Tuesday 17 January 2012

Seikatsu Happyoukai 2011

Salam wbt..cerita akhir tahun lepas, terlepas pandang sebenarnya. haha, sebenarnya banyak lagi event tahun lepas yang saya tak post lagi..asyik bertangguh, lama-lama terlupa. haisshh..:p 
Persembahan ini memang diadakan setiap hujung tahun bagi kebanyakkan kindergarten di sini. Seperti yang kita jangkakan  memang persembahan dari anak-anak kecik ni memang cukup menghiburkan dan sangat menarik untuk ditonton. Bayangkan kanak-kanak seawal 2 tahun dah boleh perform di atas stage. Memang mereka ni dah di ajar dari kecil to overcome stage fright..Baguskan tapi anak kami twins tu memang pemalu sungguh..haha. Sampai tak terkeluar suara diorang.
pic from left to right:
 Amni yang tengah beratur untuk ke toilet
obaachan (nenek) yang datang untuk tengok cucu ;p
Faeiz dan Faeiq main tambourine:)

nyanyi time..semua nyanyi sama-sama
Amni menyanyi sepenuh hati
kawan Amni..kawaii kitty chan
alala..nangis..waktu ni umur 2 tahun yang tengah perform..
yang tengah menangis tu memang sebelum naik stage dah nangis..
bad mood kot pagi tuh ;p
yang bawah tu umur 5 tahun..sangat pandai berlakon.

 hahaha..anak sapala nih..
waktu ni twins kena cakap "belum belum..perut masih lapar"
tapikan suara diorang tak terkeluar, nampak sangat anak melayu nervous..
diorang berlakon jadi orenji (orange)
bawah tu pulak Faeiq jadi suika (watermelon)
Faeiz jadi cupcake 
 
Amni berlakon jadi kumo (awan)..
cerita ni berkisah sapa yang paling kuat..
bila diorang tanya adakah awan yang paling kuat
awan akan jawab bukan, kami tak kuat sebab bila angin tiup kami,
kami digerakkan ke tempat lain pulak..
berterusan meneka sampai ke matahari..habis..haha

penutup..lagu Anpanman..
ada Magician..

 sangat suka dengan sensei  kat Jepun ni..
ops bukan sensei je, rasanya semua orang
mereka ni tersangat kreatif..
baju yang diorang pakai ni semua sensei buat dari plastik sampah je..
cantikkan, boleh buat dress, topi dan macam-macam lagi..
kalau flower yang dekat dress tu pulak dibuat dari tisu..
Amni sangat suka dengan dress tu
bila bawak balik siap pakai lagi, sampaikan nak tido pun still taknak bukak..
tapi macam biasa, mama dengki suruh dia bukak jugak...kahkah


Monday 16 January 2012

Afiya's First Winter

Salam wbt..Disebabkan saya malas nak bercerita dan nak upload gambar lain, saya update pasal Afiya pulak ye..:)

Winter pertama Afiya. Alhamdulillah, dia dah semakin sihat. Takda batuk atau selsema. Cuma kadang-kadang kulit kering je. Dah masuk 6 bulan sekarang ni. Dah boleh  meniarap dan dah berpusing jauh jugakla dalam bilik ni.Dah mula kenal orang, dengan babah tak nak sangat. Kalau babah pegang pastikan mama tak tunjukkan muka depan dia. Kalau tak, nangis nak mama dia je..Suka sangat dengan Kakak Amni dia, kalau nampak kakak dia mesti tersengih-sengih. Sangat pemurah dengan senyuman. Pantang orang lain tegur dia, mesti melebar senyuman dia tu..Lagi ..lagi..haa, dah mula makan. Mama introduced puri je pun dengan dia. Puri epal tak suka, tak tahu kenapa. Suka sangat makan pisang tapi mama malas nak bagi tetiap hari, ponek asyik buang tut je..haha. Sweet potato pun suka jugak. Carrot dan labu biasa-biasa je. *mesti korang boring..haha. macam dia sorang je ada anak kan.:p*
DSC_1013[1] 
ni gambar semalam..
mama dan babah bawak saya pergi ke Lake Gando..
Tasik beku; tempat paling sejuk di Honshu 
sejuk sangat sampai muka saya bertukar jadi kemerahan dalam masa 10 minit selepas turun ke tasik ni..
cepat-cepat mama bawak saya naik dan duduk dalam kereta je.

