Salam wbt. Disebabkan tak nak jadi orang yang tidak berpegang pada janji, hari ni saya sambung lagi cerita semalam(setahun yang lepas). hehe..better late than never, rite? Ok, sambung..semalam sampai part yang kami berkumpul semua tu kan..
Dalam pukul 5 petang macam tu, kami waktu tu dalam 8 adults, 6 kids berkumpul dan berbincang. Kami sepakat duduk dulu dalam kereta masing-masing, tak tahu nak pergi mana..hehe, sebenarnya waktu tu semua tak tahu nak buat apa, ikut nasihat dari makcik Nihonjin tu supaya masing-masing standby dalam kereta je. Dah duduk dalam kereta, tengok TV baru tahu yang ada tsunami rupanya. Serius, sebelum tu kami semua tak tahu pun ade tsunami. Memang disconnected dengan dunia luarkan. Bila tengok berita kat TV tu memang masing-masing diam. terpaku. speechless..Bila dah tahu jadi macam tu, kami semua pun bergerak ke supa nak cari makanan nak jadikan stok la kononnya. Bila sampai kat supa, tengok orang beratur kat dalam tu, memang ramai. Masing-masing dah panik tu sebab diorang keluar beli stok makanan banyak-banyak. Dapat jugakla kami beli air mineral, roti dan snack. Rak makanan kosong je kat supa tu. Even benda yang tak sedap pun orang beli jugak. Bila dah beli semua tu kami tengok la kat jalan raya, memang banyak sungguh kereta. Saya rasa diorang pun tak tahu nak pergi manakan sebab kalau nak duduk dalam rumah masih bahaya lagi. After shock waktu tu selang setengah jama mesti ada. Ngeri bila pikirkan. Fikir punya fikir akhirnya kami semua setuju balik dan berkumpul di rumah saya. Ingat lagi waktu tu nak solat isyak, dah masuk rakaat kedua, earthquake datang lagi. Agak kuat, semua berhenti solat dan berlari turun. Bila dipikirkan balik, agak kelakarla..haha..Sampai bawah, tengok keadaan dah redha sikit, baru solat kat tepi jalan je. Lama jugakla duduk dalam kereta waktu tu tapi masing-masing tak bukak enjin pun sebab nak jimat petrol. Memang waktu tu , petrol dah tinggal sikit, battery telefon masing-masing tinggal sikit. Kami naik balik bila yakin takde susulan yang kuat dan makan malam. Makan malam kami waktu tu hanyala maggie, onigiri dan spageti. Kak Lisa memang masak tengah hari tu tapi lauk dia semua tumpah. Yang tinggal nasi dalam rice cooker je. Yang saya pulak, masak sambal telur tapi masak 2 biji je. Yang tinggal waktu tu sambal je. Rumah depan ade spageti semalam tapi masih elok, makan jela. Memang waktu tu anak-anak diutamakan. Kesian diorang kan, dah la sejuk lapar pulak. tu. Kebetulan kami baru dapat parcel dari Malaysia minggu tu, jadi ada jugakla biskut dan maggie untuk dimakan. Itupun bercatu sebab tak tahu keadaan selepas itukan. Kalau nak dipikirkan, kami masih lagi beruntung sebab boleh balik rumah dan boleh makan malam lagi. Orang ditempat lain lagi teruk. Duduk di evacuatioon centrekan, jadi paham-paham jela keadaan kat situ. Kalau nak makan pun cuma boleh makan onigiri je dan pisang kot..tak ingatla sebab kalau kat sini waktu tu di evacuation centre tu diorang cuma bagi onigiri dan pisang je. Apapun keadaan kami masih baik lagi kalau nak dibandingkan dengan affected areas..
Bila dah malam, kami tidur dengan memakai tudung dan jaket siap-siap. Tido memnag tak nyenyak sungguh. Bergegar kuat je, semua orang bangun, tanya nak kena turun ke tidak ni... Dahla waktu tu sangat gelap, memang tak nampak apala. Telefon masing-masing dah kong, jadi main raba-raba je. Mr K, husband Kak Lisa dan Nayo tidur kat rumah atas. Jadi memang dah asingla tempat tido perempuan dan lelaki. Malam tu jugak, suhu jatuh lagi jadi -4C..memang gigil gagagaga..Kesian anak-anak, diorang pun tidur tak nyenyak sebab terlampau sejuk. Saya rasa kami semua tidur-tidur ayam je waktu tu, bila bergoyang je, masing-masing bangun..huhu. Yang tak tahannya, ada jugak adik dara ni yang tidur memakai beg. Senangkan, kalau nak lari terus pakai kasut je..