DSC_0921[1]
saya memang macam ni..
setiap kali keluar mesti saya tidur..
bila angin sejuk kena muka saya terus saya ngantuk..
jadi, saya tak dapatla nak main-main snow..

DSC_0797[1]
see..ini pun saya tidur..
 
DSC_0138
ok, yang ni saya tak tidur..
sebabnya saya kat dalam rumah..
mama bawak saya pergi ke rumah kakak..
ada majlis makan-makan..
walaupun saya tak boleh makan,
tapi saya suka bila mama bawak saya keluar jalan-jalan..
babah kata entah ikut sapa agaknya suka berjalan..hehe

Friday 13 January 2012

Kare Pan (Roti kari)

Salam wbt. Ehem..Baru lepas lunch. Pukul 3 baru makan sebab budak tecik tu agak cranky today. Ni baru tido lama sikit, cepat-cepat ambik nasi dan makan. Mama dia dah jadi parkinson sebab perut lapar sampai tangan menggigil bagai. hehe
Karepanman..ok, karepanman karakter kartun dalam cerita Anpanman..Kare pan is roti kari. Buat bila entah, tak ingat. Macam biasa, dah buat sendiri, jadi diri sendiri la yang puji sedapkan..haha  Sesapa yang nak cuba, buatla. Sedap dan mengenyangkan. Tapi, kat sini bila buat roti time winter ni agak malas. Nak tunggu doh naik je dah lama, tapi kalau nak cepat senang je. Letak depan heater terus, dalam 1jam dah naik 2x ganda.
 inila karepanman..
Resipi roti ambik dari rumah Ros Jintan Manis..Terima kasih Ros..
eh,oklah..dia dah bangun..petang la saya BW ye.daaa

Kare Pan ( Bun Kari)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahannya
300 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
3 sudu besar marjerin atau shortening
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
160 ml susu segar@air suam
2sudu kecil yis ( ros guna jenama instant yis jenama mauripan)
( nak masukkan sedikit bread softner atau bread improver pun boleh, ros tak masukkan sebab dah masukkan telur, telur juga sebagai agen pelembut bagi doh)

untuk inti
3/4 cawan daging cincang
2 biji kentang ( potong dadu)
1/4 biji carrot ( potong dadu)
1 1/2 sudu besar serbuk kari jepun ( leh ganti ngan serbuk kari daging biasa)
( masak seperti kita membuat inti karipap tu, tumis serbuk kari hingga naik bau, kemudian masjukkan daging cincang, kentang dan carrot, masak sehingga semuanya empuk, sesuaikan rasa dan sejukkan sebelum digunakan.)

untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs@serbuk roti
( serbuk roti ni ros buat sendiri, roti putih biasa tu, ros bakar sampai perang, guna toaster, lepas tu ros blender hancur)

Cara-caranya
  ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan,  ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan inti dan bahan salutan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.selepas doh diperap, uli doh sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian leperkan doh sedikit dan boleh disikan dengan inti kari daging tadi. ros bentukkan lonjong sedikit.
5. Alas dulang dengan baking sheet, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Toskan minyak yang berlebihan dan sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

- Peringatan, kena letak kertas minyak tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.
.


Thursday 12 January 2012

Nasi Ambeng..

Salam wbt..ehem, Nasi Ambeng kesukaan kami, si jawa celup..haha. Teringat pasal gambar ni terus buat entry, takut nanti saya malas.


Makan nasi ambeng di rumah Kak As. Hari tu sebelum pergi tanya dia boleh ke buat nasi ambeng, jadi bila tuan rumah dah setuju saya pun bawakla apa yang patut dari sinikan. Kononnya nak main masak sama-sama tapi memang hari tu Afiya nak melekap je dengan saya. Dengan babah dia pun tak nak. Jadi, boleh tolong sikit-sikit jela. Apapun terima kasih Kak As sudi terima kami sebagai tetamu sekali lagi dan sudi masakkan nasi ambeng permintaan si jawa celup..Jangan lupa Yuki Matsuri datang sini pulak tau..


 lauk-lauk untuk nasi ambeng..
memang renyahkan nak buat nasi ambeng ni.
banyak sungguh lauk yang kena masak..
masak dari pukul 6.30 pukul 9 malam baru siap..
pitam kalau buat sorang-sorang ni..:p

 nasi ambeng perantauan yang sangat sedap:D


Mulut macam muncung todak..