Bila subuh, memang senang sangatla nak bangun yela sebab tak tidurkan. Tengok air pun dah habis, jadi Mr K datang bawak yuki (snow)sebaldi untuk kami guna sebagai ganti air nak ambik wudhu. Malam tu sempatla dia letak baldi atas kereta untuk tadah snow tu. Uwaaaa..sejuk yang amat. Dah la heater takdekan, bila solat tu gigil-gigil la. Toilet rumah saya toksah cakapla..haha..macam-macam bau, itupun bila stok air dah habis, semua duk menahan kecing. Tak tahu nak bersihkan macam manakan..hehe..Bila dah siang sikit, Mr K masakkan snow untuk jadikan air minuman. Pagi tu semua blur..tak tahu nak buat apa. Masing-masing masih trauma lagikan. Borak punya borak, yang lelaki ni pun keluar nak cari stok air minuman. Mesti ada yang tertanya kenapa kami tak duduk kat evacuation centre kan. Kamikan petang tu memang tak dengar satu berita pun pasal evacuation/shelter center tu. Dah pagi baru tahu. Rupa-rupanya, bekalan air dan gas di aparto lain masih ada, cuma ada sesetengah aparto je yang memang automatically shut down bekalan air dan gas. Kami berpindah duduk rumah Kak Lisa pulak. Barula masing-masing dapat beristinjak dengan lebih selesa. Masak tengah hari dan bincang apa yang patut kami buat lepas tu.
Eh, panjang sungguh ni cerita ni..Tapi, saya memang kalau bercerita detail sungguhkan..haha..sorila ye sapa yang baca ni, mesti tensen jekan..Kenangan tau untuk kami di sini. Saya ingat lagi, bila dah siap lunch tu kan, masing-masing makan, memang tak tahu nak cerita macam mana .Alhamdulillah..bersyukur sangat kami masih dapat lagi menikmati makan tengah hari waktu tu. Masing-masing makan dengan penuh tekun dan senyap..haha. Tapikan, waktu tu pun kami bercatu jugakla makan..Walaupun bercatu, tapi memang sangat kenyang...Lepas lunch yang lelaki keluar balik cari makanan..Bila balik, diorang kata shelter center dah bukak. Tapi, kena bawak kelengkapan tidor sendirila waktu tu. Kami waktu tu dah nak gerak dah ke situ, tapi bila lepas dinner je bekalan elektrik dah ada..Semua seronok, bukak heater dan tengok TV. Masing-masing tak tahukan perkembangan terkini waktu tu.
Sebelum tu, sewaktu petang Jumaat tu kan, bila duduk dalam kereta masing-masing sempatla telefon family kat Malaysia. Bila network dah ada balik, tengok banyak sangat missed call yang saya dapat especially dari Kak As dan Kak AYu Nagaoka. Terima kasih kerana masih ingatkan saya waktu tu.
Saya rasa itu je kot yang saya nak cerita pasal hari pertama dan kedua. Tempat kami dengan affected area di Iwate ni agak jauh dalam 200km. Nak dijadikan cerita, kawan kami, Kak Fer baru je balik ke Malaysia 2 minggu sebelum tsunami. Sebelum tu, memang dia satu family duduk di sana (Miyako) tapi, husband dan anak-anak dah balik dulu setahun sebelum tu. Tinggal la Kak Fer sorang-sorang since research tak siap lagi. Student PhD dari Tokyo Univ tapi reseacrh centre (Coastal research) di Otsuchi, Miyako. memang tepi pantai. Selepas submit je thesis dia, Kak Fer pun mintak nak balik Malaysia dan SV pun bagi la dia balik awal. Kononnya bila hari convocation dia nanti dia nak datang balik la ke Jepun. Waktu tu Kak Fer 5 months pregnant. Kami memang bersyukur sangat sebab Allah permudahkan segala proses dia nak menyiapkan research dia tu. Memang kalau dia masih ada lagi di Miyako waktu tu mesti kami tak jumpa dia lagi dah. Rumah sewa dia memang tinggal tapak je. Kami pernah ke sana melawat dia, memang rumah tu tepi laut cuma dipisahkan dengan tambak batu yang tinggi.
ni rumah jiran Kak Fer..*sila hancurkan rumah ini*
pic taken May 2011..
waktu ni adik Nasrullah pergi ke sini nak tengok keadaan Otsuchi..
gigih tu dia pergi sana..
Inila rumah Kak Fer tinggal dengan family dia sebelum dia hidup membujang kat sini..
rumah yang dia menyewa tu memang dah tak de dah..:(
pic taken August 2011..
dah bersih..
tapi, tak tahula landlord dia masih hidup lagi tak..:(
Actually, kisah ni semua adalah saya selit dalam entry ni..waktu tu memang takde mood langsung saya nak bercerita, jadi saya selit sikit-sikit je kat entry tu..boleh baca
sini..
Kalau masih ingat, 2hari sebelum tsunami ni memang ada earthquake yang agak kuat terjadi..boleh baca
sini jugak..
Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi macam ponekla..saya yang menaip ni sangat ponek nak baca balik apatah lagi korang yang duk membacakan..Nanti saya sambung lagi la..setahun selepas kejadian pulak..Yang ni tak janji la ye..kot angin rajin datang saya buat..malas kalu, next year pulak lah..ekeke..
ok, GTG (ika, kita tiru awak..ekeke)..nak kena masak la, arini dai (univ) tutup, so Mr K sekejap lagi balik nak lunch pulak..baby comel sebelah ni dah mula dah menangis..