Salam wbt..ehem, kisah birthday saya semalam. Mr K memang bukan seorang yang romantika di tampoi. Saya pernah ceritakan. Kalau nak apa-apa, memang kena cakap dengan dia terus. Jangan guna style telepati ataupun kiasan. Memang tak jalan. Tapi, walaupun dia jenis macam tu bab jaga anak dan buat kerja rumah, memang excellent. Mula-mula dulu susah jugak nak terima, yela tengok orang lain best je romantik bagaikan tapi bila pikir balik antara romantik dengan sifat rajin dan penyayang mana yang saya suka..of course la ambik yang rajin dan penyayang tu kan. Kang kalau romantik 24 jam, tapi tak nak jaga anak lepas tu jadi king kat rumah memang pitam la saya sensorang buat semua benda..hehe. Tak tahula kisah kat atas ni ada kena mengena tak dengan cerita kat bawah ni..haha

Semalam, lepas subuh saya tunggu dia wish birthday saya. Buat tak tahu je. Ok, mungkin dia lupa. Pastu sampai dia dah pergi lab, takde pun dia cakap apa-apa. Tahan lagi, think positive maybe dia lupa. Dah pukul 12 tengah hari saya dah tak boleh tahan, saya terus called dia. Saya cakap" bi, arini birthday kita"..Tahu dia cakap apa "oh, ye ke?..birthday awak ye? ok.." sentapmak waktu tu. Terus end call mulut saya otomatik jadi macam muncung todak. Kalau kena betis atau perut orang boleh tembuslah. Waktu tu pikir, tak kisahla tak romantik pun, tak kan setakat wish birthday kat bini pun tak boleh. Memang geram campur sedih.

Petang tu, awal pulak dia balik. Dari last week saya dah cakap saya nak strawberry shortcake untuk birthday saya. Bukak pintu dengan harapan ada kek untuk saya, nan ado okay. Dia bawak plastik bag diapers twins je. Terus masuk bilik dengan hati yang remuk..sobs..sobs..Pastu dia pun masuk bilik, borak-borak dengan saya. Saya layan jugak tapi dengan senyuman plastik je. Memang waktu tu saya tak pandang langsung mata dia, saya takut nanti dia nampakla yang saya sedih dan berharapkan sesuatu dari dia..

Dia pergi solat maghrib, lama jugak. Saya pelik jugakla sebab selalu lepas solat dia terus masuk bilik depan ni. Saya terus layan Afiya dengan hati yang keciwa..Amni nak keluar bilik, bila dia bukak pintu tetiba dia cakap.."ei.ei..happy birthday".. Dengar suara babah dia dari belakang pintu "Amni ni tak pandai simpan rahsiala..!" Saya yang dengar tu terus tergelak..Rupanya dia nak buat suprise kat saya..awwww. malu sekejap. Nyanyi-nyanyi semua, tiup lilin*twins yang tolong tiupkan* dan potong kek..hehehe..Terus muka berubah jadi kerang busuk..kahkah.Saya cakap" teruk tau, sampai hati buat macam ni"..dia gelak je..

 strawberry shortcake:)
kek sebesar ni mak ai mahal sungguh..
tapi, takkan nak buat kek untuk diri sendiri ye tak?
hehe..
jangan risau, kek ni boleh dimakan :p

dia cakap mana boleh ambik gambar cantik-cantik kalau buat suprise..
*di kala bini dia bangun nak ambik camera*

So, semalam adalah hari mulut hidupan laut. Pagi, jadi ikan todak, bila petang bertukar jadi kerang busuk sampai sekarang..hehe. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Sepatutnya saya kena percayakan dia, kalau dia boleh jadi babah yang penyayang dengan anak-anak, takkan dia nak buat tak tahu je dengan birthday saya. Hadiah? Kami bukan jenis yang harus kena bagi hadiah time birthday. Kalau nak apa-apa, cakap je tak payah tunggu birthday. Ada duit beli, takde duit, duduk diam-diam..peace:)

p/s: terima kasih buat semua di atas ucapan dan doa semalam. Jazakullahu Khairan..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...